Hari ini Afiq cuti, jadi dia hanya habiskan masanya dengan aku. Aku duduk di sofa menonton televisyen sambil makan keropok walaupun Afiq dah banyak kali pesan "jangan makan keropok, tak sihatkan badan pun" tapi peduli apa aku janji benda sedap.
"Nira..." Aku menoleh pada suara yang memanggil aku itu kemudian aku senyum kepadanya. Dia duduk di sebelahku lalu dia baring di peha aku. Aku memandang ke bawah kemudian aku lihat dia sedang memerhati aku.
"Pretty pie..." Panggilnya dengan suara paling manja. Aku memandang dia pelik.
"Pretty pie?" Tanya ku sambil mengangkat kening. Dia mengangguk kemudian dia bangun tanpa matanya lepas daripada memandang ku.
"Ingat tak waktu kau makan pie hari tu?" Tanya dia kemudian aku fikirkan balik beberapa minit kemudian baru aku teringat.
Flashback
"Afiq..." Panggil aku dengan suara paling manja. Entah la sejak kebelakangan ni aku terlampau manja dengan suami aku.
Tapi tak apa kan manja dengan suami sendiri daripada manja dengan suami orang lain HAHAHA alamat janda ter hot aku.
"Kenapa?" Tanya dia dengan lemah lembut. Ini tak boleh ni bila dia cakap dengan soft spoken. Rasa macam nak gigit je dia!!!
"Rasa macam nak makan pie yang ada krim tu la" kata ku lalu mengusap perut ku. Dia berhenti daripada buat kerjanya kemudian dia fokus pada diri aku.
"Tahu ke macam mana nak masak pie krim tu?" Tanya dia. Aku hanya mengangguk sahaja sambil mencebik.
"Kalau macam tu aku beli barang, kau masak sendiri boleh?" Aku memandang dia lalu aku mencium pipinya kemudian aku mengangguk.
______________________________________Selesai sahaja dia membeli bahan-bahan yang aku suruh dia untuk beli. Dia balik rumah terus aku membuat pai krim yang aku teringin sangat nak makan. Nyum, nyum.
Selesai sahaja aku membuatnya tanpa berlengah aku terus makan. Dia yang berada di depan aku hanya melihat sahaja aku makan. Fikir aku nak offer ke orang dengan makanan aku ni? Well ni Farhana okay! Apa-apa sahaja milik dia tak akan dia kongsi dengan orang lain HUAHAHAHAHA.
"Macam sedap je" kata Farhan yang baru tiba daripada belakang rumah. Dia baru selesai mengemas rumah. Itu aku yang suruh jadi tanpa kerelaan hatinya dia terpaksa juga buat. Farhana memang suka buli orang hehehe.
"Kalau sedap pun kenapa?" Tanya ku sambil menjongketkan kening ku.
"Han, tak payah berangan dia nak bagi kau rasa sikit. Aku yang ada depan dia ni pun dia tak pelawa" kata suami ku yang sambil bermain telefon. Aku tergelak besar. Farhan memandang Afiq kemudian memandang aku. Kemudian dia mencebik.
Sedang aku menikmati pai krim aku tiba-tiba aku lihat Afiq memandang aku. Aku memandang dia kembali kemudian dia menolak tangan aku ketepi lalu dia mengelap di hujung bibir ku.
Aku memandang dia yang sedang bangun mengambil tisu kemudian dia memberikan aku tisu tersebut.
"Comot" katanya sepatah kemudian dia membuka kamera di telefonnya lalu memberikan kepada ku. Aku terkejut lalu cepat-cepat aku lap krim yang berada di muka aku!
"Kalau boleh suruh la badan sekali makan, baru la ada nama "nira purple" " kata Afiq lalu terus bangun.
End flashback
Aku tersenyum memandang suami ku yang sedang memandang aku itu. Baru aku tahu mana dia dapat pretty pie tu. Hehehe tapi nampak macam comel pula...
"Cuba panggil lagi" kata ku dengan nada riang.
"Pretty pie?" Aku mengerutkan muka ku.
"Isy! Tak nak la macam tu nak yang ' pretty pie... ' ha macam tu. Cuba lagi!" Kata ku sambil memandang dia dengan senyuman ku.
Dia tersenyum lebar kepada ku kemudian dia dekatkan mukanya kepada ku lalu dia menggenggam tangan ku dengan erat.
"I don't know why but you've taken my heart for a long time and you've made me fall in love with you. Fell so deep that I couldn't get up anymore pretty pie" aku tergamam seketika...
"I swear as long as I live, as long as that person named Nira will remain in my heart"
"I promise that no one will touch my Nira. If he dares to touch you, I will send him to hell!!!!" Katanya yang terselit sedikit amaran.
Aku mengusap lembut mukanya tanpa aku sedar bibir miliknya sudah mendarat di bibirku. Aku terkejut. Aku terbuai dengan keadaan sebegitu sehingga...
PRAG
Aku terkejut lalu melihat benda yang terjatuh itu. Aku lihat satu fail yang besar jatuh berhampiran dengan Farhan yang sedang terkejut itu. Aku tergelak kecil melihat tindak-tanduk Farhan tersebut.
"Astaghfirullah mata aku dah tak suci! Astaghfirullah, astaghfirullah orang-orang baik selalunya di jamukan dengan benda yang tak baik" dia menutup matanya dengan tangannya. Kemudian dia menghampiri kami kemudian sampai sahaja di depan kami dia membuka sedikit matanya.
"Kau jauhi aku daripada syaitan. Nyah syaitan nyah, nyah jangan kau ganggu aku" dia menepis Afiq yang sedang menahan tangan Farhan yang menepisnya. Aku tergelak besar melihat mereka begitu.
YOU ARE READING
Tuan Afiq
Action𝙱𝚘𝚘𝚔 2 Farhana Ianira Seorang yang brutal, panas baran, dan suka cakap lepas tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Tuan Afiq Seorang yang paling beku, tidak tertarik pada mana-mana perempuan kerana dia menunggu seseorang yang telah...