Aku membuat air untuk kami berdua. Santai-santai di belakang rumah sebab hanya kami berdua sahaja ada disitu yang lain semuanya di hadapan rumah.
"Akak nak tahu satu benda tak?" Tanya dia sambil menghirup air yang disediakan oleh ku.
"Budak yang bos bawa tadi kan. Dia pendiam gila lepas tu dia tak bercampur dengan kita orang. Kita orang anggap dia sombong" luahnya dengan riak wajahnya sekali dibuat.
"Mungkin dia introvert" fikir ku dengan positif.
"Tapi kalau introvert pun tak kan tak nak bercakap dengan kita orang? Kita orang pernah je tegur dia, tapi dia diam je"
"Mungkin bisu. Kita tak tahu" balas ku lagi. Seorang Farhana jarang nak fikir positif ni.
"Nira..." Aku memandang ke arah rumah lalu lihat Afiq sedang mencari aku.
"Apahal engkau sorang-sorang dekat sini?" Aku mengerutkan dahi aku.
"Sorang-sorang benda? Tak nampak ke aku dengan..." Aku menoleh ke arah tempat duduk Anas tetapi dia tiada. Aku memandang Afiq kembali, Afiq sedang menjongketkan keningnya.
"Tak ada apa la. Dah selesai?" Aku mengubah topik. Afiq hanya mengangguk sahaja.
"Dah masuk. Engkau tu dah la tengah mengandung nanti jadi apa-apa pula dekat kau" katanya lalu memimpin tangan ku untuk bangun.
"Kalau jadi apa-apa dekat aku, engkau kan ada. Engkau boleh tolong aku" kata ku dengan manja sekali. Dia mencubit hidung ku. Aku hanya tergelak kecil kemudian aku menepa kan tangan untuk didukung. Hehehe aku suka kena dukung tak tahu kenapa HAHAHAHA.
Dia dengan relanya mendukung aku sehingga masuk ke dalam bilik.
YOU ARE READING
Tuan Afiq
Action𝙱𝚘𝚘𝚔 2 Farhana Ianira Seorang yang brutal, panas baran, dan suka cakap lepas tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Tuan Afiq Seorang yang paling beku, tidak tertarik pada mana-mana perempuan kerana dia menunggu seseorang yang telah...