Setelah doktor mengesahkan bahawa perempuan itu hanya cedera ringan, perempuan itu telah dimasukkan ke wad biasa. Aku dan Farhan hanya menunggu perempuan tersebut bangun. Aku tiba-tiba ternampak perempuan itu sedang menggerakkan badannya...
"Farhan dia dah nak sedar" kata ku... Farhan yang berada di sofa tidak jauh daripada kami terus bangun untuk melihat perempuan tersebut.
"Qaniqa?" Panggilku perlahan-lahan lalu perempuan itu terus memandang aku.
"Siapa kau? Macam mana kau kenal aku?" Tanya Qaniqa lalu dia ingin bangun tetapi aku halang dia.
"Chill ini aku, Farhana kawan kau dulu" terangku dan itu membuatkan dia memandang aku seperti tidak percaya.
"Engkau? Kawan baik aku?" Tanya dia dan aku hanya mengangguk sahaja. Qaniqa ni kawan baik aku waktu sekolah rendah sehinggalah tamat persekolahan. Lepas sahaja habis tingkatan 5, dia terus pergi tanpa khabar berita.
Aku mencari Afiq tapi pada masa yang sama aku mencari kawan baik aku juga, Qaniqa Angelina.
"Farhana engkau nampak lain sangat sekarang. Engkau mengandung? Tapi engkau cantik lagi-lagi bila kau dah pakai tudung sekarang" katanya aku nampak ada butir air mata dari pipinya lalu aku memeluknya erat.
"Aku rindu kau Qaniqa"
"Aku pun rindu kau Hana" kami berdua melepaskan rindu bersama-sama... Ops mesti korang terkejutkan bila Qaniqa kata aku dah pakai tudung? Yup aku dah pakai tudung, ini semua hidayah allah beri padaku.
Flashback
Aku sedang baring di atas katil dan dialas kan oleh tangan Afiq. Dia hanya bermain rambut ku sahaja daripada tadi tapi tak apa aku suka hehehe.
"Sweety pie..." Aku mendongak kan kepala ku untuk melihat dia.
"Boleh tak aku nak minta something dari kau? Tapi aku tak paksa" aku memandang dia dengan wajah pelik.
"Apa dia?" Tanya ku lalu mengalihkan badan aku untuk menghadap dia.
"Pakai tudung boleh?" Tiga patah perkataan itu boleh membuatkan aku tersentak.
"Macam aku cakap tadi, aku tak paksa. Engkau buat dengan kerelaan hati engkau sendiri" katanya lalu mengusap pipi aku dan mencium pipi aku. Lama. Dan itu membuatkan aku menangis.
"Eh... Why sweety pie? Damn I'm so sorry cause I hurt you with my word... I'm so..." Aku terus memeluknya dengan erat. Aku dapat rasakan yang dia terkejut dengan perbuatan aku tadi.
"Terima kasih" aku menekup kan muka ku ke dadanya. Kemudian aku melihat mukanya yang terpinga-pinga itu.
"Entah kenapa dengan ayat kau tu buatkan aku rasa terharu, disayangi. Terima kasih"
Semenjak daripada itu aku memakai tudung dan apabila berada di depan Farhan dan Syah aku memakai tudung dan orang pertama yang drama semestinya...
"Oh damn who is this? I tak kenal la" ya itu ayat pertama yang dia cakap pada aku bila dia nampak aku dan orang itu semestinya FARHAN!!!! dan tidak semena-mena aku menapak ke arahnya dan
TONG
kuali yang baru aku basuh, aku ketukkan ke kepalanya. Rasakan!!! Afiq dan Syah dah ketawa besar kepada Farhan.
"How dare you! You so rude, you know?" Aku memandang dia.
"Antara aku dengan kau, aku lagi tua! Sedar diri sikit" kata ku lalu aku berpura-pura hendak mengetuknya sekali lagi.
"Tuan aku rasa Farhana ni makin garang lepas pakai tudung. So scared please help me Tuan Afiq" rayuannya tidak dibalas oleh Tuan Afiq.
"Tak boleh buat apa dah Farhan. Dalam bilik tadi pun aku dah kena Farhan" kata Afiq dengan pasrahnya. Ya dalam bilik tadi pun Afiq dah kena dengan aku. Padan muka dia siapa suruh kenakan aku.
End flashback
"Ehem" tiba-tiba Farhan berdeham lalu aku melihat dia, lupa pula si Farhan ada dekat sini hihihi.
"Ini suami kau ke Farhana?"
"Huk huk" kami berdua batuk serentak dengan pertanya Qaniqa itu.
"Dia bukan suami aku la, dia adik suami aku" dalihku. Takkan nak bagitahu yang Farhan ni kawan Afiq dan merangkap anak buah pada Afiq.
"Kenalkan Farhan ni Qaniqa, Qaniqa ini Farhan" aku memperkenalkan mereka berdua kemudian Qaniqa menundukkan sedikit badannya sebagai perkenalan mereka kemudian Farhan hanya senyum terpaksa. Ya! Terserlah sangat senyuman terpaksa dia tu!
"Mana kau pergi selama ni Qaniqa? Puas aku cari kau tahu tak? Aku tanya kawan-kawan kita tapi dorang pun tak tahu mana kau hilang" aku cuba mengalihkan perhatian Qaniqa. Aku tak nak la dia terasa hati dengan Farhan.
Yang Farhan pun satu, dia dengan aku bukan main lagi gila dia keluar dengan Qaniqa ya allah aihhh...
"Aku dah tak macam dulu Hana" aku mengerutkan kening ku. Tak faham.
"Tak apa la Na janji kita dah berjumpa balik. Aku seronok sangat nampak kau yang sekarang dah bertudung. Cantik. Pandai suami kau jaga kau" katanya kemudian dia membelek muka ku sambil nangis.
YOU ARE READING
Tuan Afiq
Action𝙱𝚘𝚘𝚔 2 Farhana Ianira Seorang yang brutal, panas baran, dan suka cakap lepas tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Tuan Afiq Seorang yang paling beku, tidak tertarik pada mana-mana perempuan kerana dia menunggu seseorang yang telah...