"Hey Darisa Alma! What're you doing?" sapa Aqeela yang baru tiba di kelas persediaan malam mereka.
"Apa lagi, dia dengan novel dia lah tu," Nadhifah, salah seorang ahli kelas 4 Al-Biruni menjawab soalan Aqeela bagi pihak Alma. Alma sekadar tersengih kecil mendengar nada yang digunakan Nadhifah.
"Kenapa awak lambat masuk prep?" tanya Alma yang baru sahaja menutup komputer riba miliknya.
"Oh, ada perjumpaan Pembimbing Rakan Sebaya tadi. Nak buat makan-makan katanya," jawab Aqeela yang mengambil tempat di sebelah Alma. Buku teks Matematik Tambahan dikeluarkan.
"Kau dah siap latihan yang cikgu bagi tadi?" tanya Aqeela.
"Yang mana?"
"Simultaneous equations involving one linear equation and one non-linear equation," Aqeela terus membaca tajuk yang terpampang di buku latihannya.
"Oh, dah. Petang tadi. Nak saya tolong?" pelawa Alma. Terus dia mengangguk laju.
"By the way, kau baca novel apa pula tadi?" tanya Aqeela ingin tahu.
"Reread novel 'Her Cafe'," balas Alma tanpa memandang wajah Aqeela. Aqeela membuntangkan matanya.
"Again? Dah berapa kali kau baca novel ni? Aku rasa nak dekat 100 kali dah since it's first publish. And it was publish only two months ago,"
"Saya tak rasa sampai 100 kali. At least 90 lebih. And it's not two months ago, it's a month, three weeks and four days ago," balas Alma dengan lebih terperinci. Aqeela terus menggulingkan matanya.
"Whatever you say, though the details make it seems more impressive. But still, apa yang kau suka sangat dengan novel tu?"
Alma tersenyum mendengar soalan tersebut. Pen yang dipegang terus digunakan untuk mengetuk perlahan tangan Aqeela.
"You said you need my help with your addmath right? Let's do it," terus sahaja topik tentang novel yang menjadi kegemarannya dihentikan. Aqeela mencebik sebelum memberikan tumpuan sepenuhnya kepada subjek yang paling susah baginya.
Tergelak kecil Alma melihat riak wajah seorang Busyra Aqeela.
"Assalamualaikum ya bakal ahli kubur, minal muslimin wal muslimat!" laung Aidan yang baru sahaja tiba di kelas persediaan malam.
Warga kelas 4 al-Kindi yang sudah terbiasa dengan karenah Aidan hanya menjawab salamnya tanpa memandangnya.
Aidan terus mencebik melihat dirinya dihiraukan. Kakinya terus melangkah menuju ke arah Aisar yang mengetuk pennya ke dagu. Di hadapannya terdapat sehelai kertas yang jelas kelihatan kesan lipatannya.
"Buat apa tu?" tanya Aidan. Kertas yang ingin diintai isinya terus sahaja ditutup oleh Aisar.
"Jalan cerita," jawab Aisar ringkas. Aidan mencebik lagi.
"Hey, aku ni best friend kau tau. Apa salahnya kalau aku intai sikit, bukannya berkurang kualiti pun," omel Aidan yang duduk di sisi Aisar.
"Sejak bila kau jadi best friend aku pun aku tak tahulah, perasan je lebih," balas Aisar.
"Hmph, tak nak kawan kau seminit!"
Aisar sekadar mengangkat bahunya lalu menyambung menulis ideanya ke kertas.
Seminit berlalu.
"Weh, addmath tadi kau tak faham yang mana? Jom aku terangkan," pelawa Aidan. Terus Aisar melipat kertas yang penuh dengan ideanya lalu dimasukkan ke dalam poket baju melayunya. Buku latihan Matematik Tambahan dikeluarkan.
"Ni ha, aku tak faham yang ni," halaman muka surat yang suci tanpa sebarang contengan jalan kerja itu ditunjuk.
Tajuk pada muka surat tersebut dibaca Aidan.
"Oh, persamaan serentak yang ada persamaan linear dengan persamaan bukan linear? Kacang je, tengok sini aku ajar kau,"
Selesai dua soalan dijawab, Aidan mengangkat wajahnya memandang Aisar yang masih tekun cuba menyelesaikan soalan ketiga pula.
"Weh, sebenarnya kan, aku dah lama nak tanya kau. Macam mana kau terdetik nak publish buku yang tajuknya apa en--"
"Her Cafe," pintas Aisar.
"Ha, 'Her Cafe' tu, sedangkan kau ini sangatlah pemalas orangnya,"
Aidan dijelingnya.
"Kau kutuk aku ke sekarang?" tanya Aisar. Aidan menggeleng laju.
"Mana ada aku kutuk kau, that's a fact that everyone know! Kau tu pemalasnya tahap bila ada exam, kau just dengar orang lain baca kuat-kuat waktu study group, only that! Kau baca buku sekilas pandang pun tak," balas Aidan.
Aisar mengeluh perlahan mengenangkan kemalasannya.
"Aku publish buku tu sebab aku dah pernah kantoi dengan kakak aku," jawab Aisar.
"Kakak kau, Akia ke? Wait, kantoi? Bukan biasanya kalau orang terkantoi macam kau ni akan delete dorang punya hasil kerja ke?"
Bahu Aidan ditampar kasar.
"Excuse me, kak Akia aku tu baik. Dia bagi semangat kat aku untuk publish story ni kat Online Novel. More like desak aku, but ignore the little detail. And tup tup, aku publish,"
"And kau pula tak sangka buku tu boleh famous. The end of the story," sambung Aidan. Aisar menganggukkan kepalanya.
"Mana kau dapat inspirasi?" tanya Aidan lagi.
"Kakak sepupu aku. Dia ada buka kafe. Katanya dream job dia dari zaman dia sekolah menengah. Kafe tu pulak theme trending. Sebab most of her customer ialah school students," jawab Aisar.
"Oh. Lepas tu kan, kenapa kau--"
"Mohd Akif Aidan, kau nak tolong ajarkan aku atau kau nak buat sesi temu ramah kat sini. Just take note, if kau pilih nak buat sesi temu ramah, aku takkan buat latihan ni langsung dah lepas ni. So menjawablah kau kat cikgu kalau dia tanya kenapa kau tak tolong aku faham subtopik ni,"
"Alright, here we go. Untuk soalan ni, first, kau kena..."
YOU ARE READING
Bibliophile
JugendliteraturBibliophile: a person who collects or has a great love of books. *** Apa perasaan kau bila kau dapat jumpa idola kau dalam dunia realiti ni? Teruja. Gembira. Seronok. Suka. Tak terkata. Begitu juga dengan seorang gadis sepertinya. Darisa Alma nama d...