"So, apa benda yang kau excited sangat nak cerita kat aku dari petang tadi?" tanya Aqeela yang mengambil tempat di atas katil Alma.
Alma menghiraukannya. Tangannya ralit menconteng sesuatu pada bukunya.
"Alma? Darisa Alma~" panggil Aqeela lagi. Sekali lagi dia dihiraukan.
"Weh, Alma. Kau marah aku ke? Alaa sorry lah, aku terlupa kau minta after iron kat aku petang tadi. Sorry sangat-sangat. Please lah Alma, janganlah marah aku," rengek Aqeela.
Wajah Aqeela dijelingnya, lalu dia mengeluh.
"Saya lambat kosongkan asrama tadi sebab awak, tahu? Nasib baik yang jaga pagar asrama waktu tu Rania, tak adalah saya kena bebel panjang-panjang," rungut Alma.
"Sorry, Alma. Sorry... Jangan marah aku lagi. Nanti aku belanja kau aiskrim, okay? Please... janganlah macam ni Alma," rengeknya.
Hujung bibir Alma naik sedikit.
"Iyalah, yalah. Tak marah dah," kata Alma.
Terus tubuh Alma dirangkul erat.
"Thanks Alma. Thank you," ucap Aqeela.
"Haih, dah. Sorry juga, bukan awak yang nak lupa pun. Kalau awak memang sengaja lupa saya minta after, memang saya kejar awak dengan pembaris besi ustazah," kata Alma.
"It's okay. So, apa yang kau nak cerita?"
Riak wajah Alma terus berubah teruja.
"Tengok apa yang saya jumpa!" kertas yang berlipat itu diserahkan kepada Aqeela.
Aqeela membaca kertas tersebut. Kemudian keningnya bertaut.
"So?" tanya Aqeela inginkan kepastian.
Alma mencebik melihat respon Aqeela, tahu bahawa Aqeela tidak pernah ambil kisah tentang novel. Aqeela lebih meminati komik.
"Tu, jalan cerita untuk 'Her Cafe'," katanya. Makin berkerut dahi Aqeela.
"So?"
"From A to Z, lengkap dengan ending,"
"So?"
Alma menepuk dahinya.
"Cuba fikir baik-baik," kata Alma.
"Kenapa dengan jalan ceritanya? Oh, kau dah jumpa orang yang minat buku tu juga eh? Apa--"
"Sshh, fikir baik-baik," pangkah Alma. Aqeela mencebik.
Dia memeluk tubuh sambil menunggu Aqeela memproses maklumat.
Kemudian riak wajah Aqeela berubah terkejut.
"Wait! Bukan buku tu belum end lagi ke? Kau jumpa kat sekolah ni ke? Kau nak kata yang penulis buku kegemaran kau tu ada kat neraka ni?!" tanya Aqeela bertubi-tubi.
YOU ARE READING
Bibliophile
JugendliteraturBibliophile: a person who collects or has a great love of books. *** Apa perasaan kau bila kau dapat jumpa idola kau dalam dunia realiti ni? Teruja. Gembira. Seronok. Suka. Tak terkata. Begitu juga dengan seorang gadis sepertinya. Darisa Alma nama d...