Masing-masing hanya mampu berdiam diri.
Alma dengan wajahnya yang memerah akibat malu.
Aqeela yang memandang Alma dengan renungan tak percaya.
"Aqeela... Apa patut saya buat sekarang ni? Malu!" Alma terjerit kecil. Wajahnya ditekup kedua tangan kecil miliknya.
Aqeela menggeleng kecil. Terbit senyuman nipis di wajahnya melihat reaksi Alma.
Tangannya menarik tangan Alma jatuh ke bawah. Mata mereka bertentang.
"Wah, sejak bila Darisa Alma ni berani confess ni? Dahlah confess kat hot guy batch kita," usik Aqeela. Makin merah wajah Alma dibuatnya.
"Saya tak kenal pun siapa dia. Aqeela, saya tak nak terserempak langsung dengan dia! Malu..." hampir menangis Alma dibuatnya.
Tawa Aqeela terhambur. Tubuh Alma pula dipeluk erat.
"Kau tak nak jumpa dia? Then aku tolong kau elakkan diri daripada dia, okay? Dah, jangan menangis. Nasib baik je korang bukan classmates," kata Aqeela dengan tawa yang tersisa. Alma memandangnya geram.
Jarinya dibawa mencubit lengan Aqeela.
"Sampai hati awak gelakkan saya! Tak nak kawan nanti," ugut Alma.
Ugutan itu dihiraukan, makin kuat tawa Aqeela dibuatnya.
"Uu, comelnya dia. Malu lepas confess ya? Alalalalala, kesian dia," usik Aqeela lagi. Pipi Alma sengaja dicubit lembut.
Alma mencebik.
Terus sahaja dia meninggalkan Aqeela yang masih lagi menggelakkannya.
"Guys! Korang nak tahu tak?! Alma baru je lepas confess her feelings!" jerit Aqeela sambil mengejar langkah Alma.
Untung sahajalah tiada siapa di situ.
"Shut up, Busyra Aqeela!"
"Alma confess!"
"Aqeela! I hate you!"
"Hahahahahahahaha! I love you too!"
Aisar melontarkan pandangannya ke luar tingkap.
Hanya memori tentang apa yang terjadi semalam terus berputar di fikirannya.
"Saya suka awak!"
Aidan mengerling ke arah sahabatnya yang seperti dilanda masalah. Bibirnya mengukir senyuman nakal, lalu secara berhati-hati dia mendekati sahabatnya itu.
"Bah!"
Aisar mengurut dadanya. Aidan yang gelak terbahak-bahak dijeling tajam.
"Apa benda yang jauh sangat kau menungkan?" tanya Aidan yang duduk di atas meja Aisar.
Terus Aisar menendang Aidan.
"Turunlah!" marah Aisar. Aidan membuat muka tak bersalah lalu mengeraskan diri tidak mahu berganjak.
Keluhan berat dilepaskan, tangan kanannya naik meraup wajah.
"Kau ada masalah ke? Berat sangat gayanya. Ceritalah kat aku, mana tahu aku boleh tolong?" cadang Aidan, tulus.
Aisar memandang wajah Aidan.
Tidak. Lebih kepada mencerlung.
"What? Kau tak percayakan aku?" tanya Aidan.
Aisar menggeleng.
"Aku percayakan kau, tapi aku terlalu kenal kau. Kau, masuk campur dalam masalah ni, takkan buatkan ia selesai. Maybe makin teruk masalah aku jadinya," balas Aisar, kasar.
Aidan mencebik.
"Kau ni ditimpa masalah negara ke apa?" tanya Aidan tidak berputus asa.
Aisar teringatkan Alma yang langsung tidak dapat dilihat bayangnya sejak pagi tadi.
Sepertinya Alma mengelak darinya.
Aisar mengeluh lagi.
"Lagi besar dari masalah dunia,"
"Wah, besar sangat tu. Memang aku tak mampu nak tolong lah," Aidan mengangguk-anggukkan kepalanya, sepertinya bersetuju dengan pilihan Aisar untuk tidak memberitahunya.
Aisar yang sedang geram dengan Aidan terus sahaja mengambil peluang ini untuk menolak Aidan turun dari mejanya.
Terus sahaja dia menjatuhkan wajahnya ke meja. Tangannya naik bagi mengalas kepalanya.
"Eh, kau jangan nak tidur. Kita tak study math lagi," kata Aidan, cuba untuk menarik Aisar bangun.
"Tak nak, tak ada mood,"
"Aisar!"
"No, not gonna,"
"Mohd Aisar Afham!"
"Krik krik,"
"Kau kan..."
"Krik krik. Maaf, Mohd Aisar Afham sudah lena. Sila tinggalkan pesanan,"
"Eish!"
Vote and comment!
YOU ARE READING
Bibliophile
Novela JuvenilBibliophile: a person who collects or has a great love of books. *** Apa perasaan kau bila kau dapat jumpa idola kau dalam dunia realiti ni? Teruja. Gembira. Seronok. Suka. Tak terkata. Begitu juga dengan seorang gadis sepertinya. Darisa Alma nama d...