Alma tanpa jemu cuba menghafal nota bahasa Arab yang diberi gurunya sebentar tadi sambil berjalan menuju ke asrama.
Pada hari ini, dia hanya berjalan seorang diri memandangkan Aqeela ada jamuan makan Pembimbing Rakan Sebaya yang perlu dihadirinya.
Alma pula sengaja ingin mengambil jalan jauh ke asrama, tidak mahu balik ke biliknya terlalu awal.
Sedang ralit dia membaca, tanpa sedar dia tersepak sebuah botol plastik yang ada di lantai.
"Astaghfirullah al-Azim, siapa pula buang sampah merata-rata ni. Ni lah sebabnya kenapa guru disiplin tak berhenti-henti nak tahan budak kat masjid semata-mata nak cakap pasal kebersihan sekolah," omel Alma.
Ketika dia menunduk ingin mencapai botol tersebut, matanya menangkap sehelai kertas yang betul-betul berdekatan dengan botol tersebut.
Rasa ingin tahu diikuti, tangannya turut mencapai kertas tersebut. Terus matanya membuntang melihat isi kandungan kertas tersebut yang terpampang di muka hadapan.
Storyline 'Her Cafe'
"Oh my, oh my, oh my. Tak menyesal aku guna jalan ni. Arh, lucky nya aku, tak sangka pula dia pun ada kat sekolah ni. Agak-agak dia cikgu ke? Atau pelajar? Kalau pelajar, dia batch mana eh? Oh my, macam mana kalau kertas ni pemiliknya pelawat yang datang pagi tadi. Eh, tak mungkinlah.."
Segala kemungkinan difikirkan Alma sepanjang jalan pulang ke asrama. Nota bahasa Arab yang pada mulanya dihafal terus sahaja dilupakan.
"Hey bro! Nak air kau sikit boleh?" Aidan yang datang menyapa terus meminta air daripadanya.
Aisar menjelingnya.
"Dengan salamnya tak ada. Mana air kau?" tanya Aisar geram melihat Aidan yang selamba sahaja meneguk airnya.
Nasib baiklah kau kawan aku, kalau tak memang aku humban kau kat tasik belakang sekolah, getus hatinya.
"Botol air Tupperware aku hilang. Kan aku guna botol plastik Spritzer semalam kan? Aku tertinggal kat tepi padang. Lepastu tengok-tengok tadi dah hilang. Aku rasa aunty cleaner dah ambil lepas tu buang botol tu," terang Aidan.
Aisar hanya mengangguk sahaja sebagai balasan. Pandangannya dikalihkan melihat langit di luar.
Aidan memandangnya pelik.
"Kau ni kenapa? Bad mood semacam je? Kau benci aku ke? Okay, aku janji aku tak rembat air kau dah," ujar Aidan.
"Bukan pasal kaulah. Kau ingat kau tu main character ke? Semua benda nak dikaitkan dengan kau. Sedar diri sikit, kau tu audition jadi side character pun tak lepas," balas Aisar pedas. Aidan menggulingkan matanya, menyampah.
Kalau Aisar tengah bad mood, memang mulutnya lancang minta penyepak.
"Habis tu, kenapa?" tanya Aidan lagi.
Aisar mengeluh panjang. Rambutnya yang serabai menutup sebelah pandangannya ditolak ke belakang.
"Kertas aku hilang," jawab Aisar ringkas.
"Kertas apa? Kertas Bio ke? Bukan ada kat cik--"
"Aidan, aku tak ada mood nak main-main dengan kau sekarang ni," ujar Aisar dingin. Aidan mencebik.
Apabila Aisar menggunakan nada begitu, terpaksalah dia tolak tepi personalitinya yang suka main-main dan bergurau tak kena tempat itu.
Terus sahaja otaknya membuat kerja. Difikirkan segala perkara yang berkaitan dengan apa yang dituturkan Aisar.
Seketika, matanya terbuntang luas.
"Wait, maksud kau, kau hilang kertas jalan cerita novel kau ke?!" jerit Aidan.
Aisar menggosok telinganya yang menjadi mangsa jeritan Aidan. Aidan dijeling geram.
"Iya, kertas jalan cerita novel aku hilang,"
"Oh, that explains why you're in a bad mood. Sorry," ucap Aidan. Aisar terus menggeleng laju. Mata Aidan direnung tajam.
"You're not at fault. Sorry, aku bad mood dengan kau pulak,"
"Well, semua lelaki akan jadi bad mood bila nampak aku. Sebab dorang sedar kekacakan dan kecomelan dorang tak setanding dengan aku, jejaka impian yang dah curi banyak hati para wanita," kembali terus sifatnya yang suka main-main.
Aisar menahan tangannya yang ingin sahaja menampar tubuh Aidan.
"Haih, apa-apa jelah kau. Yeah, yeah, whatever you say," kepalanya diletakkan di atas meja. Dia mengambil kesempatan untuk merehatkan fikirannya sebentar.
Aidan yang faham Aisar inginkan ruang terus sahaja pergi mengganggu pelajar lain pula.
Kedengaran pintu kelas mereka diketuk beberapa kali.
"Assalamualaikum,"
Terus Aisar mengangkat wajahnya.
Kelihatan Alma sedang berdiri di pintu belakang kelas.
"Urm, nak panggil Rania boleh?" pinta Alma.
Rania yang asalnya tekun menyalin nota rakan semejanya terus berdiri.
"Oh, Darisa Alma! Alma, kaulah penyelamat aku!" tangan Alma ditarik lalu mereka menghilang dari pandangan Aisar.
Aisar tersenyum sendiri. Terus buku latihan Fizik dikeluarkan.
"Aidan! Nak study Fizik!" laung Aisar dari tempat duduknya.
Aidan yang sedang berbual dengan Eidlan terus menoleh. Pandangan pelik dilontarkan.
"Bukan kau kata kau nak rehat ke? Lepas tu kau juga yang kata Fizik ni tak sepatutnya wujud memandangkan Newton tu se--"
"Shush, aku ada mood nak belajar ni. Kalau kau tak nak ajar aku sekarang tak apa. Tak payahlah belajar," tangannya yang ingin menyimpan buku latihan tadi terus dihalang Aidan yang berlari pecut ke arahnya.
"Okay, jom kita study!"
YOU ARE READING
Bibliophile
Dla nastolatkówBibliophile: a person who collects or has a great love of books. *** Apa perasaan kau bila kau dapat jumpa idola kau dalam dunia realiti ni? Teruja. Gembira. Seronok. Suka. Tak terkata. Begitu juga dengan seorang gadis sepertinya. Darisa Alma nama d...