"Aqeela," panggil Alma perlahan.
"Kenapa?" tanya Aqeela tanpa menoleh kepalanya.
"Awak terjengket-jengket daripada tadi. Nampak macam pencuri pula," kata Alma. Aqeela memusingkan badannya kemudian mencebik.
"Eleh kau ni, nak feel jadi spy sekejap pun tak boleh," omelnya. Alma tergelak kecil.
Tangannya laju mencapai suis lalu lampu kelas 4 al-Kindi dibuka.
Aqeela menutup matanya apabila silau cahaya yang menorobos masuk ke penglihatannya.
"Alma, bagilah warning dulu before kau buka lampu," kata Aqeela. Alma tersengih.
"Okay, sorry," ucapnya.
Aqeela sekadar mengangguk. Sekeliling kelas dilihat lalu sebuah meja yang berada di hadapan meja guru dituding.
"Ha, ni meja dia,"
"Oh, jom letak ni. You can do it, Alma. Bukannya kau confess ke apa pun. It's just returning the paper under his desk," bisiknya pada diri sendiri.
Meja yang ditunjuk Aqeela didekatinya.
Tetapi, belum sempat kertas yang ingin dipulangkan ke pemilik asalnya dikeluarkan dari poket baju kurungnya, satu suara menegurnya.
"Ehem, excuse me?"
Terus sahaja dia tersentak, badannya kaku tidak mampu bergerak. Aqeela yang dilihat dari ekor matanya juga turut begitu.
"Damn," keluh Aqeela.
"Urm, hello? Apa korang buat kat meja aku ni?" tanya pemilik suara garau itu dengan nada yang perlahan.
Terus sahaja Alma merasakan suara itu sedap didengari.
"Mhm, assalamualaikum?" tegurnya lagi.
Perlahan-lahan Alma menoleh. Matanya bertembung dengan mata milik lelaki yang menegurnya tadi.
Terdiam Alma dibuatnya. Tiada sepatah kata pun yang mampu dikeluarkannya.
Mata lelaki itu pula terbuka luas menyedari gadis yang berdiri di hadapan mejanya.
'SubhanAllah, apahal lelaki ni handsome sangat?'
Alma mencari-cari perkataan yang sesuai untuk diungkapkannya pada saat ini. Namun tiada satu pun perkataan yang terlintas dalam benak fikirannya.
Seolah-olah dirinya mengalami amnesia, habis semua perkara dilupakannya.
Lama mereka berdua bertentang mata, Aqeela yang berdiri di sisi Alma sedari tadi terus menyiku sahabatnya yang seorang itu dengan niat ingin menyedarkannya.
Bukan salah Aqeela tentang apa yang bakal terjadi. Tiada siapa di kalangan mereka yang mampu menilik masa hadapan.
Terkejut dibuatnya, kata-kata yang tidak sempat disusun dalam otaknya terus sahaja dilontarkan.
"Saya suka awak!"
Alma segera menutup mulutnya apabila menyedari ketelanjuran kata-katanya.
Mata Aqeela terbuntang luas ibarat hendak terkeluar dari soketnya.
Alma terus menundukkan wajahnya, malu.
'Umi... Nak balik!'
"Ehem, excuse me?"
Dia berdehem meminta perhatian dua gadis tersebut.
Terus sahaja mereka tersentak, badan mereka kaku. Dapat dia dengar salah seorang daripada mereka bersuara.
"Damn,"
"Urm, hello? Apa korang buat kat meja aku ni?" tanya Aisar ingin tahu.
Tiada jawapan yang diterimanya. Sekali lagi dia cuba menegur.
"Mhm, assalamualaikum?"
Perlahan-lahan pelajar perempuan yang betul-betul berada di hadapan mejanya menoleh.
Matanya bertembung dengan mata milik pelajar itu.
Terbuntang luas matanya apabila menyedari gerangan gadis yang berada di hadapannya tika ini.
'SubhanAllah, cantiknya dia. But, wait. Apa yang dia buat kat sini? Depan meja aku?'
Aisar menunggu bicara Alma yang kelihatan tenggelam dalam fikirannya.
'Apa yang dia fikir lama sangat ni?'
Aisar terlupa tentang penampilannya yang serabai akibat berlari dari masjid ke kelasnya.
Lama mereka berdua bertentang mata, Aqeela yang berdiri di sisi Alma sedari tadi terus menyiku perlahan lengan Alma.
Akibat terkejut, Alma secara tidak sengaja bersuara sedikit kuat dari kebiasaannya.
"Saya suka awak!"
Terpaku Aisar mendengar ungkapan yang keluar dari bibir Alma.
Kerana Alma yang terus menundukkan kepalanya dan Aqeela yang lebih fokus terhadap Alma, mereka berdua tidak menyedari wajah Aisar yang semakin memerah.
Akibat masih terkejut dengan luahan secara tiba-tiba dari Alma, otaknya tidak dapat memproses apa-apa maklumat. Mulutnya langsung tidak mampu digerakkan bagi menuturkan apa-apa bicara.
Setelah beberapa minit berlalu, akhirnya dia hanya mampu melihat Aqeela menarik lengan Alma keluar dari kelasnya tanpa sepatah kata.
Aisar sekadar memandang sehingga hilang bayang mereka.
Seketika, dia menyentuh dadanya. Dapat dirasakan degupan jantungnya yang sangat laju.
"Did she just... confess to me?"
Vote and comment!
YOU ARE READING
Bibliophile
Novela JuvenilBibliophile: a person who collects or has a great love of books. *** Apa perasaan kau bila kau dapat jumpa idola kau dalam dunia realiti ni? Teruja. Gembira. Seronok. Suka. Tak terkata. Begitu juga dengan seorang gadis sepertinya. Darisa Alma nama d...