Alma bingung. Dia tak tahu apa yang patut dia lakukan sekarang
Sesiapa nak tolong bagitahu dia, apa yang dia patut buat bila orang yang sudah sedaya upaya dia elakkan kini dijadikan pasangannya bagi ahli jawatankuasa acara karnival sekolah?
Alma mengeluh. Sepatutnya dia minta maaf sahaja dan terus terang bahawa kejadian dia terluahkan perasaan tu cumalah kesilapan dia semata.
Bukan dia sengaja, jadi kenapa dia mengelak?
Oh, ya. Sebab dia malu, terlampau malu.
"Alma?"
"Ya?" Laju Alma menoleh ke arah Aisar yang sedang menyenaraikan barang yang diperlukan untuk acara mereka.
"Kau nak ke bendera warna-warni?"
"Ah, boleh je," jawabnya setelah mengalihkan pandangannya.
Alma mengetap bibir geram, geram dengan dirinya.
Kenapa berat sangat mulut ni nak bersuara?! Aqeela!! Mana awak!!
Aisar menutup bukunya. Dia menoleh melihat Alma yang sedang dalam dilema.
"...Alma?"
"Ya?" Alma tidak mengangkat mukanya, tahu bahawa Aisar sedang memandang tepat ke arahnya.
"Pasal kejadian dalam kelas aku haritu--"
"Saya minta maaf!" Terus Alma memotong percakapan Aisar, tidak mahu peristiwa itu diungkit kembali.
"Ah, aku nak cakap, yang kau tak perlu minta maaf pun. Aku tahu kau tak sengaja. Aqeela buat kau terkejut kan?"
Alma mengangguk laju, mengiyakan kata-kata Aisar.
"Uh, saya tak maksudkan apa yang saya cakap haritu,"
"Tu pun aku tahu,"
Masing-masing terdiam sebentar. Tidak tahu apa lagi yang patut dibicarakan.
Beberapa minit dalam sunyi, barulah Alma teringat yang dia sepatutnya jujur tentang minatnya dia dengan novel Aisar yang dihantarnya di online.
Namun, Aisar terlebih dahulu bersuara.
"Jadi, since kita punya misunderstanding dah selesai, kau tak perlulah usaha kuat sangat nak elakkan diri tau,"
Huh?
Alma terpempan.
Aisar tahu ke dia elakkan diri daripada bertembung dengan dia sejak kejadian memalukan tu?!
Terlihat pipi Alma yang merona merah, Aisar sedar akan kesilapan tutur katanya.
"...Aku penat nak dengar Aidan membebel macam makcik. Dia tak habis-habis mengomel bila dia tak nampak bayang kau,"
Maaf Aidan. Nanti aku belanja kau air favorite kau. Bisiknya dalam hati.
Pelik. Alma tidak rasa Aidan seorang yang cekap.
Oh, mungkin dia kebetulan perlukan dirinya namun sedar bahawa dia langsung tidak nampak bayang Alma walau sekuat mana dia mencari?
Tapi rasanya Aidan selamba badak aje panggil dia kat interkom asrama semalam? Dia tak kata apa-apa pula?
Oh, baru dia ingat apa yang dia nak cakap sebenarnya!
"Sebenarnya... Saya nak cakap yang, saya suka buku awak,"
Pergerakan Aisar terhenti. Mukanya seakan tidak percaya.
"Apa? Aku tak rasa aku dengar apa yang kau cakap tadi,"
"Saya, suka buku awak. Her Cafe, awak yang tulis buku tu kan?"
Dalam fikiran Aisar hanya satu saje, dia ingin meluku kepala Aidan yang sudah pastinya menjadi dalang Alma mengetahuinya.
"Oh, haah. Mana kau tahu?"
"Aqeela bagitahu,"
Aisar mengangguk faham.
"Hm, terima kasih?" Aisar terasa kekok, tidak pasti apa reaksi yang sesuai terhadap luahan Alma. Dia tidak pernah jumpa sesiapa dalam dunia nyata yang mengatakan mereka suka akan novelnya.
"Aku fikirkan kau tahu daripada Aidan,"
"...Awak nak kata yang Aidan dah tahu pasal ni?"
"Uh, haah?"
Alma mencebik geram. Tidak sangka pula Aidan terlebih dahulu tahu tentang perkara ini namun tidak memberitahunya.
Seketika, dia menghela nafas.
"Awak tak suka orang tahu pasal ni ke?"
"Aku, just, tak rasa benda ni something yang perlu dibanggakan? Aku tak rasa orang berminat untuk tahu tu,"
Alma terus memandang tepat ke dalam mata Aisar.
"Mana ada! Mesti ada orang yang akan minat. Contohnya saya! Karya awak best sangat!"
Kalau ada sesiapa yang tuduh dia blushing, dia akan nafikan sesungguh-sungguhya.
Dia tak blushing, okay? Tak kisahlah apa pun orang nak kata.
Dia. Tak. Blushing.
Alma yang tidak perasan telinga Aisar sudah merona merah terus-terusan memberikan pujiannya kepada si penulis.
"...dan, novel awak sebenarnya bagi inspirasi pada saya. Saya tak pernah terfikir nak jadi apa dalam hidup saya. Bak kata Aqeela, just follow the flow. Tapi lepas baca novel awak, saya tertarik nak jadi pemilik kafe. Mungkin dalam dunia nyata, pekerjaan tu taklah seindah apa yang diceritakan awak kat dalam novel 'Her Cafe', tapi saya nak usahakan supaya saya akan ada kafe impian saya!"
Sejujurnya, Aisar rasa sebak apabila melihat novelnya memberi kesan yang baik kepada pembacanya.
...
Bukan hanya kerana Alma si pujaan hati dia, okay! Sebab dia pembaca! Pembaca!
Well, another chapter after a long hiatus. How about it? Comment!
And, chapter ni takde banner macam chapter before sebab ada a bit trouble nak access dengan file Naika. Termasuklah dengan ketidaksabaran Naika untuk post chapter ni, so here we are!
Glad to be back!
YOU ARE READING
Bibliophile
Fiksi RemajaBibliophile: a person who collects or has a great love of books. *** Apa perasaan kau bila kau dapat jumpa idola kau dalam dunia realiti ni? Teruja. Gembira. Seronok. Suka. Tak terkata. Begitu juga dengan seorang gadis sepertinya. Darisa Alma nama d...