📚 1 📚

84 11 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Darisa Alma! Jom! Nanti lambat nak pergi kelas teacher Rin!" 

Seorang gadis yang sedang khusyuk membaca novel terus sahaja menyimpan novel tersebut. Beg yang terletak di atas katil terus disambarnya.

"Jom," ajaknya.

Mereka berdua meninggalkan kawasan asrama puteri menuju ke blok akademik.

"Qeela, awak ada lagi tak novel yang saya belum baca?" tanya Alma. 

Tiada sahutan. Alma menoleh ke sisinya. Kelihatan sahabatnya sedang jauh mengelamun entah ke mana.

"Aqeela?" panggilnya lagi. Tiada sahutan.

"Busyra Aqeela!" panggilnya dengan suara sedikit tinggi menyedarkan Aqeela daripada lamunannya. 

"Ya? Kau panggil aku ke?" tanya Aqeela yang tersengih senget.

"Awak ada novel lagi tak?" Alma mengulang soalannya.

Aqeela menggeleng. "Kau dah habis baca ke novel yang aku baru bagi malam semalam?" tanya dia pelik.

"Sikit lagi dah nak habis," balas Alma.

"Cepatnya habis! Baik kau jujur dengan aku, kau baca buku ada fast forward ke hah?" tanya Aqeela tidak berpuas hati.

Alma tersenyum kecil. "Mana ada lah,"

"Darisa Alma," 

Alma terus menoleh melihat orang yang memanggil namanya.

"Waalaikumussalam. Oh, ada apa ya Mohd Akif Aidan?" tanya Alma menyebut nama penuhnya sambil memerlinya.

Akif tersengih sumbing.

"Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam," 

"Almaaaaaaaaa," meleret nama Alma dipanggil.

"Ya Allah, Aidan. Aidan nak apa?" tanya Alma dengan nada menyampah.

"Nak pinjam sepuluh ringgit boleh tak?" pinta Aidan. Kening Alma bertaut.

"Kenapa pula? Duit Aidan mana?" tanya Alma pelik.

"Nak bayar duit pendaftaran untuk join pertandingan catur. Duit dah habis. Boleh lah ya Alma? Kita kan sepupu," pujuk Aidan. Alma menggulingkan matanya menyampah. Terus not RM10 dikeluarkan dari dompetnya.

"Nah, jangan lupa ganti," ujar Alma. Aidan mengangguk laju.

"Aye aye captain! Thank you Alma! Sayang kau!" flying kiss dihadiahkan. Alma tergelak kecil. 

"Ee, mengadanya mamat tu. Asyik menggedik je," kata Aqeela yang dari tadi mendiamkan diri.

"Biarkan jelah Aidan tu. Jom, kita tak ambil lagi buku teks Kimia kat kelas," tangan Aqeela ditarik lembut.

Mata Aqeela membulat.

"Oh no! Kalau teacher Rin sampai makmal dulu before kita, matilah kita!" 


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Mohd Aisar Afham! Janganlah tinggalkan aku!" 

Aisar terus menoleh memandang sahabatnya yang termengah-mengah mencari nafas.

"Kau ni kan Aidan, bukannya aku tinggalkan kau dalam neraka pun. Jarak masjid dengan makmal Fizik bukan jauh mana. Kita jumpa jugak nanti. Gedik!" kutuk Aisar.

Aidan memegang dadanya yang terasa ditusuk pedang.

"Auch, sakitnya hati aku bila kau melayan aku sebegini rupa. Apakah aku tidak lagi penting dalam hidup kau wahai Tuan Aisar?" 

Aisar sekadar menggulingkan matanya melihat perangai sahabat yang satu itu. 

Gedik. Dramatik. Over react. Benda tak perlu nak kecoh pun bising macam satu dunia nak sangat dengar cerita dia.

"Oh, by the way. Macam mana dengan novel kau sekarang?" tanya Aidan ingin tahu.

"Mhm? Macam biasalah, kau nak macam mana lagi?" balas Aisar malas. 

"Alahai, maksud aku apa progress dia sekarang? Bila nak ending?" 

Aisar mengangkat bahunya.

"Entahlah, bila siap nanti tu siaplah," 

Aidan mengangkat tangan menampar bahu Aisar.

"Satu hari nanti andai kata novel kau terbit pastu kau jadi popular, kau jangan lupakan aku tau. Dekat bahagian dedikasi atau penghargaan tu kau kena tulis nama aku besar-besar. Sebesar alam pun aku tak kisah, lagi bagus," katanya selamba. 

Terus Aisar menjelingnya.

"Banyak cantik muka kau. Apa sumbangan kau pada aku? Nothing," 

Sekali lagi Aidan menyentuh dadanya, dramatik.

"Sampai hati kau. Tak nak kawan kau. Kau tak -- Eh Alma lah. Weh kejap weh, aku nak jumpa sepupu aku!" terus Aisar ditinggalkannya.

Aisar menoleh ke arah Aidan berlari.

Kelihatan Aidan sedang berbual dengan Alma, ditemani rakannya di sisi.

Pipi Aisar memerah.

"Oh my, comelnya crush aku hari ni," bisiknya sendiri. Terus matanya meliar memandang ke tempat lain. Kenapa Alma comel sangat eh?

"Hey bro, kau kenapa ni? Merah semacam muka kau?" tanya Aidan yang baru tiba setelah selesai berbual dengan Alma. 

"Panaslah. Kaulah, lembab sangat," balas Aisar yang terus berjalan meninggalkan Aidan. Aidan terus mengejar langkahnya.

"Ee, macam puteri lilin lah kau ni. Panas sikit pun tak boleh nak tahan. Merah-merah dah muka kau tu," kutuk Aidan.

Satu penampar hinggap di bahunya.

"Oi sakitlah!" 

Aisar tersengih sinis lalu mengangkat tangannya lagi.

Terus sahaja Aidan berlari menjauhkan diri dari Aisar yang ingin menamparnya.

"Sampai hati kau! Apakah kita bukan lagi sahabat sehati sejiwa sehidup semati sekasut semeja?!"

"Sampai je. Dah lama sampai. Haah, siapa yang nak mengaku jadi kawan kau. No one,"

"Hey! Berderet orang nak berkawan dengan aku tau! Cuma aku pilih kau je! Cuba belajar bersyukur sikit, dasar anak tak kenang budi," 

"Mohd Akif Aidan,"

"Ya?"

"There's a limit to how much delusional you can be,"

"Mohd Aisar Afham!"

BibliophileWhere stories live. Discover now