"Aqeela! Cepatlah sikit! Lambatnya awak!" laung Alma dari muka pintu. Aqeela mencebik. Segera dia mengemas meja. Segala buku disumbatkan ke laci meja.
"Sabarlah. Yang kau nak cepat sangat ni kenapa?" tanya Aqeela selepas mendekati Alma. Alma terus menarik lengan Aqeela.
"Cepat, saya nak guna jalan jauh," kata Alma. Tercengang Aqeela dibuatnya.
"Kenapa pulak?" tanya Aqeela tidak berpuas hati. Alma langsung tidak mahu menjawab.
"Alma?" panggil Aqeela lagi, risau apabila Alma tidak bersuara.
"Saya tak nak terserempak dengan dua belangkas yang awak cerita dekat saya," kata Alma sambil memerhatikan sekelilingnya.
Fokusnya hanya satu, iaitu ingin mengelakkan diri daripada bertembung dengan Aisar mahupun Aidan.
Mendengar cerita Aqeela semalam, Aisar, penulis novel kegemarannya itu merupakan sahabat baik Aidan.
Di mana ada Aidan, di situ ada Aisar.
Di mana ada Aisar, di situ ada Aidan.
Bagai dakwat dengan kertas!
Sebaiknya, jikalau dia tidak mahu bertembung dengan Aisar, dia perlu menjauhkan diri daripada Aidan.
Aqeela tersenyum melihat gelagat Alma. Kepalanya digelengkan sedikit.
Sejak Alma ter'confess' perasaan dia pada Aisar, Alma memang sentiasa memerhatikan sekelilingnya supaya dia tidak terserempak dengan mereka.
Malu sangat gamaknya!
Ini membuatkan Alma lebih banyak mengangkat wajahnya. Jikalau sebelum ini, wajahnya sentiasa menunduk ke lantai, tenggelam dalam fikiran tentang novel-novel yang dibacanya.
Aqeela tersengih mengenangkan perubahan Alma.
"Baik Tuan Puteri Alma, patik akan pastikan kita tidak akan terserempak dengan dua belangkas yang dikatakan," balas Aqeela.
"Weh, kau jaga tempat aku, aku pergi ambil nasi kau," pesan Aidan. Tanpa mendengar balasan Aisar, dia terus berlalu ke tempat mengambil nasi.
Aisar memeluk tubuh sambil memerhatikan sekelilingnya.
Sudah beberapa hari berlalu, kelibat Alma langsung tidak dapat dilihat.
Dan hanya ada satu tempat sahaja yang dia dapat melihat Alma dari jauh.
Dewan makan.
Sebab semua pelajar akan makan makanan yang disediakan di dewan makan. Jadinya, Alma juga begitu.
Kening Aisar terangkat apabila melihat Alma dan Aqeela yang baru sahaja masuk ke dewan makan.
Apabila Aqeela menjengahkan kepalanya ingin mencari seseorang, Aisar terus sahaja memusingkan tubuhnya bertentangan dengan bahagian pelajar perempuan supaya wajahnya terlindung.
Beberapa saat berlalu, dia menoleh sedikit mencari Alma dan Aqeela. Kelihatan Aqeela menepuk bahu Alma manakala tangan Alma naik mengurut dadanya dan mengeluh.
Terasa dirinya ditusuk pedang.
"Tak confess lagi, dah kena reject," keluhnya perlahan.
"Mhm? Confess? Kau ada crush ke Aisar?!" tanya Aidan yang baru tiba bersama dua pinggan nasi putih.
Nasi di tangan kiri Aidan diambil kasar kemudian bahu Aidan dipukulnya.
"Diamlah bangang! Nanti orang lain salah faham!"
"So betullah ni kau ada crush?"
"Hish, muda-muda lagi dah pekak. Aku cakap contest. C-O-N-T-E-S-T,"
"Habis tu reject apa pulak?"
"Ahh diamlah kau!"
"Ampun Tuan Putera!"
Vote and comment!
YOU ARE READING
Bibliophile
Ficção AdolescenteBibliophile: a person who collects or has a great love of books. *** Apa perasaan kau bila kau dapat jumpa idola kau dalam dunia realiti ni? Teruja. Gembira. Seronok. Suka. Tak terkata. Begitu juga dengan seorang gadis sepertinya. Darisa Alma nama d...