"Sekejap eh Alma. Aku ada hal nak buat ni," pamit Aqeela yang terus meninggalkan Alma keseorangan di dalam kelas.
Terpinga-pinga Alma dibuatnya, namun terus sahaja dia menyambung nota subjek Biologi nya.
Aqeela melajukan langkahnya mengejar kelibat seseorang.
"Aidan!" panggil Aqeela.
Aidan yang tadinya berjalan terus berhenti. Badannya dipusing menghadap Aqeela yang termengah-mengah mencari nafas.
"Nak air?" pelawa Aidan sambil menghulurkan sebotol air mineral.
"Tu kau punya kan?" Aqeela cuba menolak.
"Baru beli kat koperasi tadi. Tak buka pun lagi," ujar Aidan. Mendengar bicara Aidan, terus sahaja botol air itu dirampas lalu diteguk.
Aidan sekadar menunggu Aqeela menghabiskan air tersebut.
"Huh, lega,"
"Ha, apahal kau kejar aku ni? Selalunya bukan main pantang lagi kalau nampak aku," tanya Aidan pelik. Aqeela menggulingkan matanya.
"Kalau ikutkan aku tak nak jumpa kau walau sekali, tapi hari ni terpaksa. Sebab aku yakin kau tahu something," ujar Aqeela. Terangkat kening Aidan.
"Apa benda yang kau merepek ni ha?" tanya Aidan.
Nafas dalam ditarik Aqeela.
"Kau kenal orang yang ada nama pena A.Afham?" tanya Aqeela. Terbuntang mata Aidan dibuatnya.
"Ha?! Mana kau tahu pasal nama tu?!" tanya Aidan terkejut. Aqeela mengangguk faham.
"And kau sangat bencikan novel, kan?"
"Kau stalk aku eh?! Macam mana kau tahu aku benci novel?!"
Sekali lagi Aqeela mengangguk.
"Last question, is Mohd Aisar Afham, your best friend, the A.Afham who wrote the 'Her Cafe' novel?" tanya Aqeela dengan lebih tepat.
Terus Aidan menggeleng laju.
"Eh takkanlah! Budak tu pemalas sangat! Kau fikir dia rajin ke nak buat novel kalau kakak dia tak paksa! Kau pun tahu dia macam mana, pemalas nombor satu dalam batch kita!" nafi Aidan sekeras-kerasnya.
Dan secara tidak langsung, dia telahpun membocorkan maklumat dengan sendirinya.
Aqeela mengangguk lalu tersenyum lebar.
"That's it, so bukan dia yang tulis novel?" tanya Aqeela meminta kepastian.
"Haah, bukan dia!" kata Aidan.
"Okay, thanks for your time, Aidan. A piece of advice, don't be too over excited," pesan Aqeela sebelum meninggalkan Aidan yang terpinga-pinga.
"Ha? Over excited? Pasal apa pulak?"
"Aisar!"
Aisar mengeluh lalu menoleh ke belakang.
"Ya? Apahal kau lambat sangat ni? Kata 5 minit je?" tanya Aisar kepada Aidan yang tercungap-cungap.
"Aku... Singgah koperasi tadi... Ramai orang... Then... aku cari sepupu aku... Sampai ke blok kemahiran hidup... Jauh..." ucapnya.
Kening Aisar terangkat.
"Alma ke?" tanya Aisar meminta kepastian.
"Iyalah ngok, siapa lagi sepupu aku yang ada kat sekolah ni?"
"Apahal kau cari dia?"
"Aku belanja dia coklat," jawab Aidan ringkas.
"Coklat? Kau buat dia merajuk ke apa sampai kena belanja?"
"Haah, dia merajuk sebab aku terlupa nak pulangkan buku teks Sejarah dia before kelas dia start. Marahlah dia jawabnya. And coklat sebab dia minat gila coklat. Bayangkan, setiap kali dapat duit raya, benda first dia terfikir nak beli ialah coklat. Even bila Pak Long kata nak hadiahkan dia sempena birthday atau congratulation gifts, dia minta coklat juga. Dasar hantu coklat. Coklat jenis apa-apa pun dia makan, tak ambil kisah pasal jenis. White, milk, dark, mahal, murah, semua dia makan," kata Aidan panjang lebar.
Terus maklumat yang baru sahaja diterimanya difailkan ke dalam otaknya.
Begini interaksi dia dan Aidan mengenai Alma. Kerana sikap Aidan yang sering memberi lebih daripada yang dipinta, secara tidak langsung, telah banyak maklumat yang diperoleh Aisar.
Bahkan, melalui Aidan juga dia mengenali Darisa Alma.
"Oh, tadi kan, Aqeela ada tanya pasal kau kat aku," cerita Aidan. Kening Aisar terangkat.
"Tanya apa?"
"Pasal A.Afham,"
Mata Aisar membuntang.
"Wait, kau tak bagitahu dia pasal aku kan?" tanya Aisar kalut. Aidan menggeleng.
"Jangan risau, aku tak bagitahu apa-apa pun. Rahsia kau selamat di tangan aku," Aidan membuat gaya menzip mulutnya.
Dalam tak sedar, Aisar menepuk dahinya.
"Lagilah aku risau. Sebab kau tu jenis yang buka cerita tanpa sengaja," bisiknya perlahan hanya pada dirinya sendiri.
Sebab tu jugalah aku dapat tahu banyak pasal Alma daripada kau. Sebab mulut becok kau tu, getus Aisar.
Vote and comment!
YOU ARE READING
Bibliophile
Novela JuvenilBibliophile: a person who collects or has a great love of books. *** Apa perasaan kau bila kau dapat jumpa idola kau dalam dunia realiti ni? Teruja. Gembira. Seronok. Suka. Tak terkata. Begitu juga dengan seorang gadis sepertinya. Darisa Alma nama d...