"Alma! Alma! Alma!" jerit Aqeela. Alma mengangkat wajahnya dari novel yang sedang dibacanya.
"Kenapa Aqeela?" tanya Alma pelik. Sudahlah rehat tadi dia ditinggalkan, selepas itu boleh pula Aqeela tidak dapat hadir ke kelas selepas waktu rehat kerana ada latihan bagi pertandingan Robotik.
"Aku ada berita tergempar ni! Cepat, sini-sini, ikut aku!" ajak Aqeela sambil lengan Alma ditarik.
"Kenapa tak cakap kat sini je?"
"Rahsia! Tak boleh ada orang lain dengar!"
Alma sekadar menurut langkah Aqeela. Sesudahnya, mereka tiba di hadapan blok Kemahiran Hidup, di mana orang jarang berada.
"Kenapa awak bawa saya sampai ke sini? Berita apa yang awak nak sampaikan?" tanya Alma ingin tahu. Dia menunggu Aqeela yang sedang merah mukanya kerana panas.
"Aku..."
"Ya?"
"Aku..."
"Iya Aqeela? Awak kenapa?"
"Aku dah tahu..."
"Tahu apa?"
Tertahan-tahan suara Alma ingin menjerit. Aqeela tergelak kecil melihat lagak Alma.
"Aku dah tahu siapa penulis buku 'Her Cafe'!" jerit Aqeela. Mata Alma terbuntang luas. Terus tangan Aqeela dipegang lalu digoncang-goncangkan.
"Macam mana awak tahu? Siapa orangnya?" tanya Alma teruja.
"Aku tahu sebab aku siasat siapa orangnya. Aku dah syak someone, and pengintip aku bagitahu aku benda yang sebenar," ujar Aqeela.
Dengan senang hatinya dia menggelarkan Aidan sebagai pengintipnya.
"So, siapa?" tanya Alma. Aqeela mencebik.
"Kalau aku bagitahu pun bukannya kau kenal," kata Aqeela. Alma tersengih senget.
"Cepatlah, Qeela. Bagitahulah saya. Saya nak pulangkan kertas ni kat dia, and nak cakap thank you for the great story," kata Alma jujur. Dahi Aqeela berkerut.
"Aku tak rasa kau boleh cakap dengan dia face to face. Maybe better kau buat surat atau sticky note ke, letak atas meja dia," kata Aqeela. Alma mengangkat keningnya.
"Kenapa pula?" tanya Alma pelik.
"First of all, dia tak nak orang tahu identiti dia sebagai penulis," ujar Aqeela sambil menaikkan satu jarinya. Alma mengangguk faham.
"Second, kau tak nak takutkan dia dengan over fangirling kau terhadap novel dia," jari keduanya naik.
Alma tersengih serba salah. Tahu-tahu je dia susah nak kawal perasaan terujanya.
"And the utmost important thing, you've never spoken to a boy in our school, unless it's Aidan,"
Mata Alma terbuntang.
"Okay, so, memang saya pilih nak hantar anonymous jelah kalau macam tu gayanya," terus Alma membuat keputusan.
Memang benar, dia tidak pernah berbicara dengan lelaki di sekolahnya kecuali Aidan, sepupunya. Apa-apa urusan yang perlu dibincangkan dengan lelaki, Aqeela akan membantunya.
"Good, so let's do it,"
"When?"
"Urm, tonight? Kita naik kelas awal before prep. Lagipun malam ni 4 al-Kindi ada kelas Chemistry,"
"Deal,"
"Eh? Kau nak pergi mana? Bukan ada bacaan yasin sekejap lagi?" tanya Aidan kepada Aisar yang kalut memakai kasut sukannya.
"Aku tertinggal modul latihan Kimia yang Teacher Rin bagi minggu lepas kat kelas. Nak pergi naik sekejap ambil modul tu," kata Aisar.
"Nak aku ikut kau tak?" tanya Aidan. Aisar menggeleng.
"Nah, sekejap je. Jagakan barang aku tau," totebag yang selalu digunakannya itu diserahkan dalam jagaan Aidan.
Terus sahaja dia berlari meninggalkan perkarangan masjid menuju ke blok akademik.
Setibanya di kelas, kelihatan lampu kelasnya terbuka dan terdapat dua orang pelajar perempuan berada di situ.
Wajah mereka tidak dapat dilihat kerana mereka membelakangi dirinya.
"Ha, ni meja dia," ujar salah seorang daripada mereka sambil jarinya menunjuk ke arah sbeuah meja.
Meja miliknya.
"Ehem, excuse me?"
Dia berdehem meminta perhatian dua gadis tersebut.
Terus sahaja mereka tersentak, badan mereka kaku. Dapat dia dengar salah seorang daripada mereka bersuara.
"Damn,"
YOU ARE READING
Bibliophile
Genç KurguBibliophile: a person who collects or has a great love of books. *** Apa perasaan kau bila kau dapat jumpa idola kau dalam dunia realiti ni? Teruja. Gembira. Seronok. Suka. Tak terkata. Begitu juga dengan seorang gadis sepertinya. Darisa Alma nama d...