Aku bunga,
Kau duri.
Telah ku berdiri.
Di dalam sangkarku sendiri.Tak mengapa,
Aku beri kau seribu peluang,
Cukup satu kau pejuang,
Aku terima seada.Tapi alangkah,
Hilang baru terngadah.Saat ada,
Kau hilangkan diri,
Demi harta dicari²,
Alasan membawa ke halal.Tapi kau ada fikir?
Bait² kata kau ucap saat aku terkandas?Ku menitis,
Kau memarahi.Ku meluah,
Kau mendiamkan diri.
Lalu mengabai.Alasan,
Lelah kerja demi menghalal.Cukup kata² kau tak setaraf perilaku,
Membuatku tak sanggup lagi ku menatap hati yang makin mati.Makin lama,
Makin kikis hati yang semerah,
Menjadi kelam seribu layu.Bunga tak pernah salahkan duri,
Yang selalu melindunginya.
Apatah lagi membuka aib duri.
Yang banyak memberinya perlindung.Kerna bunga sendiri tahu,
Wasangka ini akan berakhir.Suatu hari nanti,
Duri sendiri sedar.
Teman tanpa kata,
Teman tanpa hati.
Bukanlah sekarat alasan menghalalkan.Air mata tak mampu menitis lagi.
Hati tak mampu semerah lagi.
Mulut tak mampu berucap lagi.
Mata tak mampu bersinar lagi.
Jasad tak mampu sedara lagi.Bukan bunga mencari baru,
Tapi diri tak mampu bernyawa lagi.Dengan tangis tanpa henti disebabkan duri yang cuba menghalalkan saat bunga tak senyawa lagi.
Baik bunga pergi,
Kerana duri tak mampu mengundur langkah.
Biarlah dipersalahkan.
Kerna cerita kita.
Hanya tiga sahaja yang tahu.Bukan untuk bunga.
Tapi untuk duri yang lebih perlukan bunga yang bernyawa.Kerna bunga yang banyak sakit,
Selalu dipersalahkan atas sebab duri sakit.Sudah cukup mati ditelan kata.
Tak mampu lagi bunga ditelan perilaku yang hilang baru terngadah.
Bila ada,
Hilang dengan kata² gula.Bukan bunga hilangkan diri.
Tapi mengundur langkah daripada selayu lagi.Jika duri perlukan bunga.
Maka bunga sentiasa ada.Jika duri tidak perlukan bunga lagi.
Maka ingatlah kenangan manis sahaja.Kerna,
Bunga tak pernah simpan luka.
Untuk kenangan manis yang lebih sempurna.Bunga sayang duri.
Tapi,
Bunga tak mampu menyayangi saat duri sendiri luka akibat bunga.Bahagia.
Bukanlah perkataan bunga.
Kerna,
Bunga tak pernah bahagia dalam dunia yang tak adil buat bunga.Bulan datang saat bunga selayu mati.
Bunga yang tiada hati,
Nyawa,
Kata,
Jasad.Bunga pesan, bulan jangan cintai bunga yang banyak keringnya.
Kerna,
Bunga bukanlah sesempurna bunga yang lain.Bulan sendiri menerima.
Menangis pagi petang malam,
Akibat mimpi bukan lagi satu,
Tapi tiga.Bunga sendiri.
Tak mahu lagi bercinta,
Apatah lagi menyayangi.
Bunga serik.
Perpisahan yang bunga sendiri tak rela.Bulan sendiri menerima.
Duri ?
YOU ARE READING
Kata² Yang Hilang Di Langit
РазноеAntagonis di dalam karya sendiri. Puisi / poem yang aku reka sendiri dari kata-kata yang tersekat di skala enam dalam akal. Update : I do still write. I'm back haha