[ SELAMANYA ]

100 7 0
                                    

Selamanya,
Adakah kata2 sedemikian wujud di dalam dunia yang sementara ini?

Kekalkan,
Kesetiaan yang kian menghilang,
Perjanjian yang kian dilupakan,
Dan dirimu yang telah lama tidak dibicarakan.

Biarpun selamanya tiada jaminan.

Namun,
Biarlah kasih sayang yang telah diberikan,
ia menjadi sebatian di dalam jiwa ini untuk selamanya.

Sayangnya sering mempersoalkan diri ini,
3 perkataan yang sering diungkapkan,
Dianggap hanya kata2,
Tanpa perasaan diselitkan.

Bahkan dunia tidak berpihak pada kita,
Apatah lagi cinta kita yang mungkin tidak akan kekal selamanya?
Namun,
Saya tetap akan menunggu awak untuk capai impian kita.

Dan kuatkan semangat,
Hancurkan perspektif diri bahawa setiap impian dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Kekalkan selamanya perasaan sayang ini.

Kata² Yang Hilang Di LangitWhere stories live. Discover now