[ HIRISAN ]

69 8 0
                                    

Kata-kata,
Mampu menjadi setajam pisau yang menghiris,
Dan mampu juga menjadi salji yang menyejukkan,

Namun,
Tanpa sedar,
Seringkali mengeluarkan pisau dan menghiris sedalamnya.

Tanpa sedar juga,
Ia tidak dapat dihiris lagi.

Daripada cantik bentuknya,
Menjadi hancur berkeping keping,
Kemudian selumat lumatnya serbuk.

Tidak dapat lagi diperkatakan,
Kerana ia alah bisa tegal biasa.

Tinggalkan ia di sudut paling dalam,
Biarkan serbuk tersebut dipinggirkan,
Menjadi kesan yang dalam,
Dalam diri yang diabaikan.

Sakit.

Kata² Yang Hilang Di LangitWhere stories live. Discover now