1610

15 1 0
                                    

Sakit hati,
Sakit kepala,
Berminggu2 tapi tidak surut,
Mata kiri tidak dapat dibuka,
Setiap bukaan mata menyengat hingga ke belakang leher,
Badan terasa berbisa,
Setiap pergerakan dihadkan,
Seperti berjalan di atas jalan berpaku.

Bahan kimia terus mengalir dalam badan,
Tidaklah pula surut kesakitan,
Tetapi bertambah parah.

Kadang kala,
Ingin sahaja berdoa untuk dipenjamkan jasad secara beberapa saat,
Sakitnya tidak ditahan.

Merehatkan diri dengan tidur hanya membazirkan masa,
Tidaklah seperti dibicarakan,
Mampu mengurangkan kesakitan ini.

Hanya mampu berfikir,
Ini hanya ujian kecil perkara yg tidak disukai.

Sabar dengan terpaksa.

Kata² Yang Hilang Di LangitWhere stories live. Discover now