[ anak ? ]

21 3 0
                                    

Aku tau,
Banyak mana pun aq menaip,
Banyak mana pun aku meluah,
Kau tetap tak akan ambil peduli,
Tetapi mengetepikan keadaan.

Disebabkan hati tak berpaut,
Pada sesuatu keadaan ini.

Hanya bergembira dalam duka.

Bukan depresi,
Bukan juga 'anxiety',
Hanya kesedihan berpanjangan,
Dengan hidup yang tak pernah dihargai.

Kenapa dilahirkan jika tidak ingin mengambil tanggungjawab ?
Kenapa dijaga jika tidak sanggup berjihad ?

Tak sedar ?
Yang dilahirkan seorang jiwa kelam yang berpanjangan tanpa penghujung.

Tiada tempat untuk bersembunyi,
Tiada tempat untuk melarikan diri,
Tiada tempat untuk berteduh,
Hanya mampu duduk di penjuru dalam gelap yang nyata sambil lupakan segalanya.

Apabila beban mencari tuan,
Hanya mampu diam dan bertahan,
Dengan luka di setiap badan yang rapuh.

Kenapa ?
Dan kenapa ?

Adakah susah untuk mencari kasih sayang yang dikatakan abadi dari seorang ibu ?

Bukan seorang ayah,
Mahupun pasangan.

Hanya ibu.

Adakah aku tidak layak kerana aku tidak mencapai delusi seorang ibu terhadap anaknya ?

Entah.
Makin difikir,
Makin menjadi rumit.

Kata² Yang Hilang Di LangitWhere stories live. Discover now