Selepas beberapa hari selepas call daripada maknya, Sara sudah habis mengemas bagnya untuk balik kampung.
"Okay semua barang yang saya perlukan... ada bagus"kata Sara.
Sara keluar dari dormnya terus turun bawah.Bila Sara baru sahaja sampai bawah, kawannya ada di situ pula.
"Bagi salam pada nenek kau tau"kata Ahmad kepada Sara.
"Selamat perjalanan, drive elok-elok tau"pesanan Laila kepada Sara.
"Baiklah , selamat tinggal"kata Sara sambil lambai kepada kawan-kawan.
"Pastikan beli saya cenderemata okay"kata Ahmad kepada Sara. Laila pukul Ahmad di belakang kepala.Sara masuk dalam keretanya dan bersedia untuk memandu. Perjalanan kuala Lumpur ke Melaka adalah 1 jam 29 minit. Sara membuat beberapa perhentian sebelum tiba ke destinasinya. Apabila dia sampai ke kampung nenek dia baru perasaan betapa cantik dan nampak sangat tua kampung nenek seperti rumah di kampung kebanyakan dibuat oleh kayu. Semasa dia tiba di rumah neneknya dia perasaan rumahnya dibuat oleh kayu yang berkualiti tinggi dan rumahnya mempunyai dua tingkat yang tidak berapa tinggi tapi panjang rumah neneknya.
"Assalammuailkum"Sara memberi salam kepada rumah neneknya kerana neneknya masih tidak keluar rumah lagi. Sara punya muka pelik dan mula risau kemana neneknya boleh pergi.
"Tolong!!"suara yang meminta tolong.Sara ikut suara itu dan suara itu membawa Sara ke belakang rumah neneknya. Sara berada di bawah pokok rambutan sehingga dia dengar suara itu lagi.
"Eh boleh tolong jap"suara yang seperti di atas Sara. Sara tengok ke atas pokok rambutan dan di situlah dia nampak satu perempuan tua tengah duduk di dahan pokok rambutan. Rupa-rupanya perempuan tua itu ialah nenek Sara.
"Nenek!!! Nenek buat kat atas pokok itu!!!" kata Sara kepada neneknya dalam suara yang terjerit.
"Nenek nak pergi berak kat sini... buat apalah lagi nak ambil buah rambutanlah. Tak tahulah pula cucu aku tiada common sense ni"kata nenek dalam cara sarkastiknya.
Sara punya muka kecewa bila nenek Sara cakap itu. Sara kena cari cara untuk turunkan neneknya daripada pokok rambutan itu dalam keadaan yang selamat. Sara punya mata tertangkap satu tangga yang cukup panjang untuk capai ke neneknya. Selepas Sara turunkan nenek dia secara selamat, Sara pun tanya kalau neneknya sakit atau apa.
"Saya okay je, walaupun saya tua tapi semangat saya muda lagi"kata nenek Sara dalam keadaan berlagak dan buat posture yang kuat.
"Baguslah itu, jom nenek masuk rumah"kata Sara kepada neneknya.Setelah mereka sudah masuk ke dalam rumah, nenek Sara buat teh untuk mereka minum dan mereka berbual sekejap.
"Bagus juga ada kamu di sini, selalunya nenek seorang-seorang je dan rumah ini berasa sunyi" kata nenek kepada Sara.
"Maafkan Sara kerana tidak kerap lawat nenek walaupun perjalanan hanya satu jam sahaja"kata Sara dalam suara yang bersalah kepada neneknya.
"Tidak apalah, dan kenapa Sara datang sini pun?"kata nenek.
"Untuk jumpa neneklah.. apalagi?"kata Sara.
" Nenek tahu ada sebab lain Sara selain melawat nenek"kata nenek sambil menghirup air tehnya.
"Oh, Sara datang untuk inspirasi. Lecturer Sara bagi satu assignment ni ialah lukis potreit tanah melayu zaman dulu punya"Sara terangkan kepada neneknya.
"Sebab itu je ke, lah ingat hal besar lagi"kata nenek.
"Eh besar juga saya punya assignment ini, saya punya artworks kena original barulah boleh terkenal"kata Sara dalam keadaan cakap besar.Selepas beberapa minit mereka berbual, nenek Sara bagi satu cadangan untuk meneroka kampungnya. Sara pum setuju juga dengan cadangan itu. Sara masuk dalam bilik kosong yang hanya ada katil dan meja sahaja untuk berehat sekejap sebelum meneroka kampung neneknya. Sara pergi duduk di atas katil untuk menelefon maknya yang dia sudah sampai di Melaka. Selepas satu jam tidur Sara pun solat fardhu dan mengintai neneknya apa yang dia tengah lakukan. Nenek Sara tengah tidur di atas sofa sambil tv masih buka.Sara menutup tv dan tinggal satu nota di atas meja yang bertulis dia keluar rumah dan jangan risau.
YOU ARE READING
Bunga Raya dari 1943
FantasySara dari tahun 2022 dan major dalam arts. Pada satu hari dia terima assignment dari cikgu dia dan dia kena balik kampung di Melaka. Sejak dia jumpa sungai dalam hutan, dia travel dalam tahun 1943. Sara kena cari cara untuk henti orang luar untuk ja...