Bunga Raya

15 0 0
                                    

"Wow! Bunga raya" kata Sara sambil mengambil bunga tersebut.

"Bunga apa?" Tanya Hadari.

"Raya, bunga raya?" Kata Sara.

Hadari tengok Sara dengan pelik macam nama Bunga Raya tidak wujud.

Masa itu Sara baru perasan yang nama bunga raya akan ada selepas merdeka.

"Ni nama bunga apa then?" Kata Sara sambil meletakkan bunga di atas telinganya.

"Entahlah"

Sambil membetulkan bunga itu pada telinga Sara (dia masih pakai tudung).

Sara punya muka kemerahan. Dan Hadari tidak sedar pun.

"Ni potreit yang saya lukiskan" kata Sara sambil memberi buku seninya kepada Hadari dan menooeh mukanya ke sebelah.

Hadari terima dengan senyuman dan kata

"Saya memang tampan"

Sara ambil bukunya balik untuk pukul Hadari. Dia gelak sahaja. Bila Sara habis pukul, Hadari pusing ke arah Sara dan hembus nafas.

"Awak akan percaya saya tidak?"

Sara pusing kepada dia, "Apa?"  Dengan muka pelik.

"Maaf itu soalan pelik" jawab balik Hadari.

"Maksud saya..." Hadari gantung atas ayatnya sendiri.

"Pahal awak ni?" Suara Sara macam risau.

"Awak mungkin tidak akan percaya saya kalau saya cakap ni"

Sara masih keliru. Tapi apa yang Hadari cuba cakap, dia mahu Sara tahu dia anak sultan.

Kerana Hadari rasa dia ada perasaan yang istimewa kepada Sara. Dia mahu Sara tahu tentang sisi lagi satu dia.

"Cakap je lah" kata Sara akhirnya tersentak di Hadari

"Saya anak..."
"Saya jumpa dia tuan!"

Sara dan Hadari pusing belakang mereka kerana terkejut pada jeritan itu.

"Itu bahasa jepun!" Kata Hadari

"Alamak mereka jumpa saya!"

"Siapa mereka?" tanya Sara kepada Hadari

Tapi Hadari tengah tarik dan hembus nafas secara laju seperti tengah panik.

"Kita kena lari" kata Hadari bila dia sudah balik ke realiti.

Dia kemas beg seni Sara dan dia sembunyi di satu pokok sebelah sungai yang mengalir. Pokok punya balak tersebut ada satu lubang cukup besar untuk sembunyi beg tersebut.

Sara jerit kepada Hadari tapi Hadari suruh dia senyap sahaja.

"Beg ni berat untuk kita lari!" Kata Hadari apabila dia tarik lengan baju Sara untuk lari dengan dia.

Tapi Sara menolak dan tarik Hadari ke arah dia balik.

"Kita lari dari siapa sebenarnya? Awak ni siapa?" Kata Sara.

"Saya janji saya akan beritahu semua tapi kita lari dulu" Hadari punya tangan sudah bergegar.

Sara perasan dan ikut dia dulu. Dia percaya kepada Hadari.

Suara tidak dikenali itu seperti semakin menghampiri dan Hadari tarik Sara untuk lari dengan dia. Sara tidak boleh mengejar sama dengan Hadari.

Sara beberapa kali hampir nak jatuh tapi Hadari pastikan dia tidak jatuh ke bawah. Mereka lari, lari dan orang dekat belakang mereka semakin jauh kerana Hadari lari memang laju.

Sara sempat toleh ke belakang untuk nak tengok siapa kejar Hadari. Dia terkejut.

Dua askar Jepun tengah kejar mereka dengan pisau di tangan.

"Mereka akan terlepas lagi" dalam bahasa jepun.

Sara dan Hadari sampai ke kampung mereka balik dan di hadapan pintu kampung mereka ada satu pengawai melayu tengah jaga.

Pergawai melayu tersebut nampak Sara dan Hadari lari ke arahnya. Dia suruh mereka berhenti tapi mereka tidak henti lari.

Mereka melepasi dia dan pegawai tersebut sempat tengok muka Hadari dan terfikir pada sendiri.

"Itu bukan anak sultan ke?"

Apabila mereka di belakang pegawai tersebut, dia boleh pasti  itu dia. Dan masa itu askar jepun cuba masuk tapi kena henti oleh pegawai melayu.

"Kamu tidak dibenar untuk lalu" sambil mengacukan lembing ke arah mereka.

Kedua-dua askar jepun jalan ke belakang dan muka tiada perasaan terus berjalan.

Bunga Raya dari 1943Where stories live. Discover now