Lelaki misteri itu tiba-tiba nak cuba angkat Juwita, tapi Sara menolak tawarannya.
"Aku boleh tolong, tolong percayakan aku" kata lelaki misteri itu dengan suara macam betul-betul boleh tolong. Sara pandang Hadari sama ada nak biar orang ini tolong. Hadari angguk sahaja."Baiklah" kata Sara dengan suara yang perlahan. Lelaki itu mengangkat Juwita dan Hadari pun tolong lelaki misteri itu angkat Juwita supaya dia tidak lari sambil bawa Juwita sekali.
Dia menunjuk jari telunjuknya ke satu pondok dan suruh Hadari baringkan Juwita di situ. Sara ikut di belakang mereka sambil masih tidak menentu kalau lelaki ini baik. Mereka sudah baringkan Juwita di dalam pondok itu dan lelaki itu memeriksa nadi Juwita. Sara dan Hadari duduk di sebelah lelaki itu dan perhati sahaja. "Nama aku Mahran"kata sambil memeriksa dahi Juwita. "Nama saya Sara dan ini Hadari" kata Sara sambil bersenyum kepada Mahran dan Hadari melambai kepadanya sahaja.
"Saya nak periksa kaki dia eh" kata Mahran sambil menuju ke kaki Juwita. "Boleh"kata Sara sambil tunjuk tanda okay kepada Mahran. Mahran pegang kaki Juwita dengan keadaan lembut supaya tidak sakitkan kakinya.
"Saya rasa saya tahu apa masalahnya" kata Mahran sambil melepaskan tangannya dari kaki Juwita. "Apa dia?"kata Hadari"Dia telah sakitkan buku lali dia sahaja dan dia hanya pengsan sementara sahaja"kata Mahran sambil menengok Sara dan Hadari. "Oh nasib baik bukan masalah besar" kata Sara sambil mengusap kepala Juwita.
Mahran ambil satu kain putih dan ikat di sekiling kaki Juwita. "Bagaimana kami boleh membalas budi kamu"kata Hadari kepada Mahran.
"Tidak perlu, saya ini bukan doktor atau apa"kata Mahran sambil tunjuk lima jarinya.
"Ayah saya dulu doktor jadi dia pun ajar saya sedikit" kata Mahran."Ohh" kata Sara dan Hadari serentak.
"Apa-apa pun saya rasa kamu patut bawa balik dia dan rehat" kata Mahran.
"Betul cakap kamu"kata Sara sambil berdiri.
"Harap boleh jumpa lagi masa depan"kata Hadari berdir di sebelah Sara
"Insyaallah, kalau takdir bagi" kata Mahran sambil kenyit mata kepada Sara atau Hadari.
Mereka pun senyum sahaja kepada Mahran. Hadari dan Sara mengangkat Juwita ke rumah balik. Apabila mereka sampai ke rumah Juwita dah nak maghrib.
"Macam nak maghrib dah ni, kau tidur malam di sini je lah" kata Sara sambil letak Juwita di tempat tidurnya perlahan-lahan.
"Mana boleh macam itu, kau perempuan dan aku lelaki pelik nanti" kata Hadari
"Siapa cakap kau tidur bilik dengan kita, kau tidur luar je lah senang kan"kata Sara dengan senyuman yang lebar
"Satu malam je kalau askar jepun datang tahan kau? siapa nak selamatkan"kata Sara sambil mendekatkan diri dengan Hadari.Hadari jarakkan diri apabila Sara dekat dengan dia.
"Baiklah tapi satu malam sahaja"kata Hadari sambil tunjuk satu jarinya menunjukkan satu hari.
"Tak pernah minta lebih pun" kata Sara sambil jalan ke arah lain.
Muka Hadari berasa merah apabila Sara buat begitu. Sara bagi Hadari satu kain besar untuk Hadari tidur.
"Selamat malam"kata Sara sambil tutup pintu.
"Selamat malam" kata Hadari berdiri di depan pintu masih mengangkat kain yang Sara telah bagi.
YOU ARE READING
Bunga Raya dari 1943
FantasySara dari tahun 2022 dan major dalam arts. Pada satu hari dia terima assignment dari cikgu dia dan dia kena balik kampung di Melaka. Sejak dia jumpa sungai dalam hutan, dia travel dalam tahun 1943. Sara kena cari cara untuk henti orang luar untuk ja...