Sara masuk dalam keretanya dan memandu ke kawasan kampung neneknya. Nama kampungnya ialah Hutan Masuk Air... nama yang sangat kreatif kan.
Perut Sara bernyanyi dan maksudnya Sara lapar jadi Sara nak makan di mamak. Apabila Sara sudah sampai di kedai mamak, Sara pun order roti canai dengan teh tarik.
"Sedap juga makanan ni" kata Sara.
Dalam masa 10 minit, Sara habis makanan dan minumannya dan lepas itu dia bayar.Sara mahu fokus dekat assignmentnya dan tidak boleh terganggu lagi. Sara jumpa beberapa scenario yang cantik.
Sara keluarkan kamera dia daripada bag berwarna hitam dia. Beg Sara besar dan berwarna hitam jadi Sara letak banyak benda dalam beg itu. Contohnya, barang seninya, camera dan banyak lagi.Kamera Sara ialah 'latest model' jadi apabila Sara ambil gambar, kualiti gambar itu hebat. Sara mengambil banyak gambar di kampung neneknya. Sara tertangkap gambar oleh budak-budak main di padang bermain kejar-kejar. Sara pun tersenyum-senyum bila tengok gambar dalam kameranya.
Semasa Sara bejalan-jalan dia perasaan ada hutan dan pokok-pokoknya semua tinggi dan cantik. Hutannya sangat terang dan luas, apalagi Sara masuklah dalam hutan berharap ada inspirasi untuk melukis.
Beberapa minit berjalan dalam hutan, Sara berasa penat dan haus. Sara masuk tangannya dalam beg untuk ambil botol airnya tapi bila dia minum dia sedar air sudah habis. Sara ternampak sungai yang tenang, kerana dia dahaga sangat, Sara fikir dia boleh minum sikit air sungai itu. Sara menghampiri sungai yang tenang itu dan apabila dia sudah sampai tepi sungai itu, dia perhati elok-elok kalau air itu bersih. Sara dahaga sangat dia letak dua tangannya dalam dan buat posture tangannya seperti mangkuk untuk cendok air dan letak di mulut. Selepas beberapa minum dari air sungai Sara pun rasa lega.
Apabila dia nampak bayangan dia dalam air dia terdengar satu suara dalam sungai itu. Suara itu seperti beberapa orang bergelak tapi bukan gelakan hantu. Sara punya muka menghampiri dengan sungai yang tenang itu.
"Bunyi ni datang dari air ke?"kata Sara.Sara mula hilang keseimbangannya dan terus jatuh dalam sungai. Sara cuba berenang naik tapi dia tenggelam juga. Sara tutup matanya kerana dia telah putus asa.
Tiba-tiba Sara timbul dari sungai dan Sara akhirnya bangun. Dia pastikan semua anggota badan dia masih ada lagi, Sara lega dia masih hidup. Selepas berapa saat, Sara baru perasaan yang sungai ni tiba-tiba tak dalam tapi dia hampir lemas, Sara pun pelik macam mana dia hampir lemas kalau sungai ni tak dalam sampai boleh duduk lagi hanya lebih dari kaki dia sahaja. Sara juga sangat basah, baju dia dah serap banyak air dan juga tudungnya.
"Saya mimpi saya lemas ke?"kata Sara dengan suara yang penat.Sara akhirnya bangun dan keluar dari sungai itu. Bila Sara dah keluar dari sungai, dia mulalah keringkan diri sebelum dia balik ke rumah neneknya.

YOU ARE READING
Bunga Raya dari 1943
FantasiSara dari tahun 2022 dan major dalam arts. Pada satu hari dia terima assignment dari cikgu dia dan dia kena balik kampung di Melaka. Sejak dia jumpa sungai dalam hutan, dia travel dalam tahun 1943. Sara kena cari cara untuk henti orang luar untuk ja...