Terrorist too

28 2 0
                                    

"Macam mana ni?!"kata Sara sambil jalan ulang-alik.
"Awak pasti dia ambik Juwita"kata Sara kepada Hadari yang tengah duduk atas lantai.

"Iya saya pasti saya ada di situ masa askar jepun ambil dia"kata Hadari.
Sara mengeluh.
"Kita kena buat sesuatu! tak tahulah apa askar jepun boleh buat kepada Juwita!"jerit Sara sambil duduk di seberang Hadari.

"Bukan saya tidak setuju tapi kita tidak tahu dimana mereka bawa Juwita"kata Hadari sambil mengusap dagunya.

Mengikut sejarah yang Sara boleh ingat semasa penjajahan jepun, pangkalan askar jepun sama ada mereka berpangkalan di hutan.

"Saya rasa best chance kita dalam hutan, jadi saya rasa kita boleh cari pangkalan mereka di situ"kata Sara
"Kenapa rasa begitu"kata Hadari
"Masuk akal lah, di hutan jarang ada manusia masuk dan pulak luas senang kena sesat"kata Sara

Hadari pun setuju je la dengan Sara.
"Tapi kita kena ada pelan macam mana nak pecah masuk ke dalam tanpa kena tangkap"kata Hadari
"Dan juga senjata, just in case kalau ada orang tangkap kita"kata Sara menyambung ayat Hadari.

Mereka pun angguk kepala mereka dan itu bermaksud mereka setuju tapi perkara pertama dahulu mereka kena cari pangkalan askar jepun di hutan jika ada.

Di Hutan tersebut...

Mereka tengah berjalan ke dalam hutan perhati betul-betul jika sangkaan Sara betul dan mereka harap betul kalau tidak, Sara dan Hadari kena cari pangkal mereka di tempat lain.

Tiba-Tiba

Ada orang tengah berjalan, Sara dan Hadari terus menyorok di belakang pokok. Dua askar jepun tengah berkawad dan Sara terus cakap ke Hadari.
"Saya rasa mereka kawad sampai ke pangkal mereka kalau tidak kenapa mereka kat hutan?"bisik Sara
"Betul juga sangkaan kamu"kata Hadari sambil tersenyum kepada Sara tapi Sara tidak perasan.

Mereka mengikut kedua-dua askar jepun dengan senyap. Akhirnya mereka sudah sampai ke pangkalan dan Sara dan Hadari masih sorok di belakang pokok.
"Mereka buat pangkalan mereka dalam hutan ni"kata Sara sambil perhati mereka.
Tapi yang penting sangkaan Sara betul yang tiggal sekarang hanya pelan nak pecah masuk dan senjata. Mereka pun balik rumah untuk memikir cara nak buat.

Manakala Juwita

Askar Jepun baling Juwita ke dalam satu penjara, Juwita menangis di sudut bilik. Sehingga ada satu askar jepun masuk dalam bilik bersama dia. Itulah askar jepun yang suruh ambil dia dari pasar.

"Jangan menangis nanti mata kering" kata askar jepun itu sambil mengusap muka Juwita.

Juwita mengalihkan mukanya kepada tangan askar jepun itu. Tiba-tiba rambut Juwita kena tarik oleh askar jepun.
"Lebih baik kau diam sahaja kalau kau diam lagi cepat boleh habis ini"kata askar jepun itu sambil tangannya menutup mulut Juwita.
Askar jepun merogol Juwita dan Juwita hanya mampu jerit tapi tiada siapa boleh dengarnya hanya dia dengan askar jepun sahaja.

Di rumah Juwita...

"Kau pasti kau boleh dapat senjata?"kata Sara
"Serahkan kepada saya"kata Hadari dengan senyum yang mencurigakan

Sebenarnya Hadari punya pelan untuk ambil senjata dari istananya dan pulangkan balik.

"Kita kena tunggu masa malam untuk laksanakan pelan ini"kata Sara.
"Pukul berapa kena gerak?"kata Hadari
"Agaknya selepas tengah malam sesuai kot, macam pukul dua atau tiga camtu"kata Sara
"Kalau begitu, saya sediakan senjata kita dulu"kata Hadari sambil dalam perjalanan ke pintu.
"Sekejap kat mana awak nak dapat senjata pun?"kata Sara
"Itu rahsia"kata Hadari sambil mengenyit mata ke arah Sara

Bunga Raya dari 1943Where stories live. Discover now