Akhir

3 0 0
                                    

"Sara?"

Hilang begitu sahaja apabila badan Sara masuk ke dalam air sungai tersebut. Seperti kelip mata, ghaib.

Hadari berkali-kali menjerit nama Sara, memohon dia kembali. Dengan air matanya yang asyik jatuh ke dalam sungai dan tangan basahnya.

"Tolong!"

Satu jeritan yang mengejutkan Hadari. Dia pusing dan nampak seorang individu lari ke arahnya, ialah Juwita.

Hadari terkejut dengan kehadiran Juwita yang lari dengan laju ke arah Hadari yang merisaukan dirinya.

Apabila Juwita tiba di hadapan Hadari, dia terjatuh depan Hadari dan nasib Hadari sempat tangkapnya.

"Kenapa ini?"
"Rumah saya kena bakar oleh tentera Jepun"

Ekspresi Hadari tidak boleh dijelaskan. Terus dia menuju semula ke belakang Juwita. Meninggalkan Juwita jadi dia tarik Hadari.

"Awak nak pergi mana. Hadari kena lari!"

Hadari hadap Juwita, "Mereka dah melampau. Saya kena lawan"

"Mereka nak cari awak dan saya tahu awak anak sultan. Semua orang tahu!" Kata Juwita dengan tangisan mata.

Hadari semakin marah seperti ada api membara dalamnya.

"Juwita saya nak awak tunggu sini" Hadari dalam keadaan panik, asyik garu lehernya.

"Mana Sara?" Tanya Juwita, dia berdiri sahaja seperti tiang.

Hadari sudah tenang sedikit apabila dengar nama Sara. "Entah. Tadi dia ada, sekarang dia.... macam hilang begitu sahaja"
Dia cuba jelas kepada Juwita tapi Juwita asyik beri muka terkejutnya yang semakin kembang setiap saat.

Juwita menutup matanya, "Nanti... saya jelaskan" suara yang menggigil. Hadari mahu tanya tapi tak jumpa perkataan.

Hadari lari ke arah berlainan manakala Juwita duduk sebelah sungai kononnya menunggu Sara.

Nampak asap hitam membara ke langit yang biru dan di depan Hadari adalah askar Jepun dengan senyuman gilanya.

"Awak ingat saya akan biarkan awak hidup? Haha!"
Kata askar Jepun itu dengan apa membara belakangnya seperti menyimbolkan kemarahannya.

"Bagi balik permata itu, Hadari!"

Fikiran Hadari kena kacau kerana permata itu ada dalam poket seluarnya, Hadari cuba untuk tipu askar Jepun itu supaya dia rasa Hadari tiada permata itu dengan dia.

"Akhbar mana telinga hamba dapat. Beta tiada langsung permata yang hamba katakan" suara sarkastik Hadari telah menyakinkan bahawa Hadari....

"...Mesti dia sedang pegang permata itu"
Pemikiran hati orang pekan di situ dan askar Jepun sekali kata dalam serentak.

Tapi Hadari dengan muka bangganya ingat dia telah tipukan semua orang. Kembang hidung beliau.

"Iya?" Kata askar Jepun dengan nada main-main.

Hadari angguk.

"Tapi saya telah letak pertaruhan bahawa beta pegang permata tersebut"

Kepala Hadari senget ke kanan apabila askar Jepun gunakan 'beta' kepada Hadari.

"Mari kita lawan jika saya betul"

Permintaan askar Jepun menghangatkan badan Hadari seperti dia agak teruja apabila dia katakan itu.

"Jom jika hamba akan dapatkan semula harta hamba" kata terakhir Hadari menggunakan bahasa klasik.

Tanpa amaran dia mara dengan kelajuan luar biasa dan katana tajamnya, meninggal satu cara untuk Hadari selamatkan diri dengan kekura tangannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 08, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bunga Raya dari 1943Where stories live. Discover now