Sara cari jalan keluar dari hutan itu tapi nasib baik dia tak sesat. Sara perasaan yang hutan ini berasa lain macam dia berada di tempat yang baru.
Sara abai dia punya perasaan pelik dekat hutan dan fokus jalan keluar dari hutan. Selepas beberapa minit kemudian, Sara akhirnya sampai di hujung hutan itu tapi kepelikannya tak berhenti di hutan sahaja.Sara sepatutnya boleh nampak kampungnya, dia masih boleh nampak kampung itu tapi kampungnya nampak cantik dan macam baru kena bina. Sara gosok matanya kuat-kuat dan mulut dia jatuh dengan terkejut.
"Betul ke ni kampung saya?? nampak lain gila"kata Sara dalam keadaan masih terkejut.Sara terus berjalan berhala kampungnya walaupun kaki dia tergoyang-tergoyang macam nampak hantu. Sara tarik nafas dalam-dalam sebelum masuk kampungnya.
Akhirnya Sara masuk dalam kampungnya sekali lagi. Sara memerhati rumah-rumah di kampungnya dan dia perasaan kayu rumah itu cantik dan tak berdebu macam tadi dia nampak. Sara juga perasaan orangnya juga nampak lain. Semua orang pakai baju macam zaman dahulu dan Sara ingat dia kena teleport tempat yang penuh dengan pelakon theater.
"Maafkan saya encik, saya nak tanya encik berlakon cerita apa ni?"Sara bertanya kepada orang yang tidak dikenali.
"Berlakon? Kenapa aku mahu berlakon? Tepilah jangan nak potong barisan!"kata orang yang tidak kenali Kepada Sara.
"Wow okay, saya bukan nak potong barikan encik!"kata Sara dengan suara yang marah kepada orang itu. Orang yang tidak dikenali itu berdiam dan mengabai kehadiran Sara. Sara pun pergi dari situ sambil cakap "Cis" kepada orang itu. Sara buat muka menjengkelkan dan dia perasaan orang yang barang buat style macam zaman dahulu. Sara perasaan orang bayar barang atau makanan dengan syiling sahaja.
"Sejak bila ada discount di pasar raya?" kata Sara dengan garu belakang kepalanya.Sara punya minda lintas fikiran dia buat dia fikir dia berada di tahun yang berbeza.
"Tak mungkin saya bukan lagi dalam tahun 2022 kot, cis tak mungkin pula tak masuk akal" kata Sara dengan tidak percaya dengan ayat dia. Sara terfikir untuk tanya orang di situ tahun berapa? untuk tegaskan ayat dia.
"Um maafkan saya cik, tapi saya nak tanya sekarang tahun berapa?"kata Sara berharap orang itu jawab soalan dengan tahun 2022.
"Oh sekarang tahun 1943, kenapa adik tanya?"kata Cik itu dengan suara yang perlahan.
"1943?!"kata Sara yang semakin perlahan. Sara pengsan apabila Cik jawab begitu.Cik itu cuba bangunkan Sara dengan beberapa pukulan sehingga dia sedar itu tidak akan buat apa-apa kecuali buat muka Sara merah. Semua orang di pasar itu tengah tengok badan Sara yang sudah pengsan dengan muka risau dan tidak tahu nak buat apa.
YOU ARE READING
Bunga Raya dari 1943
FantasySara dari tahun 2022 dan major dalam arts. Pada satu hari dia terima assignment dari cikgu dia dan dia kena balik kampung di Melaka. Sejak dia jumpa sungai dalam hutan, dia travel dalam tahun 1943. Sara kena cari cara untuk henti orang luar untuk ja...