Pintu yang besar yang membawa ke bilik takhta istana Sultan. Ketua askar Jepun ketuk pintu untuk benar masuk.
Pintu dibuka.
Seluruh bilik itu penuh dengan warna kuning seperti emas. Tempat duduk takhta yang telah orang duduk ialah Sultan sendiri.
Takhta itu pun seperti dibuat oleh emas. Ketua askar Jepun pun terkesima.
"Kenapa mahu jumpa beta?" kata Sultan.
"Ampun tuanku" kata Ketua askar jepun secara suka-suka.
Sultan senyum sedikit dan kembali ke muka serius.
"Apa-apa pun saya mahu tanya sesuatu kepada beta?" kata Ketua askar Jepun.
"Apa dia?" kata Sultan.
"Kenapa beta hantar pahlawan untuk kacau operasi saya?" kata Ketua askar Jepun dengan muka serius.
"Hah? Mana ada hantar pahlawan? Merepek!" kata Sultan.
"Pastu siapa itu?" kata hati Ketua askar Jepun.
"Maafkan patik tuanku" kata Ketua askar Jepun.
"Tidak apa dan ada lagi satu saya mahu bincang dengan awak" kata Sultan sambil mengeluarkan tatalnya dari belakang.
Ketua askar Jepun itu terkejut dan mula berasa risau.
"Ini katakan yang awak telah mengacau keamanan penduduk beta" kata Sultan.
"Mana ada saya hanya mahu mengutip cukai, seperti yang dijanjikan" kata Ketua askar Jepun sambil tersasul.
"Beta faham bahagian itu tapi janganlah sampai menghancurkan dan ambil penduduk-penduduk itu di tempat tiada siapa tahu!" kata Sultan dengan suara yang agak marah.
"Aih macam mana dia boleh tahu ni? Ada orang bocorkan ke?" bisik hati Ketua askar Jepun.
"Baiklah tuanku, patik tidak buat lagi dan tuanku tidak akan dengar lagi hal ini"
"Bagus, ada apa-apa lagi nak bincang" kata Sultan.
"Tiada apa lagi mahu bincang, patik minta izin dulu" kata Ketua askar Jepun sambil membuat dua tapak tangannya menghadap sesama di dahi.
Sultan anggukkan kepalanya dan membuat syarat kepada hambanya.
"Oh saya hampir lupa, patik dengar anak sultan hilang? betul ke?" kata Ketua askar Jepun, berdiri di depan pintu.
"Macam mana awak tahu?" kata Sultan dengan muka terkejut.
"Tidak khabar angin sahaja, jadi betullah" kata Ketua askar Jepun.
"Betul, beta tidak tahu dia pergi mana. Dia terus lari apabila beritahu pasal perkahwinannya" kata Sultan sambil letak tangannya di kepala kerana risau pasal anaknya.
"Kalau tuanku izinkan patik untuk juga tolong carinya, patik mahu tolong" kata Ketua askar Jepun sambil bertunduk.
"Iya awak boleh tolong beta, jika kamu jumpa dia beta akan hadiahkan kamu" kata Sultan dengan senyuman yang lebar.
"Tidak apa tuanku, patik mahu buat ini secara percuma dan seperti saya selalu cakap 'Asia untuk Asia'kan" kata Ketua askar Jepun dengan senyuman yang mencurigakan.
"Ampun tuanku, patik mahu pergi sekarang" kata Ketua askar Jepun sambil menuju keluar.
Sultan dan Ketua askar Jepun sempat membuat bertentang mata semasa pintu ditutup.
Dalam bahasa Jepun...
"Macam mana dengan perjumpaan sultan?" kata salah satu askarnya jalan di sebelahnya.
"Bejalan seperti dirancang dan awak betul pasal anak sultan, dia hilang" kata Ketua askar Jepun dengan muka bangga.
"Jadi theory tuan pasal anak sultan yang kacau operasi kita dan curi peta itu mungkin benar?" kata askar Jepun sambil mengangkat kening.
"Tapi itu theory sahaja ia mungkin tidak betul tapi kemungkinan juga betul, jadi apa salahnya kita cuba" kata Ketua askar Jepun sambil menghadap askarnya.
Mereka akhirnya keluar dari istana itu dan berjalan terus ke pangkal Jepun di dalam hutan. Ketua askar Jepun masuk dengan askar jepun.
"Harap semua sedia untuk kejutan ini, saya memang tidak sabar" kata Ketua askar Jepun sambil mengesel tangannya.
Darah terkeluar daripada hidung Ketua askar Jepun.
"Tuan okay ke?" kata askar itu sambil mengeluarkan tisu dari poketnya dan beri kepada Ketua askar Jepun.
"Tidak guna, sebab pahlawan itu hidung saya patah" kata Ketua askar Jepun sambil meletak tisu yang diberi di dalam lubang hidungnya.
"Mungkin tuan kena rehat dulu?" kata askar dengan suara yang merisaukan.
"Tidak apa" kata Ketua askar Jepun sambil memegang batang hidungnya.
Dia terus berjalan memerhati semua askarnya tengah melakukan tugas. Dan mula bertanya.
"Siapa bocorkan rahsia kita?!" jeritnya.
Semua orang tengoknya pelik dan ada satu orang takut dan bergegar lagi.
"Awak keluar ke depan!" kata Ketua askar Jepun.
Askar itu pun keluar ke depan sambil menengok bawah, tidak sanggup tengok mukanya.
Ketua askar Jepun memegang dagu askarnya untuk menengok mukanya. Lepastu tampar dia.
"Kenapa awak bocor!" kata Ketua askar Jepun.
"Bukan salah saya tuan. Anak sultan itu bertanya dan pastu dorang letak sesuatu pada saya pas..pastu?" kata askar itu sambil stuttering.
"Saya tiada masa nak layan kamu, kita kena fikirkan cara nak halang 'pahlawan' itu" kata Ketua askar Jepun

YOU ARE READING
Bunga Raya dari 1943
FantasySara dari tahun 2022 dan major dalam arts. Pada satu hari dia terima assignment dari cikgu dia dan dia kena balik kampung di Melaka. Sejak dia jumpa sungai dalam hutan, dia travel dalam tahun 1943. Sara kena cari cara untuk henti orang luar untuk ja...