Selalu jika perkara pelik berlaku di suatu tempat, orang akan elak tapi Sara kembali ke hutan tempat dia balik ke tahun 1943.
Di sungai yang hampir dia lemas, Sara makin mendekat dengan muka tiada perasaan.
Kakinya yang tidak mampu pegang dirinya lagi. Rasa nak menangis tapi Sara tahan diri dan cuba gelakkan seperti mimpi.
"Kenapa sakit then?" Kata Sara kepada diri sendiri.
Selesa berada keseorangan, tiada siapa akan nilai Sara. Sehingga mata kena ganggu oleh sinaran mata.
Sara pelik bahawa cahaya tersebut. Oleh seperti mengajak Sara ke pokok.
Akhirnya kaki Sara boleh angkat dirinya dan bawa Sara ke pokok tersebut. Apabila Sara mendekati, semakin dia lagi nostalgic dengan pokok itu. Putaran batang pokok itu seperti telah dikenali tapi semua pokok sama.
Inci jarak antara Sara dan pokok tersebut tetapi kaki Sara telah jatuh sekali lagi ke tanah yang lembab. Tangan yang memegang batang pokok sebagai sokongan.
Semakin ke bawah tangan Sara bawa diri sampai ke lubang pokok yang terletak di hujung bawah pokok. Sara pelik jadi sebagai orang biasa, dia mula menggali sampai tangannya rasa sesuatu macam kain beg.
Beg yang milik Sara.
Tangan Sara tarik sekuat hatinya seperti seluruh hidupnya dalam beg itu.
Akhirnya, Sara dapat keluarkan dan lap guna tangannya kotoran yang ada atas beg.
Gigit bibir bawah, Sara buka zip dan harap sangkaannya benar. Semua alat lukisnya ada dalam beg hitam itu.
Senyuman yang lega terpapar atas muka Sara. Rasa macam sudah bertahun tidak pegang alatnya. Dia punya degupan hati dan salah satu sebab dia masih ada motivasi kehidupan.
Lebih Sara gali ke dalam beg hitamnya, dia terasa satu buku dan buku tersebut rasa lembab.
"Mungkin sebab duduk dalam beg tapi kenapa basah at the first place?" Sara tanya diri sendiri tapi macam mana nak ada jawapan.
Sara pegang dengan erat sebelum membuka. Dia menyelak muka surat dengan lembut. Perhati sahaja sketch yang dia pernah buat. Sampailah ke muka surat terakhir dia lukis. Portrait Hadari dan ada bunga raya yang layu. Dia teragak-agak dengan tangannya untuk memegang tapi perlahan-lahan sentuh juga.
Sara membawa portrait itu ke bahagian dadanya bagai memeluk menyebabkan bunga raya yang ada di muka surat yang sama terjatuh atas peha Sara dan tangisan jatuh sampai tanah yang lembab.
"Kenapa saya lahir pada zaman ini?!"
Jeritan Sara tidak bawa ke telinga sesiapa. Fikiran dia huru hara tapi terhenti apabila ada satu kertas terjatuh atas pehanya. Rasa ingin tahu mengawal Sara, tangan Sara ambil dengan cepat sahaja.
Kertas tersebut lipat empat kali dan bentuk segi empat tepat. Sara buka kertas itu dengan perlahan kerana kertas itu juga basah seperti kelembapan. Sampai sahaja l kelipatan akhir, Sara mula gegar di tangannya.
Sara buka dengan laju dan ternampak karangan yang panjang. Tulisan itu pernah Sara nampak dan jangkaan Sara ialah tulisan itu milik Hadari. Sebelum Sara mula baca, dia nampak atas karangan itu ada satu perkataan bertulis, 1943.
Bawah karangan itu ada lukisan yang hodoh sedikit, bunga raya. Atas sebab tertentu, Sara rasa lebih tenang.
______________________________Mulutnya yang ditutup kerana perasaan mahu menjerit sangat kuat.
Membaca surat tersebut membuat Sara punya hati jatuh sampai ke teras tengah bumi dan tangisan mata jatuh sekali ke tanah yang sudah lembab menjadi lagi lembab.
"Hadari... Juwita"
Sara asyik menyebut nama itu berkali-kali mengetahui mereka tidak ada lagi di alam sini, mungkin?
Apabila Sara mula tenang dirinya, dia memegang suratnya dengan genggaman yang kuat merindu seorang.
"I will remember this selamanya"
Kata terakhir Sara sebelum dia beredar dari pokok itu dengan barangnya, meninggal senyuman yang lembut.
Fikirannya berdebat jika lebih baik untuk kerap melawat atau tinggal tempat itu selamanya dan tinggal sebagai memori sahaja.
Pengalaman yang tentu menakjubkan.
Akhirnya dia sampai ke rumah neneknya dan seperti yang Sara jangkakan, ada polis nak tanya soal tentang kehilanganya. Menarik nafas yang dalam sebelum dia kena layan segalanya.
______________________________
8 tahun kemudian
"Percaya pada saya, tentu semua akan berubah ke arah kebaikan"
Kata Sara kepada seorang gadis yang memandang dia dengan penuh kebencian tapi Sara tidak kisah.
"Walaupun saya tak suka bekerja di sini, at least saya dapat gaji dan tahu saya boleh makan esok!"
Kata gadis tersebut, dia hanya melepaskan fakta yang benar.
Sara tenung dia sebentar sebelum dia mula bercakap, berfikir macam mana dia nak menyakinkan dia.
"Bosan la hidup macam itu. Kita tak buat benda salah pun,"
Apabila Sara kata begitu, gadis itu terdiam tapi ekspresi mukanya berubah ke tiada emosi.
"...."
"Tapi saya tak boleh paksa awak seperti saya katakan hiduplah macam mana awak mahu tapi kalau ada peluang, ambil la."
Sara terlepas sahaja apa dia katakan tapi dalam hati dia mengharap sangat gadis itu terima dia. Jadi dia menuju ke arah lif yang berada di sebelah mereka, meninggal gadis itu sahaja sehingga dia kata sesuatu.
"Saya akan fikirkan, cik Sara,"
Sara berpusing apabila dia sebut namanya dengan penuh pertimbangan.
"Awak tahu nama saya selama ini Aruna?"
Ekspresi Sara yang membuat senyuman tunjuk gigi dengan matanya bersinar.
"Wau, ingat saya sombong sangat?"
Sekarang gadis yang telah
mengesahkan namanya berjalan arah berlainan Sara.Aruna buka pintu dan pandang ke arah Sara, "Tag nama awak terkeluar dari beg awak."
Sara perasan dan terus letak dalam begnya kerana malu. Aruna tinggal Sara dengan senyuman yang lembut. Pintu tutup sepenuhnya dan Sara mengeluh yang dalam.
"Mukanya hampir dengan Juwita."
YOU ARE READING
Bunga Raya dari 1943
FantasySara dari tahun 2022 dan major dalam arts. Pada satu hari dia terima assignment dari cikgu dia dan dia kena balik kampung di Melaka. Sejak dia jumpa sungai dalam hutan, dia travel dalam tahun 1943. Sara kena cari cara untuk henti orang luar untuk ja...