Hadari terdengar satu jeritan di belakangnya dan rupa-rupanya itu suara pengawal sedang cari Hadari di dalam hutan.
"Um saya rasa kita patut pergi"kata Hadari kepada Sara dengan muka risau.
"Kenapa pula?"kata Sara dengan menaiki keningnya.
Hadari tidak peduli apa Sara cakap dan asyik tengok belakangnya kalau dia boleh nampak pengawal. Hadari nampak pengawal itu semakin dekat dan dia tengah panik.Hadari tengah bernafas laju-laju jadi dia terus berlari sambil ambil tangan Sara. Sara terkejut apabila Hadari memegang tangannya dan tidak boleh membuat apa-apa kecuali ikut saja Hadari. Selepas beberapa minit berlari berterusan ke hutan, mereka akhirnya berhenti dan sorok ke belakang pokok. Hadari menutup mulut Sara dengan tangannya. Sara hanya dapat tenung sahaja muka Hadari yang sangat sempurna,
matanya berwarna coklat dan rambutnya pula warna coklat dan dua helai rambutnya tengah rehat di keningnya.Apabila Sara baru sedar apa berlaku dia akhirnya tolak tangan Hadari.
"Apa kau tengah buat ni?"kata Sara sambil terjerit.
"Maafkan saya, sebenarnya saya tengah umm??"kata Hadari sambil memikir apa nak cakap kepada Sara.
"Sebenarnya apa?"kata Sara kepada Hadari.
"Baiklah sebenarnya saya lari dari rumah dan saya terdengar suara di hutan macam suara saudara saya"penipuan yang kata oleh Hadari kepada Sara.
"Kenapa kau lari rumah?"kata Sara.
"Kerana bapa aku paksa aku untuk kahwin dan aku tidak mahu dia jodohkan untuk aku"kata Hadari sambil berdiri.Sara akhirnya berdiri di tepi Hadari dan juga rasa kesian kepadanya.
"Kalau ibu saya jodohkan saya kepada lelaki saya tidak kenal, saya rasa saya pun akan lari juga"kata Sara.
"Ibu kamu? bagaimana dengan bapa kamu bukan sepatutnya dia aturkan?"kata Hadari sambil tidak terfikir kemungkinan kenapa Sara tidak cakap nama bapanya.
"Oh bapa saya tinggalkan saya untuk perempuan lain jadi tinggal saya dengan mak saya sahaja"kata Sara sambil tersenyum.
"Ya Allah, bodohnya saya kenapa saya cakap begitu, maafkanlah saya"kata Hadari sambil pukul kepalanya.
"Tidak apa kau tanya saja, lagipun benda lama dah berlaku"kata Sara.
"Kalau lelaki buat macam itu selalunya kena hukum? Macam mana dia boleh terlepas, mungkin ibu kamu baik kut"Muka Sara teringat balik yang dia berada di tahun yang lain jadi peraturan zaman dulu memang pelik.
"Yelah kut"kata Sara senyum awkward.
"Lelaki seperti itu memang tak boleh harap"kata Hadari.
Sara perasaan keadaan semakin gelap jadi dia fikir mungkin hampir maghrib.
"Saya rasa dah lambat ni mungkin saya kena balik"kata Sara sambil memikir pasal Juwita kalau dia sudah habis.
"Eh betullah dah nak lambat ni saya rasa kamu kena balik"kata Hadari.
"Kamu pula macam mana? Kamu nak tidur di mana?"kata Sara dengan suara ang risau kepada Hadari.Hadari fikir mungkin dia boleh tidur di hutan dan tidak mahu minta bantuan dari Sara.
"Tidak apa, saya ada tempat untuk tidur"Hadari tipu lagi kepada Sara.
"Baguslah tu jadi selamat tinggal"kata Sara kepada Hadari dan jalan ke arah baliknya. Apabila Sara berjalan dia tengok belakang.
"Umm Sara,mungkin boleh kita jumpa esok di tempat yang sama kalau kamu mahu?"kata Hadari kepada Sara.
"Mestilah boleh"kata Sara dengan berasa teruja.
Sara pun lambai kepada Hadari dan terus perjalanannya. Hadari juga berjalan sambil tersenyum dan mencari tempat yang sesuai untuk dia tidur.
YOU ARE READING
Bunga Raya dari 1943
FantasySara dari tahun 2022 dan major dalam arts. Pada satu hari dia terima assignment dari cikgu dia dan dia kena balik kampung di Melaka. Sejak dia jumpa sungai dalam hutan, dia travel dalam tahun 1943. Sara kena cari cara untuk henti orang luar untuk ja...