EP.08 WAITING FOR YOU

77 12 1
                                    

KHAO POV

Seperti biasa, aku yang duduk di atas kerusi yang sejuk , bus stop. Dengan harapan dapat berjumpa dengan First lagi walaupun aku tahu itu mustahil selepas apa yang jadi semalam.

Aku hanya termenung melihat ke arah dimana First akan datang, terlihat hanya kereta yang lalu lalang dan beberapa orang melintas. Kelibat First masih lagi tidak kelihatan.

Ya perkara yang paling aku takut sudah pun terjadi pada harini.

Sedikit rasa menyesal ada dalam diriku kerana tidak jujur dengannya. Aku takut First akan berhenti berjumpa denganku kalau aku memberitahu tentang perkara sebenar. Jadi aku memilih untuk merahsiakan semuanya.

Aku bukanlah seorang pekerja di bar. Aku sebenarnya seorang pemilik besar pusat casino. Tapi tidak bermaksud aku berjudi , aku hanya membuka pusat itu.

Pada awalnya memang aku mahu jujur dengannya tetapi selepas sahaja mendengar semua cerita darinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pada awalnya memang aku mahu jujur dengannya tetapi selepas sahaja mendengar semua cerita darinya. Aku membuang niat untuk memberitahunya kerana aku takut dia juga turut akan membenci aku.

Apa boleh buat sekarang, dia sudahpun membenci aku.

Aku ni bukannya jenis kisah tentang orang lain , tetapi First buatkan aku mahu mengambil kisah tentangnya. Mungkin aku ada sedikit perasaan terhadapnya , aku berharap dia juga begitu.

Sebelum.

Sebelum perkara ini terjadi. Mustahil dia akan ada perasaan yang sama lagi setelah semua ini terjadi. Andai aku diberikan peluang untuk memutarkan semua semua ini. Aku memilih untuk tidak mendekati dia. Mungkin akan hanya melihat dari jauh saja.

Aku tidak mau dia terasa sakit seperti mana aku rasa.

Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Haha tidak sangka sudah beberapa jam , aku masih lagi menunggu ketibaan seseorang yang tidak mungkin akan datang lagi.

Aku pun putus harapan dan bangun berjalan beredar dari situ.

Sambil aku berjalan , tiba tiba ada satu cahaya yang menghala ke arah aku. Cahaya itu semakin dekat. Aku menutup cahaya itu dengan tanganku dari terus suluh wajahku. Satu bunyi hon dapat didengar aku. Aku menutup mata.

Aku akan mati? Nah tapi tolong bukan dengan cara ni. Aku merasakan mungkin Harini adalah hari terakhir dimana aku memijak tanah bumi ini.

Namun tidak ada apa yang berlaku , bukankah aku dilanggar tadi?.

Aku membuka mata , mata yang kabur perlahan lahan menghilang. Aku melihat ke sekeliling .

 Aku melihat ke sekeliling

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bilik?.

Aku bermimpi?. Aku menyentuh tubuhku untuk memeriksa andainya ada terluka, namun tidak ada apa apa.

Aku membuka telephone untuk melihat sudah jam berapa sekarang. Betapa terkejutnya aku selepas melihat tarikh di skin phone itu.

Ini adalah tarikh dimana aku kali Pertama melihat First di bus stop.

Apa yang sudah terjadi? Aku tertanya tanya dengan penuh kebingungan.

Dengan cepat aku bersiap dan keluar menuju ke bus stop untuk memastikan semua ini tidak benar.

Aku kembali ke masa dimana pertama kali aku dan First berjumpa? Mustahil, aku harus membuktikan yang semua ini tidak benar.

Sampai sahaja di bus stop, terkejutnya aku apabila nampak First yang ada disitu. Baju , gaya duduk. Semuanya sama seperti mana aku pertama kali melihatnya.

Aku hanya terdiam melihat itu. Sejujurnya aku sangat merindui dia. Sehinggalah bus tiba , first juga sudah naik dan beredar.

Aku masih lagi berdiri di tempat yang sama. Tak mungkin, tak mungkin semua ini benar.

Aku teringat kata kata aku pada malam itu. Jadi aku harus melakukannya, aku mahu membetulkan semuanya kembali.

Mungkin aku akan hanya melihatnya dari jauh saja, tanpa menegur. Aku harap ini adalah yang terbaik untuk aku dan dia.

SAME PLACE AGAIN (FIRST + KHAO)Where stories live. Discover now