Terlihat seorang lelaki yang sedang melihat ke arah jam di tangannya dan melihat semula ke arah bas stop.
Sudah beberapa jam dia menunggu akhirnya dia beredar dari situ.
Keesokan harinya dia datang lagi di tempat yang sama. Terlihat senyuman teruki...
"kita nak g mana?" Soal First yang sedang melihat ke arah luar tingkap kereta yang dipandu oleh Khao.
"Aku nak beli barang sikit" jawab Khao pula.
Sampai sahaja mereka di satu pasar raya yang agak besar , First hanya terdiam dan melihat ke sekeliling.
Kini dia sedang menjejakkan kaki di satu mall yang terlihat sangat mewah dan cantik. Inilah kali pertama dirinya berada di sini. Agak sedikit terkejut apabila Khao membawanya ke sini.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Kenapa? Tak nak masuk ke?" Soa Khao yang telah membangunkan aku dari terus melihat sekeliling. Aku hanya tersenyum.
"Tak. Cuma tempat ni mewah sangat, aku tak biasa dengan tempat macam ni" kata First dengan nada yang sedikit malu. Khao hanya ketawa kecil dengan jawapan yang diberikan oleh First.
First yang masih lagi melihat sekeliling di dalam mall itu berasa agak teruja kerana tempatnya yang sangat cantik. Tiba tiba tangannya ditarik oleh Khao.
"Jom g arcade. Main game hahha" Kata Khao dan berjalan masuk ke dalam sambil menarik tangan First.
Terlihat begitu banyak permainan yang boleh dimainkan namun First hanya terdiam dan melihat ke arah Khao.
"Ish, kau ni takpe aku ada." Kata Khao selepas melihat riak wajah First. Dia tahu bahawa First mungkin berasa agak kekok berada disini. Jadi Khao mahu First membuang rasa kekok itu dan berseronok di sini.
Mereka berdua sedang leka bermain permainan disitu. Lihat seperti First juga sudah mula menyelesakan dirinya.
"Kau nak makan ape?" Soal Khao kepada First sambil berjalan jalan di sekitar mall itu. Tiba tiba Khao memberhentikan kakinya selepas menyedari yang First berhenti dari terus berjalan. Khao melihat ke arah First yang sedang memandangnya.
"Em makanan sini macam mahal sangat ah.emm kau tau kan ak-"
"Haha, aku yang bawa kau datang sini kan. Jadi aku belanja la semua, tapi kalau kau rasa bersalah kan, apa kata kau bayar dengan cara ni" kata Khao kepada First sambil tersenyum.
Terkejut First selepas melihat Khao yang sedang memuncungkan bibirnya.
"Ape?" Soal First dengan nada yang sedikit gementar. Khao tidak menjawabnya tetapi memuncungkan bibirnya lagi.
"Ka..kau biar betul" kata First lagi. Khao yang sedang ketawa itu memegang wajah First dengan kedua belah tangannya dan memusingkan kepala First untuk menoleh ke belakangnya.
"Tu, jom teman aku makan kat situ" kata Khao yang sedang ketawa kecil. First hanya terdiam dan ketawa kecil.
"Kau sebenarnya kerja apa?" Soal First kepada Khao yang sedang mengunyah makanan. Khao memberhentikan kunyahan itu dan memberikan senyuman.
"Mmm..bar, aku keja dekat bar" Jawab Khao, First hanya melihatnya.
"Keja bar pun boleh hidup macam ni aek. Kalau macam tu aku pun nak" kata First sambil ketawa kecil.
"Kenapa? Kau tak suka ke dengan tempat kerja kau yang sekarang ni?"
"Bukan tak suka , kau tau jela gaji situ, tapi ok la aku tak kisah pun, lagipun aku suka kerja situ" Kata First yang tersenyum dan makan makanannya. Khao yang tersenyum itu hanya melihat ke arah First.
Selepas selesai makan , Khao membawa First ke satu tempat lagi sebelum mereka pulang ke rumah.
Sampai sahaja di sana , First tersenyum kerana kini mereka berada di Pantai. Dengan angin yang bertiup lembut dan pemandangan malam di kawasan pantai itu membuatkan First menjadi lebih teruja.
Sambil mereka duduk dan melihat ke arah laut. Tiba tiba ada seorang lelaki yang terlihat seperti mabuk datang ke arah mereka dan menunjukkan wangnya kepada mereka.
"Korang ada? Tak de. Aku menang malam ni HAHHA" kata lelaki yang mabuk itu dan beredar dari situ sambil ketawa.
Gila siot mamat ni ʕಠ_ಠʔ
First hanya melihat ke arah lelaki itu dengan riak wajah yang benci.
"Kau tau , aku benci sangat dengan orang yang berkait dengan judi ni." Kata First itu membuatkan Khao memandangnya
"Dorang semua ni buat aku ingatkan pa aku. Aku benci dia" kata First lagi tetapi kali ini dengan nada yang agak sayu dan dia hanya melihat ke arah bawah pasir pantai.