Aku membuka mata , melihat siling bilik.
Mimpi rupanya. Hm , aku melihat ke arah jam dinding dan bangun untuk mandi.Harini aku bangun sedikit awal , jadi aku bersarapan dulu sebelum ke kerja. Ma sudah pun keluar bekerja.
Ma bekerja sebagai pembersih rumah. Ada saja panggilan, dia akan ke sana. Aku sudah suruh ma berhenti kerja tetapi dia tetap tidak mahu.
Katanya dia suka kerja itu , dari duduk rumah saja. Kalau itu yang dia nak , apa boleh aku buat.
Seperti biasa ke cafe dimana aku berkerja seperti biasa.
Sampai saja di cafe , aku memakai apron dan membuat kerja apa yang patut.
Harini ini Ohm tidak datang kerja. Dia mengambil cuti, katanya mahu berjumpa dengan adiknya.
Mereka juga sudah lama tidak berjumpa, jadi baguslah Ohm ambil cuti dan pergi meluangkan masa bersama adiknya. Lagipun dia bukanya ada siapa siapa lagi selain adik perempuannya saja.
Sambil aku mengambil pesanan dari pelanggan di kaunter. Sesuatu telah mencuri perhatian aku sebelum aku menoleh ke belakang untuk membuat bancuhan air pesanan dari pelanggan tadi.
Aku melihat ke arah seorang lelaki yang sedang fokus ke arah telefon bimbitnya.
Wajahnya seperti pernah dilihat aku, tetapi tidak berapa jelas kerana wajahnya yang tertunduk.
Selepas beberapa minit berlalu , tiada kerja lagi untuk aku. Hanya termenung dia kaunter saja. Aku kembali melihat ke arah lelaki itu semula.
Aku bernasib baik sempat melihat wajahnya kerana , sewaktu aku melihatnya dia sudah pun bangun untuk keluar dari cafe itu.
Ya lelaki itu adalah lelaki yang aku terserempak sewaktu mahu melintas jalan.
Lelaki itu memandang aku sebelum keluar dari cafe. Sedikit panik apabila kami memandang antara satu sama lain.
Aku mengalihkan pandangan dan cuba sibukkan diri walaupun tidak ada apa yang harus dilakukan aku. Aku tidak mahu yang dia tahu aku melihatnya dalam diam.
Aku lihat semula ke arahnya. Dia sudah pun tiada. Aku hanya melihat ke arah pintu dan tersenyum.
Nahh aku sendiri pun tak tahu mengapa aku tersenyum.
KHAO POV
Aku masuk ke dalam kereta sambil tersenyum dengan karenah First sebentar tadi. Sebenarnya aku juga curi curi melihatnya sewaktu dia sibuk dengan kerja. Tidak sangka pula dia juga melihat aku dalam diam. Aku perasan yang dia agak sering mencuri curi lihat aku.
Aku memandu kereta menuju ke pusat casino kepunyaan aku itu. Dengan tiba aku teringat yang aku sepatutnya buang perasaan ini , bukannya melayan lagi perasaan ini.
Kalau aku mula mendekatinya semula, pasti dia juga akan membenciku selepas tahu yang aku adalah seorang pemilik besar casino.
Aku pun sudah mula rasa yang perasaan suka padanya pun hampir hilang. Aku mencuba dan terus mencuba. Kini aku dan dia sudah ada dunia yang sendiri, biarlah dia hidup macam sekarang ini. Dia nampak begitu bahagia sekali.
Aku juga mesti hidup bahagia dengan kehidupan baru ini.
====================================
First yang terlihat sedang tidur dengan selesa itu tiba tiba membuka matanya, seperti sesuatu yang telah berlaku.
Dia bermimpi lagi bersama lelaki yang sama. Seperti biasa dia tidak sempat melihat wajah lelaki itu dan terus terjaga dari mimpi.
First menarik nafas panjang dan menghembuskan nafasnya semula. Dia kemudian sambung tidurnya seperti biasa.
Dia yang termenung di meja memikirkan mimpinya yang sudah dua kali bermimpikan perkara dan orang yang sama. Adakah ini kebetulan? Atau ada apa apa petunjuk?.
"Cik nak minum ape?" Soal Ohm kepada First yang duduk termenung itu.
"Nak aku simbah air kat muka kau dulu baru nak sedar ke?" Kata Ohm yang duduk berhadapan dengannya.
"Aku mimpi pelik la sejak dua hari ni" kata First kepada Ohm.
"Ayy , mimpi apa tu. Haa" kata Ohm yang membuatkan riak wajah miang.
"Au" satu tamparan hinggap di kepala Ohm.
"Kau yang bukan bukan je" kata First yang menampar kepala Ohm sambil ketawa kecil.
"Aku mimpi sorang laki ni. Aku selalu borak dengan dia kat pantai. Tapi aku tak pernah tengok muka dia , asal nak tengok je. Terjaga" cerita First kepada Ohm dengan riak wajah yang pelik.
"Jodoh kau kot" gurau Ohm pula. Aku hanya menggeleng kepala sambil ketawa kecil dan bangun meninggalkan Ohm.
Bukan boleh layan sangat dia ni. Sekali aku tak betul nanti. (눈‸눈)
Selepas habis waktu kerja. Seperti biasa mereka pulang ke rumah.
First yang menunggu bus itu memasang earphone di telinga. Cuaca pada malam ini agak baik.
YOU ARE READING
SAME PLACE AGAIN (FIRST + KHAO)
AcakTerlihat seorang lelaki yang sedang melihat ke arah jam di tangannya dan melihat semula ke arah bas stop. Sudah beberapa jam dia menunggu akhirnya dia beredar dari situ. Keesokan harinya dia datang lagi di tempat yang sama. Terlihat senyuman teruki...