EP.13 STAYING OR LEAVING

72 8 0
                                    

Malam ini juga aku bermimpikan perkara yang sama berulang kali. Ianya membuatkan aku lebih ingin tahu siapa lelaki yang sering muncul dalam mimpi itu.

Aku cuba untuk tidak terlalu berfikir tentang perkara itu. Bangun dari katil dan bersiap untuk ke tempat kerja.

Keluar saja dari bilik. Aku melihat ke arah ma yang sedang membetulkan tali leher yang dipakai oleh pa.

Mimpi apa pula orang tua ni siap pakai kemeja pula.

Itulah yang terlintas di fikiranku.

"Oh First kamu dah nak pergi kerja? Ha pa pun baru nak keluar. Cari kerja juga." Kata pa sambil tersenyum begitu juga ma.

Aku hanya memberikan senyuman pahit dan keluar dari rumah.

Sejujurnya aku tidak percaya pada pa tapi kalau betul dia berubah , aku bersyukur.

Setibanya aku di bus stop, aku melihat ke arah seorang lelaki yang duduk berseorangan di situ.

Lelaki itu kemudian terus bangun dan beredar dari situ selepas saja melihat aku yang datang.

Lelaki itu adalah lelaki yang sama.

Ah, kenapa pula dia lari , aku baru sahaja berniat untuk menanyakan nama.

Tanpa berfikir panjang aku pun berlari mengejar dari belakang.

Aku menarik bahunya untuk berpusing ke arah aku. Lelaki itu hanya terdiam melihat aku yang tersenyum ke arahnya.

"Hi" kata aku yang tersenyum. Lelaki itu hanya tersenyum dan berjalan semula , namun aku menghalangnya dari terus berjalan.

"Aku cuma nak tau nama kau" kata aku lagi.

"Khao. Khaotung" jawab lelaki itu. Riak wajah aku bertukar menjadi serius, Khao melihat ke arah aku yang berubah wajah itu.

"Kenapa" suara itu membangunkan aku dari terus termenung.

"Tak.emm nama kau macam pernah dengar tapi..hm tak pa. First" kata aku pula dan lelaki itu hanya tersenyum dan meneruskan perjalanannya.

Aku hanya melihat ke arahnya yang semakin hilang.

Entah mengapa aku seolah olah macam pernah dengar nama itu tapi dimana? Aku terasa macam aku aku kenal dia.

Apa apa saja lah. Aku pun duduk sambil menunggu bas tiba.

KHAO POV

Aku yang duduk di kerusi sambil memandang ke pemandangan bandar itu , membuatkan diriku teringat pada First.

Aku sengaja datang kesini untuk merasa kembali apa yang aku rasa dulu. Dimana aku selalu tunggu First disini.

Sudah lama aku tidak datang ke sini.
Kerana terlalu leka , aku sepatutnya pergi dari sini sebelum First tiba. Aku tidak mahu berjumpa dengannya.

Bukan kerana benci tetapi aku mahu jauhkan diri dari dirinya, biarlah dia berjumpa dengan orang yang lebih baik dari aku.

Tetapi apakan daya disebabkan aku terlalu leka , aku tidak sedar yang aku sudah berada disini sudah lama sehingga First tiba.

Dia berjaya menegur aku dan bertanya namaku. Aku sangat senang melihat senyumannya. Ah tolong lah jangan buat aku jatuh hati padanya semula.

====================================

Selepas dari itu , hubungan mereka menjadi agak rapat. Mereka juga sering kali berjumpa.

Hampir setiap hari Khao berfikir adakah ini betul? Apa yang dia lakukan. Dia sudah berjanji untuk tidak lagi mendekati First namun kini First lah yang selalu datang dulu.

Sebelum ini Khao lah yang menyukai First dahulu tetapi kali ini , First pula yang menyukainya dahulu.

Semakin mahu membuang perasaan itu , semakin kuat dapat dirasainya.

Apa boleh buat, kalau dah namanya cinta. Khao berasa nyaman apabila bersamanya.

Bagaimana pula kalau kali ini Khao memberi tahu yang dia adalah seorang pemilik pusat casino? Adakah perkara yang sama akan berulang lagi?

Harini adalah hari lahir First, jadi dia ingin berjumpa First di pantai yang pernah mereka pergi bersama pada masa sebelum ini.

Terlihat First yang sudah tiba. First tersenyum selepas Khao memberikan sejambak bunga matahari padanya.

"Happy birthday"

"Sunflower?" Kata First yang tersenyum.

"Em. Sama macam senyuman kau" kata Khao pula yang tersenyum. First hanya tersenyum melihat ke arah Khao dan melihat ke sekelilingnya.

"Entah kenapa aku rasa macam pernah datang sini." kata First. Tiba tiba wajahnya bertukar menjadi serius dan beralih ke arah Khao.

Cara Khao yang menoleh ke arahnya itu sama seperti mana lelaki dalam mimpinya.

Dia dapat membayangkan mimpi itu , seakan akan dia berada di dalam mimpinya sekarang.

Khao melihat ke arah First yang beku di hadapannya.

"First?" Tegur Khao.

"Kita perlu jumpa ke sebelum ni?" Soal First dengan nada suara yang serius. Khao hanya terdiam tanpa berkata apa apa .

Khao menggeleng kepalanya dan bertanya pada First apa yang jadi.

First menceritakan tentang mimpinya. Khao hanya terdiam.

Itu pasti memori kami berdua yang sebelum ini. Itulah jangkaan dari Khao.

"Boleh aku peluk kau?" Soal First dengan tiba tiba. Khao tidak menjawab soalannya itu namun memeluk First dengan sangat erat.

Dia memejamkan matanya dan memeluk First dengan erat sekali. Betapa rindunya pada First namun dia harus menahan dirinya dari mengalirkan air mata.

Tidak mahu First berasa apa apa yang Pelik. First juga turut memeluknya dengan erat sekali. Setelah meleraikan pelukan itu.

First telah mengatakan sesuatu yang membuatkan Khao terkejut.

"Aku suka kau" itulah yang dikatakan oleh First.

Khao terdiam membeku selepas mendengarnya.

Kenapa jadi begini pula. Dia rasakan yang semuanya sudah berubah.

Namun dia tidak boleh memberi tahu yang dia juga turut suka akan First. Dia tidak mahu perkara menjadi lebih buruk.

Tanpa berkata apa apa, Khao berjalan meninggalkan First yang berdiri seorang diri itu tanpa menoleh semula ke belakang untuk melihatnya.

First hanya terdiam dan tidak bergerak seinci pun walaupun Khao sudah pergi meninggalkannya.

Sejambak bunga matahari masih lagi dipegang dengan erat.

Wajahnya seperti tidak ada apa apa ekspresi.

Wajahnya seperti tidak ada apa apa ekspresi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SAME PLACE AGAIN (FIRST + KHAO)Where stories live. Discover now