Lelaki itu menghulurkan sebatang rokok kepada First . Tanpa berkata apa apa, first mengambilnya.
"Isap rokok jugak" kata lelaki itu sambil menghisap rokoknya.
"Kadang" jawab First pula.
Keadaan menjadi sunyi semula, dan kini First pula yang bersuara.
"Haritu tak silap aku, kau kan yang blah lepas aku naik bas tu? Asal kau tak naik?" Soal First selepas mengingati semula hal itu. Lelaki itu hanya ketawa kecil.
"Saja. Aku nak teman kau" kata kata lelaki itu membuatkan First terdiam dan hanya memandang ke arah lelaki itu.
"Kau nak ape sebenarnya" soal First lagi yang sedang memandang ke arah depan.
"Khao. Khaotung." Kata lelaki itu lagi. First terdiam lagi. Bas sudah tiba, First membuang cebisan rokok ke dalam tong sampah.
Sebelum naik bas First menoleh ke belakang melihat ke arah lelaki itu.
"First" katanya dan terus naik ke dalam bas.
Lelaki itu tersenyum dan melambaikan tangannya ke arah First."Jumpa lagi esok" bisik Khao sambil tersenyum selepas saja bas itu mula bertolak.
Sampai saja di rumah, First yang terbaring di atas katil. Dia hanya tersenyum selepas teringatkan perkara tadi.
"Harap jumpa kau lagi esok" bisik hatinya dan mencapai tuala untuk mandi.
====================================
FIRST POV
Ohm memandang aku dengan riak wajah yang keliru kerana aku yang sedang kelam kabut untuk keluar dari cafe.
"Eh kau pehal ni? Laju je nak blah. Sebelum ni kalau boleh macam nak tido sini ja tak nak balik. Kau nak g mana?" Soal Ohm yang menggalas begnya.
"A...ha bas. Bas nanti takut tertinggal bas. Ok aku blah dulu bye." Kata aku yang tersenyum dan keluar dari cafe itu.
"Eh.. eh awal lagi ni. Bas kau pun mana sampai lagi. First! Aduh pehal dia ni".
"Ke bau ketiak aku kuat sangat sampai dia lari" kata Ohm yang membau kedua dua ketiaknya.
"Hum wangi lagi ni siap ada bau bau lemon" bebel Ohm seorang diri dan keluar dari cafe sambil bersiul dengan senang hatinya.
Maklumlah ketiak wangi kan (~‾▿‾)~
KHAOTUNG POV
Aku yang masih duduk di bangku beralih pandangan ke arah seorang lelaki yang kelam kabut berlari ke arah aku dan memberhentikan lariannya setelah sampai ke arah aku.
Aku hanya tersenyum melihatnya. Begitu juga dia.
Aku menghulurkan rokok. Tetapi First menolaknya.
"Aa. Aku tak rasa nak merokok harini" kata First kepada aku.
"Ok ke kalau aku isap rokok sebelah kau ni?" Soal aku kepada First.
"Sebelum ni kau memang selalu isap rokok kan sebelah aku" jawab First yang mahu memasang earphone ke telinga. Tetapi tangannya terhenti dari terus melakukan itu, kerana aku memegang tangannya sambil memandang tepat ke arah matanya.
"Jangan pakai, aku nak borak dengan kau" kata aku yang tersenyum. First hanya mengangguk dan kami berdua mula bersembang dan ketawa.
"Kau keje mana?" Soal First
"Emm..sini sini je" jawab aku dengan tenang. First hanya mengangguk dan memberitahu dimana dia berkerja. Aku mengangguk tanda faham.
"Kau tinggal sorang?" Soal aku lagi
"Ma. Aku tinggal dengan ma. Hmm aku rasa macam aku ada ma je" jawab First yang memberikan senyuman pahit.
"Asal" kata aku lagi yang memandang ke arah kereta yang lalu lalang di hadapan kami.
First mula menceritakan tentang hidupnya. Aku memandangnya dengan penuh tumpuan dan mendengar segala luahannya.
"Hah. Pelik betul. Aku cerita semua benda kat kau. Padahal aku tak kenal kau pun" kata First yang ketawa kecil.
Aku mengusap belakangnya sambil tersenyum.
"First time aku rasa macam tak nak balik."
"Rasa macam nak borak dengan kau je" kata First yang memandang aku.
"Esok kita keluar. Boleh borak lagi" kata aku pula.
"Boleh rasanya. Aku cuti" kata First pula.
Bas sudah pun tiba, First yang mahu menaiki bas itu melihat ke arah aku selepas aku memanggilnya.
"Esok kat sini. 9:30. Ok" kata Aku yang tersenyum dan beredar dari situ.
![](https://img.wattpad.com/cover/326019112-288-k707129.jpg)
YOU ARE READING
SAME PLACE AGAIN (FIRST + KHAO)
De TodoTerlihat seorang lelaki yang sedang melihat ke arah jam di tangannya dan melihat semula ke arah bas stop. Sudah beberapa jam dia menunggu akhirnya dia beredar dari situ. Keesokan harinya dia datang lagi di tempat yang sama. Terlihat senyuman teruki...