EP.02 STARING WITHOUT WORDS

147 22 0
                                    

"Ohm aku ingat nak cari kerja part time la" kata aku yang sedang membuat air. Ohm memandang aku dan diam buat seketika.

"Asal? Kau ada masalah duit ke?" Soal Ohm pula

"Duit tu tak de la sangat tapi, Aku kesian la tengok ma kerja sampai malam , dia tu dah la tenat kang apa apa jadi susah la. Yang pa pulak kau tau je la si biawak hidup tu" keluh aku kepada kawan baik aku itu.

Aku dan Ohm sudah lama berkawan , sejak dari sekolah rendah lagi. Sampai la sekarang kami berkawan.

Tapi agak kasihan sebab dia tinggal bersendirian saja lepas ma dan bapanya bercerai , tak lama dari tu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan. Ma pula sudah berkahwin dengan lelaki lain dan membawa sekali adik perempuannya bersama. dia tidak lagi menghiraukan Ohm.
Namun dia bernasib baik kerana adiknya selalu berhubung bersamanya lagi. Mereka jugak akan berjumpa di mana mana dan selalu bertanya khabar.

Sejak kecil dia tinggal bersama neneknya, namun neneknya juga turut meninggal dunia sewaktu kami berdua baru mula bekerja.

Sejak kecil dia tinggal bersama neneknya, namun neneknya juga turut meninggal dunia sewaktu kami berdua baru mula bekerja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau suruh la ma berhenti kerja, dia pun dah tua. Pasal duit kau tak payah la nak risau sangat. Aku dah anggap mau kau tu macam ma aku dah" kata Ohm sambil tersenyum

"Kau tau kan yang ak-"

"Biar la , dulu ma kau baik sangat dengan aku siap jaga aku lagi macam anak dia. Apa salahnya aku balas balik? Ok. " Kata Ohm lagi dengan tersenyum.

Betapa bersyukurnya aku ada kawan yang macam ni. Kadang aku terasa malu dengan Ohm sebab dah banyak sangat dia tolong aku , tapi aku? Tak ada la banyak tolong dia sebanyak mana dia tolong aku.

Sebab dia tak banyak masalah macam aku. Adehh. Pening macam ni hari hari.

Lama lama botak aku. Bukan sakit kepala ja hilang entah pasangan pun hilang. Eh nak hilang macam mana. Pasangan pun tak da.

Nampak tak betapa sedihnya hidup aku ni (⁠ノ⁠ಠ⁠益⁠ಠ⁠)⁠ノ

Jam menunjukkan pukul 10.00 pm. Maksudnya tamat sudah shift aku dan Ohm untuk harini

Aku macam biasa la tunggu bas , tapi harini tak hujan . Beku la aku kalau hari hari hujan an.

====================================

Seorang lelaki yang berjalan sambil menghisap rokok. Berhenti tidak jauh dari bus stop dimana First berada. Dia hanya melihat ke arah First sehinggalah bus tiba.

lelaki itu hanya tersenyum selepas melihat First yang sudah naik bas dan beredar dari situ.

Lelaki itu membuang cebisan rokok ke dalam tong sampah dan menyambung perjalanannya.

Lelaki itu membuang cebisan rokok ke dalam tong sampah dan menyambung perjalanannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•kalau dah baca please vote and komen . thanks<3

SAME PLACE AGAIN (FIRST + KHAO)Where stories live. Discover now