EP.14 NOT TOO LATE

98 9 0
                                    

Itu adalah Hari terakhir mereka berjumpa, lepas dari itu. First tidak lagi berjumpa dengan Khao. Dia jugak pernah cuba untuk mencari Khao namun tidak ada.

Dia cuma mahu tau apa yang dirasai Khao saja , tidak mengapa jika Khao tidak mencintainya.Sekurang kurangnya dia tahu kebenaran. First percaya bahawa Khao juga mempunyai perasaan yang sama.

Dia tetap mahu berjumpa Khao walau apa pun terjadi.

KHAO POV

Aku yang terbaring di katil, memikirkan tentang perkara yang terjadi itu. Tidak tahu mahu gembira kerana First juga mempunya perasaan yang sama seperti aku, atau mahu menyesal kerana mendekatinya.

Semua ini membuat aku pening memikirkannya. Bagaimana aku mahu melihat wajahnya lagi jika kami terserempak di mana mana? Apakah dia kecewa dengan aku yang pergi meninggalkannya begitu saja? Adakah dia membenciku seperti di masa sebelum ini?.

Aku memang teruk. Semuanya aku sudah rosakkan. First tidak patut menaruh perasaan pada orang seperti aku.

Aku hanya akan memberikan kesedihan dan sakit padanya saja. Tapi aku masih lagi mencintainya.

Aku pun tidak tahu mengapa aku pergi begitu saja. Aku agak menyesal dengan perbuatan itu.

Apalah yang terjadi pada First sekarang ini. Sudah berminggu-minggu aku mengelakkan diri dari berjumpanya. Melihat wajahnya saja membuatkan aku ingin menangis. Begitu bersalahnya aku selepas semua ini terjadi.

Aku cuba untuk melupakannya tetapi semua ini tetap menghantui diriku.

Dan akhirnya aku telah membuat keputusan. Aku harap inilah yang terbaik, aku sudah tidak kisah apa yang akan jadi lepas ini.

Itulah pengakhirannya.

====================================

FIRST POV

Aku cuba untuk kembali hidup seperti biasa. Pa pula sudah berubah , aku bersyukur kerana kini dia sudah menjadi seperti seorang manusia.

Baru kini aku dapat merasai seperti mempunyai keluarga yang sempurna.

Tetapi ma masih lagi mahu bekerja walaupun pa sudah suruh berhenti kerana dia sudah bekerja.

Dengan santainya aku berehat di rumah kerana hari ini adalah hari cuti aku.

Telephone aku yang berdering itu dijawab oleh aku.

"Ye ma, ada apa?" Soal aku.

"Aaa.. First boleh kamu ambil ma? Ma terjatuh tadi , kaki ma sakit" kata ma. Aku dengan terkejut dan bergegas pergi ke tempat dimana ma berada.

Aku melihat alamat yang telah di hantar oleh ma kepada aku.

Aku kini berdiri di satu rumah yang agak mewah.

Terlihat seorang lelaki membuka pintu selepas loceng rumah dibunyikan.

Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah. Khao yang membukakan pintu.

Tidak sangka kami dapat berjumpa dengan cara ini. Khao juga turut terkejut namun dia terlihat tenang dan mengajak aku masuk ke rumahnya.

Aku berjalan menuju ke arah ma yang terduduk di sofa. Kakinya sudah pun dibalut dengan rapi.

"Aku nak bawa pergi hospital, tapi ma kau tak nak jadi aku balut saja la kaki tu" kata Khao yang melihat ke arah aku. Da terlihat seakan akan macam tiada apa yang berlaku antara kami berdua. Aku hanya terdiam dan membawa ma pulang.

"Thanks" kata aku sebelum beredar keluar dari rumah itu.

KHAO POV

Tutup saja pintu, aku menyandarkan diri di pintu untuk menenangkan diri.

Aku menghubungi perkhidmatan membersihkan rumah kerana sudah lama rumah ini tidak dibersihkan.

Tidak sangka pula yang datang itu ma First. Dia yang sedang membersihkan tandas itu telah tergelincir jatuh. Jadi aku menolongnya membalut kaki.

Betapa terkejutnya aku apabila anaknya ialah First. Aku cuba berlagak untuk tenang, sebaliknya aku sangat takut dan gementar untuk berdepan dengannya.

Namun dia nampak biasa saja , dia tidak marah dengan aku ka? Atau dia juga cuba berlagak tenang seperti aku.

Aku sudah tidak mahu simpan lagi semua ini. Aku harus bertindak sekarang.

Mari kita akhiri semua ini First.

====================================

FIRST POV

"Aku nak rasa ni masa yang tepat" kata aku lalu memeluk tubuh Ohm. Aku mengalirkan air mata. Ohm memeluk sambil mengusap lembut belakangku.

Aku mengambil keputusan untuk tidur di rumah Ohm untuk melepaskan semua yang aku simpan.

Aku tidak boleh menahannya lagi selepas saja melihat wajah Khao semalam.

Ohm tahu semuanya dan cuba menenangkan hati aku.

"Kau boleh nangis lama mau kau nak" kata Ohm yang memeluk aku. Terlihat Ohm juga yang mengalirkan air matanya.

Begitu juga perasaan seorang sahabat apabila melihat sahabatnya dalam kesedihan. Aku bersyukur Ohm selalu ada dengan aku dan sentiasa menangkan aku.

Aku membuka mata dan harap ini adalah hari yang baru dan lebih baik dari semalam.

"Aw , dah bangun. Sini duduk la kita sarapan sekali" kata Ohm yang sedang menyiapkan sarapan sambil tersenyum.

SAME PLACE AGAIN (FIRST + KHAO)Where stories live. Discover now