Terlihat Khao yang berpakaian lengkap kot hitam sambil menghisap rokok keluar dari satu pusat besar Casino bersama dua orang lelaki yang berpakaian sepertinya di sisi.
Wajah Khao jugak terlihat Seperti terkejut selepas terserempak bersama aku. Kami berdua hanya terdiam saling memandang satu sama lain dari jarak yang tidak berapa jauh.
Aku memandang ke arah Khao dan berpusing ke belakang berjalan beredar dari situ.
Betapa terkejutnya aku apabila dapat tahu bahawa yang seseorang yang aku selesa dengannya itu ada kaitan dengan perkara yang paling dibenci aku.
Aku berharap mukanya tidak lagi muncul di hadapan aku lagi . Kali ini aku benci melihat mukanya.
"Shit! Kenapa aku menangis" mulut aku menyumpah sambil berjalan pulang. Aku mengelap air mata dengan tangan aku.
Aku tidak tahu mengapa aku menangis, aku sendiri pun tidak faham.
Khao masih lagi berdiri di situ. Dia menghembuskan nafasnya dan terlihat kekesalan di wajahnya.
Sampai sahaja di rumah aku terus masuk ke bilik tanpa berkata apa apa.
"First? Kamu pergi mana tadi? First" soal ma selepas melihat aku pulang ke rumah. Namu dia terdiam selepas melihat aku yang tiba tiba berkelakuan sebegitu.
Keesokan harinya aku hanya berjalan dan termenung menuju ke cafe. Kejadian semalam membuatkan aku gagal untuk berlagak seperti biasa dan tidak ada apa apa yang terjadi.
Perasaan aku menjadi bercampur aduk. Marah sedih dan tertanya-tanya.
Ohm menolak perlahan secawan kopi di atas meja ke arah aku. Aku memandang kopi itu dan menoleh ke arahnya.
Ohm mengangkat keningnya bertanya tentang keadaan aku.
Aku hanya terdiam sambil memegang kopi yang diberikan oleh Ohm itu dan sambung termenung.
Ohm menepuk bahu aku dan pergi sambung semula kerjanya. Dia membiarkan aku untuk bersendirian buat sementara. Dia tahu aku perlukan masa dan aku akan menceritakan semuanya kepadanya juga nanti.
"Ohm aku tido rumah kau malam ni" setelah lamanya. Aku bersuara juga.
"you should. Aku memang nak ajak kau pun" Jawab ohm dan memberikan senyuman kepada aku.
Aku membalas semula senyuman itu dengan senyuman pahit.
Sampai sahaja di apartment dimana Ohm tinggal. Ohm melihat ke arah aku dan memberikan pelukan yang sangat erat . Aku memeluknya dan menangis.
================================
"Kau sure ke tu dia?" Soal Ohm selepas aku menceritakan semuanya kepadanya.
"Kau boleh cakap aku gila , tapi bukan buta. Aku tau la tu dia" jawab aku.
"Sial la. Aku tak tau kenapa aku menangis" rungut aku lagi.
"Kau suka dia?" Tiba tiba soalan yang ditanyakan Ohm membuat aku terdiam.
"Aku tak tau" jawab aku yang dalam keadaan bingung. Ohm memeluk aku lagi sekali untuk menenangkan aku.
YOU ARE READING
SAME PLACE AGAIN (FIRST + KHAO)
AléatoireTerlihat seorang lelaki yang sedang melihat ke arah jam di tangannya dan melihat semula ke arah bas stop. Sudah beberapa jam dia menunggu akhirnya dia beredar dari situ. Keesokan harinya dia datang lagi di tempat yang sama. Terlihat senyuman teruki...