KHAO POV
Adakah First tidak lagi mengenali aku? Patutkah aku berfikir yang perkara ini bagus atau tidak, aku sendiri masih lagi memikirkan semua yang terjadi.
Mungkin dari cahaya yang menyinari aku semalam puncanya? Hmm apa pun semuanya sudah bermula kembali , apa yang harus aku lakukan adalah tulis semula jalan cerita yang sudah rosak itu dengan cerita yang baru.
First, lepas ni mesti aku akan lebih rindukan kau.
Aku melakukan perkara harian yang selalu aku melakukan dengan tenang hati. Aku cuba melupakan First , kini kami adalah orang asing yang tidak mengenali.
Tetapi aku memutuskan untuk tidak berjumpa lagi dengan First, aku tidak mahu melihatnya lagi kerana takut perasaan itu kembali dan aku tidak akan mendekatinya lagi. Aku tidak mahu perkara yang sama berulang.
Cukuplah satu malam yang sangat menyakitkan.
====================================
Aku memberhentikan kereta selepas lampu isyarat bertukar menjadi merah. Sementara menunggu lampu kembali bertukar menjadi hijau, aku hanya memandang ke depan sehinggalah satu kelibat seorang lelaki ini melintas.
Terlihat seperti First yang sedang melintas , aku memandangnya untuk memastikan itu adalah dia.
PINNN!
Satu hon kereta dibunyikan dari kereta belakang aku. Aku melihat ke arah lampu isyarat yang sudah bertukar menjadi hijau.
Aku kembali fokus dan memandu ,Aku cuba untuk tidak memikirkan tentang lelaki sebentar tadi.
Sudah beberapa bulan aku tidak bertemu First, adakah aku dikira berjaya? Tetapi aku masih lagi tertanya tanya apa yang berlaku pada First sekarang , bagaimana kehidupannya sekarang.
Takkan lah aku pergi bertanya semua itu padanya buta buta saja.
Nanti aku dianggap gila pula.(-_-;)
Gambar yang pernah diambil kami berdua juga tidak ada dalam telephone aku, begitu juga nombor telefonnya.
Hah. Semua ini adalah perkara baru untukku. Aku harus terus hidup begini kalau mahu First hidup dengan tenang.
Sekurang kurangnya dia ada Ohm yang boleh ada disisinya.
====================================
Aku yang terbaring di atas katil , cuba untuk memejamkan mata. Wajah First mula muncul dalam fikiran aku.
Aku hanya tersenyum apabila mengingati semua moment bersamanya. Bolehkah aku kembali seperti ini lagi? Bagaimana kalau aku jujur saja dengannya?
Takkan aku mahu memberi tahu yang kami pernah kenal dan masa diputarkan semua menjadikan dia tidak lagi mengenali aku?
Atau aku jujur saja pekerjaan aku kepadanya , adakah dia masih lagi akan membenciku?
Arhhhhh. Gila lah aku macam ni.
Aku dah pilih jalan untuk jauhi dia tapi kenapa aku pula yang tidak tenang ni.Mungkin ini adalah ujian.
Aku cuba untuk memejamkan mata lagi sambil terbayang wajah First, mungkin ini cara untuk menghilangkan rasa rindu itu.
Esoknya aku berfikir untuk keluar berjalan di sekitar bandar untuk mengambil angin dan tenangkan fikiran.
Dalam beberapa minit sudah aku berjalan.
Aku memberhentikan perjalanan aku untuk melintas ke seberang jalan. Sambil berdiri menunggu lampu bertukar hijau.Tiba tiba ada seseorang yang berdiri di sebelah aku. Aku menoleh ke arahnya.
Terkejutnya aku selepas melihat lelaki itu adalah First.
Dia masih seperti dirinya, memasang earphone di telinga adalah satu perkara yang sering dilakukannya.
Sambil melihatnya aku terfikir patutkah aku menegurnya atau hanya terdiam melihat.
Beberapa minit aku termenung ke arahnya, dia mengalihkan pandangannya ke arah aku. Kami sedang memandang antara aatu sama lain.
Jantung aku mula berdebar debar.
Dia masih kenal aku lagi ke? Itulah soalan yang bermain main di minda aku.
First membuka earphone di telinganya.
"Ye?" Satu perkataan dikeluarkan dari mulutnya. Aku terbangun dari lamunan itu dan memberikan senyuman sambil menggeleng kepala.
Dia hanya tersenyum dan kami berdua berpaling semula ke hadapan.
Ya, dia memang tidak kenal aku. Kalau betul dia kenal , mana mungkin dia masih lagi tersenyum begitu padaku selepas apa yang jadi.
Lampu sudah pun bertukar menjadi hijau. Masing masing mula melangkah kaki menuju ke destinasi yang mereka tuju, begitu juga First yang sudah berjalan mendahului aku.
Aku melihat ke arahnya yang semakin hilang dari pandangan itu.
Entah kenapa aku berasa gembira, aku masih lagi tidak boleh berhenti dari terus tersenyum. Mungkin aku gembira kerana dapat berjumpanya lagi.
Hanya dapat mendengar suaranya saja sudah membuat aku hilang sedikit rasa rindu itu.
Terasa seperti bagus juga dia tidak mengenali aku. Sekurang kurangnya aku dapat melihat senyumannya lagi.
Haih ke manalah agaknya dia mahu pergi , jaga diri.
YOU ARE READING
SAME PLACE AGAIN (FIRST + KHAO)
AcakTerlihat seorang lelaki yang sedang melihat ke arah jam di tangannya dan melihat semula ke arah bas stop. Sudah beberapa jam dia menunggu akhirnya dia beredar dari situ. Keesokan harinya dia datang lagi di tempat yang sama. Terlihat senyuman teruki...