EP.10 MEET AGAIN

70 10 0
                                    

FIRST POV

Aku berjalan menuju ke tempat dimana aku mahu berjumpa bersama Ohm. Sebenarnya Ohm mahu datang menjemput aku di depan rumah, tapi aku menolaknya, biasalah aku ni lebih suka menikmati berjalan di bandar lagi dari naik kereta.

Sambil aku berjalan jalan , lelaki tadi tiba tiba muncul di fikiranku.

Pelik betul aku , kenapa dia termenung melihat wajahku , bila ditanyakan kenapa hanya tersenyum dan menggeleng kepala saja.

Mungkin dia tidak pernah melihat lelaki yang sekacak aku kot.(⁠~⁠‾⁠▿⁠‾⁠)⁠~

Tiba sahaja aku di sebuah restoran, aku masuk dan mencari kelibat Ohm.

Aku melabuhkan punggung di kerusi yang berdepan dengan Ohm. Ohm melihat ke arah aku dan tersenyum.

"Pehal kau senyum senyum" kata aku lalu meminum air yang ada di atas meja.

"Eh ikut sedap tekak kau je hah minum air aku" kata Ohm yang menarik semula gelas air itu.

"Oder lain la , ini aku punya" kata Ohm lagi

"Kau belanja" kata aku yang tersenyum dan pergi membuat pesanan air.

Alasan kenapa kami berdua mahu berjumpa adalah, saja mahu lepak.

Kami berdua selalu sangat bekerja sampai tidak ada masa melepak bersama. Nak juga lepak santai sambil borak borak kan.

Sedang leka berborak , aku pun menceritakan hal yang terjadi sewaktu aku mahu melintas jalan tadi.

" Tadi aku otw datang sini , nak lintas jalan. Ada la sorang ni , dia usya je aku. Lama gak dia usya, bila aku tanya asal, dia senyum je"

"Ha dia suka kau la tu, cena cantik tak?" Soal Ohm pula sambil mengangkat sebelah keningnya dan tersenyum.

"Banyak la kau cantik , lelaki" kata aku pula lalu minum air. Selepas mendengarnya, Ohm ketawa dan sambung mengusik aku.

"Ala ok la tu , handsome? Hahha" usik Ohm lagi.

"Hm boleh lah" kata aku pula lalu ketawa.

Sejujurnya aku tidak kisah sangat pasal gander ni. Hmm aku pun terasa seperti aku seorang gay , sejak aku berasa tidak tertarik dengan mana mana perempuan.

Hari pun sudah gelap Ohm berkeras mahu menghantar aku pulang. Aku hanya bersetuju saja. Aku pun malas berjalan , maklumlah kenyang sangat , pikir nak tidur saja.

Sampai sahaja di rumah , seperti bias baring lah. Ma juga mungkin sudah tidur pada waktu begini. Pa pula , lantak dia lah. Aku mana pernah mengambil kisah tentangnya.

Kalau hidup, hiduplah. Kalau mati, matilah.
Apa aku peduli.

====================================

Seperti biasa rutin harian aku , pergi kerja dan balik dari kerja.

Tetapi hari ini aku singgah di 7eleven berdekatan yang baru dibuka untuk membeli sedikit jajan. Sampai sahaja di depan pintu kedai itu.

Aku melihat ke arah kanan aku , terlihat satu bangunan casino yang tidak berapa jauh dari kedai yang aku sedang berdiri ini. Aku melihat ke arahnya untuk beberapa saat.

Mengapa aku berasa seperti ada sesuatu yang telah jadi disini? Sesuatu yang pelik dapat di rasai aku. Namun aku tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Mungkin aku pernah ke sini? Sebelum ini

Deja vu?

Aku mengabaikan perasaan itu dan masuk ke dalam kedai.

Sampai saja di rumah , selepas membersihkan diri. Aku pun berbaring untuk tidur.

Aku kini berada di pantai , mengambil angin dan rehatkan badan , tetapi bukan berseorangan. Aku bersama dengan seorang lelaki.

Kami berdua berbual dan ketawa bersama , sudah lama aku tidak berasa seperti ini.
Hari ini adalah hari yang paling indah bagiku.

Aku berasa sangat selesa berada disisinya.
Aku menoleh ke sebelah untuk melihat wajah lelaki itu.

SAME PLACE AGAIN (FIRST + KHAO)Where stories live. Discover now