LIVE FOREVER IN EACH OTHERS EYES

117 11 0
                                    

Hari ini seperti biasa First yang menunggu bas. Tetapi tidak memasang earphone di telinganya kerana ingin mendengar bunyi hujan pada malam ini.

Dia menoleh ke arah tepi dan terlihat Khao yang sedang memegang payung berdiri memandangnya. First hanya memandangnya sehinggalah Khao melepaskan payung itu dan mula menangis.

First berjalan menuju ke arah Khao dan memberikan satu pelukan. Mereka berpeluk dengan sangat erat. Khao menangis sepuasnya di bahu First. Setelah lamanya dia menahan namun dia melepaskannya juga pada First.

Mereka berpeluk di bawah hujan dan baju mereka juga turut basah kuyup.

"Aku buka pusat casino" kata Khao.

"Pa aku kaki judi. Aku benci dia, aku tak peduli pun dengan dia." Kata First. Khao memandang ke arah First. Begitu juga First yang menoleh ke sebelah melihat wajah Khao.

"Dia dah berubah. Macam tak percaya, tapi" kata First lagi. Sekali lagi Khao yang mahu menitiskan air matanya. First memeluknya sekali lagi.

"Aku tak boleh" kata Khao sambil menangis.

"Boleh tak kali ni kau jangan lari tinggal aku macam sebelum ni? Sekurangnya bagitahu aku dulu." Kata First. Aku merelaikan pelukan itu dan melihat tepat ke arah wajah First.

Aku memegang wajahnya dengan kedua belah tangan.

Aku mencium bibirnya. First membalas ciuman aku.

====================================

FIRST POV

Aku membuka mata dan terlihat wajah Khao yang masih tidur di sebelahku.

Aku tersenyum kerana ini adalah bukan mimpi. Terlihat Khao membuka matanya dan melemparkan senyuman kepada aku.

Aku mencium dahinya dan mengusap lembut pipinya.

Khao memeluk aku lalu aku mengusap lembut rambutnya.

"Aku dah tau sape lelaki yang ada dalam mimpi aku selama ni" kata aku sambil melihat Khao . Khao tersenyum dan mencium aku di pipi dan bibir. Aku membalas ciuman itu sambil memeluknya dengan erat sekali.

Kali ini aku tidak mahu Khao meninggalkan aku lagi. Kami menghabiskan masa beberapa minit dengan berpelukan di katil.

Masing masing tidak mahu merasa kehilangan lagi. Cukup lah kami melalui banyak perkara yang menyakitkan.

Aku memeluk Khao dari belakang yang sedang menyiapkan makanan.

"Pandai pulak kau masak" tegur aku. Khao menunjukkan satu hidangan yang sudah hangit sambil tersenyum menampakkan kesemua giginya.

Aku tidak tahu apa itu kerana terlalu hangit , daging? ¯⁠\⁠_⁠༼⁠ ⁠ಥ⁠ ⁠‿⁠ ⁠ಥ⁠ ⁠༽⁠_⁠/⁠¯

"Yang ni tak boleh makan ,tapi yang ni aku harap boleh makan lah" usik aku sambil menunjukkan makanan yang ada di atas meja . Khao hanya ketawa.

KHAO POV

Macam tidak percaya saja First sedang duduk di depan aku dan kami bersama sekarang. Aku tersenyum melihat ke arahnya.

Akhirnya semua baik baik saja. Perasaan menyesal aku pun telah hilang dan aku berasa yang aku melakukan yang terbaik.

Kami menikmati makan tengah hari bersama dan menghabiskan waktu bersama sehingga malam.

Aku menghantar First pulang ke rumahnya.

"Rasanya kita kena tinggal bersama lepas". First melihat ke arah aku yang berdiri dihadapannya

"I will miss you forever" kata aku lagi. First memberikan senyuman manis kepada aku lalu

mencium pipi aku.

Selepas saja Khao beredar pergi. First melangkah kakinya ke dalam rumah. Terlihat ma dan pa melihat ke arahnya dengan riak wajah yang marah.

"Pa dengan ma nampak semuanya" kata pa kepadanya. First sudah terlihat gementar.

"Apa semua ni First!?" Soal pa kepadanya . First hanya terdiam.

"Kenapa kamu tak ajak teman lelaki kamu yang kacak tu masuk? Kami jugak nak jumpa dengan dia" kata ma yang tersenyum. Terkejut First selepas mendengarnya.

"Pa.. dengan ma.."

"Apa yang buat kamu bahagia. Itulah kebahagiaan buat kami juga" kata pa dan memeluk First. Begitu juga ma, mereka berpelukan dengan sangat erat.

====================================

Mereka kini berada di bas stop. Tetapi bukan untuk menunggu bas tetapi mengenangkan semula semua yang terjadi disini.

Di sini lah dimana mereka bertemu buat kali pertama dan di sini juga lah mereka kembali bertemu.

Inilah tempat yang telah menyatukan mereka.

Mereka melihat antara satu sama lain sambil tersenyum dan memegang tangan dengan erat.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


                                                                        - END -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- END -

SAME PLACE AGAIN (FIRST + KHAO)Where stories live. Discover now