"Aku nak tanya sikit, boleh?" - dengan secara tiba- tiba nya Fareez menyoal Dania yang sedang ralit membaca novel di hadapannya
"Ha? Apa dia?" - hampir tercekik jugaklah Dania ketika itu yang baru sahaja memasukkan kek Cheesecake yang di pesannya tadi ke dalam mulut
"Kenapa kau suka tolong orang?" - soal Fareez yang dari tadi tertanya tanya
"Simple, kalau saya nampak orang yang memerlukan bantuan then i'll help" - ringkas Dania terangkan
"Kau tak rasa rugi ke tolong diorang tu?" - masih tertanya tanya kenapa ada perempuan yang baik dan masih mengambil perhatian tentang keadaan sekeliling
"Tak, Bagi saya kalau ada niat dalam hati nak tolong then teruskan jelah tapi mak saya cakap kalau tak mampu nak tolong kita pandang tepat dekat arah mata dia yang memerlukan bantuan tu lepastu kita doa supaya rezeki dia berlimpah ruah lepasni. Manatau tiba tiba ada CEO syarikat tolong dia ke..." - Panjang lebar hujah yang dibuat oleh Dania
Hampir sahaja Fareez tersedak selepas dengar ayat di belakang itu "Manatau tiba tiba ada CEO syarikat tolong dia ke". Sudahlah dia sedang menghirup Espresso tiba tiba tersentap seketika
Fareez tidak membalas pernyataan Dania malah dia hanya senyum kerana tidak sangka dengan ayat yang keluar daripada mulut perempuan di hadapannya itu.Tetapi ada sesuatu yang dia memikirkan pada waktu itu...
Sedang kedua- dua mereka sibuk membuat hal masing masing, Kring kring telefon pintar milik Dania berdering. Tanpa memperdulikan jejaka didepannya itu dia terus mengangkat panggilan selepas tersenyum melihat paparan di screen menunjukkan nama "Ibu"
"Waalaikumsalam ya ibu. Sihat Alhamdulillah"
Sedang asyik menelefon ibunya tiba tiba Dania lupa yang hari ini adalah hari jadi abangnya itu dan dia bercadang untuk membeli hadiah. Sudahlah dah cecah pukul 3 petang dan abangnya itu akan sampai ke rumah dalam kira kira pukul 4:00."Okay okay ibu, Dania balik sekarang yaa. Assalamualaikum..." - cepat cepat Dania mematikan perbualan antara dia dan ibunya itu
Dengan segara, Dania menyapa jejaka didepannya itu "Saya nak balik dulu ya, Urgent sikit" - sambil mata menghalakan ke arah lelaki yang dari tadi matanya tak lepas daripada screen laptop
Macam biasa, Fareez hanya melakarkan senyuman sekaligus melambaikan tangan tanda perpisahan antara mereka berdua untuk hari ini. Dania tanpa terlengah lengah terus berjalan dengan kadar segera di kaunter pembayaran kerana ingin membayar untuk makanan tadi
"Aaa kira ya semua tadi termasuk dengan adik tu punya kek" - ujar Dania kepada pekerja lelaki tadi
"Oh miss, Takpe dah ada orang baik macam awak bayarkan..." - jelas pekerja itu dengan sopan
"Siapa?" - terkesima juga Dania. Siapa pulak yang rajin bayarkan ni?
"Orang empunya badan tu tidak mahu identiti dia diketahui oleh cik, jadi saya tak boleh bagitahu. Maaf ya" - Jelas lagi pekerja itu walaupun dia tahu orang yang bayarkan untuk Dania ni orang yang dekat juga dengan Dania
"Haa okay kalau macam tu sekejap ya" - Terpinga pinga Dania mengeluarkan buku catatan daripada sling bag nya lalu mengoyakkan sehelai kertas itu. Satu pen di ambil dan menulis dalam kertas itu Terima kasih semoga awak dimurahkan rezeki dengan lukisan smile di hujung ayat itu
Dia pun mengambil gula gula daripada sling bag nya dan menghulurkan kepada pekerja tadi sekali dengan kertas yang ditulisnya itu
"Nah, kalau awak jumpa dengan lelaki yang bayarkan untuk saya ni bagi dia ya" - nyata Dania dengan senyuman
"Oh, Alright then" - tersenyum pekerja itu melihat gelagat Dania yang agak gelabah di depannya itu
Dania pun pergi meninggalkan cafe tersebut dan pecut ke arah Mall berdekatan untuk membeli hadiah hari jadi abangnya. Dia sudah rancang untuk membeli kemeja, alat alatan menulis dan melakar sesuai untuk abangnya yang kerja sebagai Architect di sesebuah syarikat itu
Selesai minum Espresso dititik yang terakhir, Fareez pun bercadang untuk beredar dari cafe ke pejabatnya semula tapi tidak dalam kadar yang segera. Kerana cafe ini terletak bawah daripada syarikatnya jadi mudah. Dan cafe ini jugak kepunyaan kawan baik nya dari sekolah menengah lagi jadi tidak jadi hal lah kalau dia borong satu cafe kawan dia ni pun hahaha
Tapi hari ini dia pelik tidak nampak kelibat kawannya itu. Kemana agaknya budak bertuah tu pergi waktu waktu macam ni?
"Hi Tengku, Dah nak balik ke pejabat ke?" - tanya pekerja lelaki yang sama menyapa Dania dari awal tadi
"Hmm" - dengan renungan kosong dihalakan ke arah pekerja lelaki itu. Bukan apa dia cuma tak suka bercakap jika bukan hal penting
"Ni mana si Haziq?" - soal Fareez kepada lelaki didepan dia itu
"Oh Encik Haziq dia tak masuk kerja harini, katanya ada hal nak selesaikan" - Haziq ni owner cafe ni merangkap kawan baik si Fareez dan Qayyum. Memang diorang 3 sekawan dan berita baik buat para gadis diluar sana, semuanya single hehe
Oh mungkin tidak bagi seseorang itu...
YOU ARE READING
[C] Tengku Fareez Mikhael
Romance[1st Series] Tengku Fareez Mikhael Dania Melissa "kenapa kau suka tolong orang?" - Tengku Fareez "Simple, kalau saya nampak orang yang memerlukan bantuan then i'll help" - Dania Melissa "kalau aku nak mintak tolong kau, kau nak tolong?" - Tengku Far...