Chapter 5

10.5K 429 15
                                    

Ketika suasana agak sepi sementara menunggu Dania, Adam mencetuskan kesepian itu

"Abang" - panggil Adam sambil menepuk bahu Fareez lembut

"Yes? Anything little boy?" - tanya Fareez

"Abang ni boyfriend akak tu eh?" - soal Adam dengan senyuman lebar. Dah kenapa pulak budak ni

"Erk.... Abang sebenarnya ......" - terkaku Fareez nak menjawab. Entah kenapa susah sangat nak cakap yang dia dengan Dania cuma orang asing dan dia hanya tumpang duduk di meja Dania sahaja

"Haa kan betul abang ni boyfriend akak!" - senyum lebar Adam ke arah Fareez yang memerah mukanya sekejap

"Kenapa?" - soal Fareez semula ke arah Adam. Dia nak tahu kenapa budak lelaki itu tanya secara spontan

"Abang beruntung tau dapat girlfriend macam akak tu, dahlaa baik" - kata Adam

"Kalau abang nak tahu, tadi akak tu lah yang belanja Adam makan kek Chocolate. Tu pun Adam tahu yang akak tu saje je cakap yang dia
tak boleh refund balik kek tu. Akak tu cakap dia tersalah order tapi Adam tau mesti dia kesiankan Adam sebab tu dia bagi" - cerita Adam panjang lebar

"Oh sampai macam tu akak tu nak belanja?" - saja Fareez tanya untuk berbual lebih dengan budak bijak tu

"Yaaa betul, Adam tak tipu tau abang."
"Adam doakan supaya akak dan abang dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang berpanjangan aminnn" - Adam berdoa sambil menadah tangan di depan Fareez

Fareez entah kenapa rasa suka melihat gelagat budak kecil itu

Tiba- tiba Dania pun sampai di meja makan
Terkejut juga dia sebab Adam berbual dengan lelaki asing itu

"Nah Adam" - dihulurkan kotak makanan ke arah Adam yang berisi kek chocolate

"Eh apa ni kak?" - Adam keliru kenapa Dania memberikan dia kotak makanan

"Kek Chocolate, Adam ambil yaa bawak balik makan" - senyum Dania

"Eh akak susah susah jee, Adam dahlaa susahkan akak tadi" - rasa malu kian menyusuri Adam sebab tadi Dania pun belanja dia ,ni suruh bawak balik pulak

"Lah takpelaa, Adam ambik ni makan kat rumah yaa, tak susah pun - dihulurkan ke tangan kecil itu

"Terima kasih akakk!!!" - tak mampu mengeluarkan kata kata lain lagi selain daripada terima kasih Adam terhadap Dania yang baik itu

"Sama sama" - senyum manis dania

"Ya allah, kau murahkanlah rezeki akak ni dan bagilah akak dan abang ni akan kawen serta bahagia didunia dan diakhirat Aminnnn" - doa Adam sambil menadah tangan, itu sahaja dia mampu lakukan

Jelas terkejut di wajah Dania mahupun Fareez pada ketika itu kerana Adam mendoakan agar mereka akan kahwin dan bahagia didunia dan diakhirat bersama
like waeee

"Eh, ermm" - tak terkata Dania untuk membantah doa terakhir Adam tadi

Fareez juga turut berpandangan dengan Dania

"Oklah akak abang, Adam nak balik dulu tau" - ujar Adam kepada Dania dan Fareez

"Okay bye jalan elok elok Assalamualaikum" - kata Dania sambil melambai ke arah budak kecil itu

"Assalamualaikum" - kali ini Fareez pula bersuara sambil melambai ke arah budak kecil itu

Suara penuh aura ditayangkan

"Waalaikumsalam" - Adam sambut lambaian mereka lalu bergegas pergi ke luar cafe

Selepas Adam pergi, Dania dan Fareez berpandangan. Masih tak dapat hadam apa yang di doa kan oleh budak itu tadi dengan selamba dan mereka pun sempat mengAminkan doa itu...

Lantas kedua dua melarikan pandangan kerana malu melanda

[C] Tengku Fareez MikhaelWhere stories live. Discover now