"Nantilah adik tahu sendiri, rasanya anak dia tu sekolah menengah sama dengan adik dulu tapi adik tak ingat kot" - balas Puan Aishah malas malas melihat Dania banyak tanya. Excited lah tu nak pergi kerja
Dania hanya mengukirkan senyumannya tapi dalam masa yang sama terfikir jugak siapa yang sama sekolah menengah dengan dia tu, dia memang lost memory kejap. Ah lantaklah asalkan dapat kerja sudah memadai
~Keesokkan harinya~
"Assalamualaikumm, Aishah" - Ada suara wanita dari luar rumah memanggil nama Puan Aishah"Adik bukakkan pintu tu" - Dania yang asyik menonton televisyen itu dengan memakai sweater cepat cepat mengambil tudung sarung dan disarungkannya ke kepala sebelum membuka pintu
"Yaa kejap kejap" - sahut Dania semula pada si pemberi salam di luar rumah itu
"Eh Dania?" - tersenyum wanita di luar itu sambil memandang Dania
"Eh Aunty Amalina kan?" - serious Dania sebenarnya hampir lupa wajah Aunty Amalina sebab hampir 3 tahun tak berjumpa maklumlah pergi duduk luar negara dengan anak beranak. Ni mesti baru balik
"Yelaa, sampai hati kamu tak ingat Aunty ye Dania" - Puan Amalina merangkap kawan baik ibu Dania ketika kerja dahulu membuat muka ala ala merajuk
"Mana ada Aunty, Dania ingat lah hehe" - Terpaksa tipu Dania untuk menjaga hati sahabat ibunya yang satu itu kalau tak mau merajuk takmau masuk rumah
"Masuklah Aunty , panas kat luar ni meh masuk" - jemput Dania melihat Puan Amalina yang kepanasan dengan muka kemerehan
Puan Amalina pun masuk dan terus melihat sekeliling rumah kawan baiknya itu, tak ubah macam dulu masih sama semuanya. Di sini jugaklah mereka melepak dahulu selepas habis shift kerja, ketika itu Dania baru berusia dalam 17 tahun
"Amalinnn!!!" - Menjerit kuat Puan Aishah melihat kawan baiknya itu, selalunya video call je macam biasa cerita hal harian masing masing walaupun Aunty Amalina dah balik lama dari luar negara cuma masa yang tak mengizinkan mereka berjumpa
"Ecahhh!!!" - Puan Amalina jugak tidak kalah menjerit memanggil kawannya dengan nama samaran yang sering digunakan dulu
Mereka pun berpelukkan sampai tidak perasan Dania di belakang seperti dunia itu mereka yang punya
"Lama tak jumpa kauuu, muda je kau tak ubah langsung" - pujian diberikan pada Puan Aishah
"Alah kau pun nampak muda jugak!" - ini pula pujian daripada Puan Amalina. Satu persatu pujian diberikan mereka antara satu sama lain
Dan mereka pun terus ke sofa sambil berbual bual, agak lama jugak diorang berbual yelah bagi chance lama tak jumpa. Ketika itu Dania di dapur membuat Air Ribena alang alang cuaca panas memang elok tekak meminta Air Ribena yang sejuk itu untuk masuk ke dalam tekak
"Nah, jemput minum Aunty, Ibu" - jemput Dania kepada dua orang wanita itu
"Terima kasih Dania" - senyum Aunty Amalina melihat Dania
"Ni, Dania sini duduk sekejap" - Kata Puan Amalina sambil menarik lengan Dania dipaksa juga gadis itu untuk duduk
Dania hanya mengikuti sahaja, dia tahu pasti Aunty Amalina ni ada je nak gossip tak pun tanya soalan maut
"Dania dah ada boyfriend ke?" - Jelas terpapar muka malu campur terkejut Dania di hadapan ibu dan Puan Amalina yang secara tiba tiba tanya soalan begitu. Kan dah kata soalan dia tu memang bahaya!
"Erk tak ada Aunty" - lambat lambat Dania jawab
"Alhamdulillah" - balas Puan Amalina pula sambil senyuman diberikan pada Puan Aishah yang dari tadi melihat gelagat kawannya itu. Dia tahu ada je plan nya...
"Kenapa Alhamdulillah pulak aunty?" - tertanya tanya Dania kenapa tiba tiba semua senyum dan gembira sedangkan gadis itu rasa seperti dihina apabila orang kata dia single dan tidak ada siapa mahu dia. Tapi dia tidak kesah hal jodoh
"Takdelaa boleh Aunty kenenkan dengan anak kawan Aunty, Kyle" - tersipu sipu Puan Amalina ketika sebut nama Kyle
Terus memerah muka Dania ketika itu, Kyle? Like naur
"Kenapa tak dengan anak kau je Amalin?" - soal Puan Aishah pada kawannya itu sambil memandang Dania yang dari tadi macam malas nak ambil tahu
"Ohh, Anak aku Fareez tu dia dan nak kahwin dah Insyaallah bulan depan.." - Entah kenapa ketika Puan Amalina cakap hal ini dia macam tidak berapa suka
"Oh patutlaa, Tapi Fareez tu memang handsome pon elok laa kalau nak kahwin tu.." - agak sedih suara Puan Aishah kerana memang dulu dia pernah bercadang nak kahwinkan Dania dengan Fareez anak Puan Amalina tapi apakan nasib jodoh belum sampai
"Hm tulah, Bukan kehendak aku pun tapi Fareez tu sendiri yang nak. Tu pun ada sebab..." - Jelas Puan Amalina memang ada yang tak kena tapi Puan Aishah taknak mood gembira tadi bertukar menjadi sedih
Dania hanya memandang ke arah kedua dua wanita yang awalnya ceria tiba tiba bertukar suara sedih. Why?
YOU ARE READING
[C] Tengku Fareez Mikhael
Romance[1st Series] Tengku Fareez Mikhael Dania Melissa "kenapa kau suka tolong orang?" - Tengku Fareez "Simple, kalau saya nampak orang yang memerlukan bantuan then i'll help" - Dania Melissa "kalau aku nak mintak tolong kau, kau nak tolong?" - Tengku Far...