"Haa? Abang?" - jelas terkeluar ayat itu daripada mulut Fareez. Dania pula hanya mampu menahan tawa selepas melihat Encik Dingin itu yang tiba tiba freeze macam ais akibat malu
"Yelah bro, nampak macam boyfriend er? Tak nampak ke muka kiteorang hampir sama" - jelas Danial pada Fareez yang masih tidak percaya dengan apa yang dia buat tadi. Fareez memang ada plan nak tumpahkan Espresso kat baju lelaki yang dekat dengan Dania tapi rupanya...
"Dik, Ni ke mamat yang ibu nak kenenkan dengan kau tu?" - secara mengejut Danial memberitahu perkara itu di depan Fareez. Saja nak kacau adik dia ish
Dania terus mencubit lengan abangnya kerana mulut memang main lepas je. Fareez hanya mendiamkan diri takut salah cakap apa apa hahaha insaf dah
"So, adik ipar. Bila nak lepak sekali? nanti kita pergi main golf nak?" - ajak Danial dengan selamba kepada Fareez macamlah dah kenal lama. Memang random
"Ermm, saya...." - Banyak perkara yang terlintas dalam kepala otak Fareez masatu. First, adik ipar? siapa? aku ke? dan ajak main golf? dengan aku?
"Dahlah bang kau ni merepek je, baru jumpa sekali nak aca aca adik ipar bagai, lagipun Tengku ni busy dengan projek" - tegas Dania pada abangnya itu, please jangan cakap benda yang takkan jadi kenyataan
"Saya okay je, lagipun tak banyak sangat kerja baru baru ni er...." - Fareez nak panggil abang Dania guna nama tapi dia tak tahu nama abang Dania
tergelak dulu Danial melihat Fareez yang agak gemuruh itu, "I'm Danial. Dania's brother"
Fareez hanya menganggukkan kepala sepertinya mereka boleh ngam
"Oklah Dik,Fareez. Aku nak balik dulu ada banyak kerja nak settlekan" Danial minta diri sambil melambaikan tangan dan sempat berbisik pada Fareez "Goodluck bro" dan senyum sinis
Selepas kelibat abangnya pergi, terus mata dihalakan pada lelaki yang tak asing lagi. Fareez terus mengarah Dania untuk ikut duduk di cafe untuk bincangkan hal yang tak settle sejak seminggu lepas. Dania tak dapat membantah dengan arahan yang diberikan secara paksaan itu
Mata Dania sempat dihalakan pada kawan kawan Fareez iaitu Qayyum dan Haziq sambil memberi isyarat mulut "Help me" tapi apakan daya nama pun kawan Fareez jadi mereka berdua yang duduk disitu hanya tergelak ke arah Dania. Memang tak boleh pakai
"So, Dania. Tell me why are you running away from me?" - Soal Fareez selepas membetulkan coat bajunya itu
"Erm mana ada saya lari dari siapa siapa" - Dania menjawab dengan suara yang tak meyakinkan Fareez langsung
"First, I hate people lie to me" - ujar Fareez
"Fine. Memang saya ada lari daripada Tengku sebab saya taknak Tengku ungkit balik hal lepas. Saya masih tak faham kenapa Tengku tiba tiba gunakan saya untuk gantikan tempat Cik Nadia tu" - panjang lebar Dania explain
"Aku tak pernah gunakan orang Dania, aku ikhlas nak jadikan kau isteri sah aku. Aku pun dah janji dengan diri sendiri kalau kau lah takdir yang dah dituliskan Allah Swt buat aku, Aku akan jaga kau" - redup pandangan Fareez pada Dania sepertinya kali ini memang dia jujur. Dah macam confess dalam bentuk ayat yang tak berapa romantic dah mamat ni
"Tapi, macam mana saya nak percayakan Tengku?" - soal Dania, yelah kahwin ni bukan nye macam beli ikan kat pasar beberapa bulan kalau dah busuk terus nak pulangkan balik pada peniaga ikan. Eh macam lain je perumpamaan ni tapi lantak lah
"Aku dah prove segala galanya sebenarnya. Mungkin kau je tak perasan" - nyata Fareez
"Bagi saya masa Tengku,ni bukan soal main main. Saya ada masa depan jugak" - jawab Dania
"Baik, aku bagi kau masa tapi 2 hari je" - memang saja Fareez bagi masa singkat supaya Dania gelabah
"Dua hari?!" - terkejut Dania dengar masa yang diberikan untuk membuat keputusan tu
"Ok, then what about 1 hari?" saja menyakat budak depan dia yang dah macam kene kahwin paksa dengan datuk datuk. Padahal kalau pelawaan kahwin ini ditujukan pada beberapa gadis lain pasti tanpa memikirkan dulu keputusan, para gadis di luar sana sudah mengatakan Iya. Mudah
Tapi dia tahu Dania ni bukan sebarang orang macam perempuan lain, Sebab tu dia pilih...
"Eh tak tak, 2 hari cukup Tengku.." - terus Dania bersetuju. No choice
"Okay, jumpa 2 hari nanti. Aku bagi kau cuti 2 hari jugak untuk kosongkan fikiran kau" - Tengku Fareez memang saja memberikan Dania ruang untuk berfikir lagipun cincin merisik sudah ada ditangan Puan Aishah, tak elok kalau disimpan lama lama harta orang
YOU ARE READING
[C] Tengku Fareez Mikhael
Romance[1st Series] Tengku Fareez Mikhael Dania Melissa "kenapa kau suka tolong orang?" - Tengku Fareez "Simple, kalau saya nampak orang yang memerlukan bantuan then i'll help" - Dania Melissa "kalau aku nak mintak tolong kau, kau nak tolong?" - Tengku Far...