Fareez Dan Dania pun sampai ke rumah Puan Amalina. Mereka bercadang untuk tinggal di situ sementara walaupun Fareez sudah membeli rumah terlebih dahulu, ini adalah permintaan daripada Dania sendiri kerana Dania masih tidak selesa tinggal berdua dengan lelaki. Kalau ada Puan Amalina dan Puan Aishah tak apa lagi
"Fareez, Dania dah pergi naik atas mesti penat kan seharian majlis?" - arah Puan Amalina kepada pasangan pengantin itu
"Betul tu, pergilah bersihkan diri ke apa. Biar Ibu dengan mama yang kemaskan barang barang majls tadi kat bawah ye - kini arahan daripada Puan Aishah pula
Kedua dua pasangan itu hanya mengangguk lantas memberikan senyum dan terus naik ke tingkat atas rumah banglo 3 tingkat itu. Setelah sampai, Fareez menyuruh Dania untuk masuk terlebih dahulu dan itu adalah pertama kali Dania masuk ke dalam bilik lelaki kecuali abangnya
"Kau pergi mandi dulu, pastu ambil wudhu kita solat isyak sama sama" - arah Fareez sambil membuka songkok di kepalanya dan mengaup rambut yang terjuntai ke belakang
"Okay Tengku..." - Ringkas jawapan Dania sambil itu kaki terus dihalakan ke dalam bilik mandi
Dania mengambil masa dalam 15 minit untuk mandi dan teragak agak keluar daripada pintu tandas kerana dia sudah boleh menunjukkan aurat nya pada Fareez. Tapi takkan dia nak duduk je dalam tandas tak keluar keluar
Dania pun melangkahkan kakinya keluar dari pintu tandas "Tengku, pergi lah mandi pulak" - Sapa Dania sambil tercegat depan tandas dan kepala tertunduk tunduk ke lantai
"Oh kau dah habis mandi? ingat nak duduk dalam tu sampai malam esok je" - Fareez saja menyakat Dania padahal tidak lah lama sangat pun. Fareez pun berdiri menuju ke arah tandas dan berdiri betul betul depan Dania yang masih tercegat depan pintu itu.
Fareez hanya memandang ke arah mata Dania tapi kali ini jarah nya dekat daripada tadi."Apa yang mamat ni nak berdiri depan aku ni? - dengus Dania dalam hati. Tiba tiba je mamat tu pandang dia semacam
"Tepilah, kata nak suruh orang mandi tapi block jalan. Ke kau nak teman aku mandi?" - ujar Fareez selamba. Like naurr
Dania cepat cepat menggelengkan kepala dan berlari ke arah tempat lain memberikan ruang dan jalan untuk suaminya itu mandi. Fareez tersenyum sinis melihat ada aja karenah yang nak dibuat Dania. Dia tidak menafikan, isterinya memang cantik tapi dia tidak mahu menyatakan perkara itu
Setelah habis mandi, Mereka bersiap untuk menunaikan solat isyak secara berjemaah buat pertama kali sebagai suami isteri yang sah. Malu malu Dania apabila suaminya itu menghulurkan tangan untuk bersalaman selepas solat.
Fareez pun terus melabuhkan duduknya di atas katil sambil tangan ralit memegang mouse dan mata diarahkan ke arah screen laptop. Ya, dia pergi buat kerja lepas kahwin. Tak ke gila nya adoii
Dania hanya melihat je dari jauh perangai suaminya yang sibuk membuat kerja itu, tapi oklah jugak takdelah dia awkward sangat. Asal jangan kacau dia sudah
Dania membuat keputusan untuk turun menolong apa yang patut di bawah daripada terus menerus tengok suaminya dengan dunia kerjanya sendiri. Itulah nasib berkahwin dengan CEO yang busy memanjang
"Kau nak pergi mana?" - Soal Fareez selepas nampak kaki Dania yang baru sahaja nak keluar menapak ke arah pintu
"Erk nak pergi turun tolong ibu dengan mama buat kerja.." - balas Dania, ingat suaminya itu tak perasan langsung dia ada dalam bilik tu memandangkan mata sibuk memandang arah screen tak lepas
"Tak payahlah bazir masa kau, mesti diorang suruh kau naik balik atas. Lagipun kau nak tolong apa? Kak suri kan ada boleh tolong" - jelas Fareez, dia tahu apa yang bakal Dania hadapi selepas isterinya itu turun ke bawah. Kak suri selaku pembantu rumah itu pun masih tidak meninggalkan kerjanya dari tadi
"Tak apa lah, kalau macam tu saya pergilah keluar tengok ikan ke bintang ke daripada duduk bilik..." - tiba tiba pulak Dania berani nak bangkang arahan Fareez
"Haih, dah kahwin ni tak sudi ke pandang muka suami, lagi rela tengok benda lain?" - Fareez saja tanya macam tu
"Lah, Tengku kan sibuk pandang isteri kedua Tengku tu dari tadi, then saya cari lah suami lain" - Dania semakin berani dalam berbicara. Fareez dari tadi bingung apa benda yang suami dan isteri baru ni?
"Siapa yang kau cakap ni? aku tak pahamlah kau guna perumpamaan bagai" - Fareez menggaru kepala yang tidak gatal
"Maksud saya, kan Tengku dari tadi asyik pandang ke arah screen laptop tengku tu, jadi tu lah kan isteri kedua tengku?" - Sedas Dania memberikan perlian
"Lah, Kau marah ke aku dari tadi buat kerja lepastu tak cakap dengan kau? Yelah yelah meh aku bagi attention kat kau je" - Fareez cuba memujuk Dania yang tak merajuk tu. Dia tahu dia kena perli dengan isteri sebab sibuk buat kerja
"Tak adalah, saya nak turun jugak. So tengku ada apa apa nak ke? Air ke?" - Tak ingin Dania berdiri lama lama melayan karenah suaminya itu
"Aku nak Espresso satu" - sambil tersenyum Fareez meminta
"Alright... Pakcik..." - saja Dania perlahan kan ayat yang berada diakhir itu tapi masih dapat didengari oleh Fareez
"Apa kau cakap?"
"Tak ada apa apa" - Macam biasa Dania terus lari sepantas kilat meninggalkan bilik itu
"Mana ada pakcik handsome macam aku huh" - dengus Fareez dalam hati
YOU ARE READING
[C] Tengku Fareez Mikhael
Romansa[1st Series] Tengku Fareez Mikhael Dania Melissa "kenapa kau suka tolong orang?" - Tengku Fareez "Simple, kalau saya nampak orang yang memerlukan bantuan then i'll help" - Dania Melissa "kalau aku nak mintak tolong kau, kau nak tolong?" - Tengku Far...