"Saya dengan Dania tu dah lama lost contact sejak dia pindah sekolah, tapi saya call mak dia and mak dia cakap dia kerja sini that's why im here. Why lah aunty Aishah tak cakap apa apa" - bingung Fatin sebab tak ada sesiapa bagitau dia
Secara tiba tiba Qayyum datang ke arah Fatin, membuatkan Haziq rasa tak keruan like this is my jodoh not yours😩
"Yes Cik ada apa apa boleh saya bantu? - tanya Qayyum
"Aaa saya cari Dania tapi Encik ni cakap Dania tak masuk kerja sebab baru kahwin, betul ke?"
"Oh yes memang betul pun, kami sendiri tak tahu bila diorang akan masuk kerja. Maklumlah nak honeymoon" - jelas Qayyum
"Ok then kalau macam tu saya gerak dulu. Thanks for the info guys" - Fatin mengucapkan terima kasih pada kedua dua jejaka yang berada depannya itu
Fatin baru sahaja nak pergi meninggalkan tempat itu secara tiba tiba Haziq menghalang jalan Fatin
"Yes?" - tanya Fatin
"Boleh saya dapat number phone Cik? Jangan fikir bukan bukan just saya nak inform kat Cik je kalau Dania ada masuk kerja" - jelas Haziq dengan detail, taknak Fatin salah anggap terhadap dirinya
"Oh boleh boleh" - Fatin pun memberi nombor telefon nya kepada Haziq
"Nak save apa ni?" - tanya Haziq dalam pada masa yang sama dia memang nak tahu siapa nama Cik gadis yang manis depan nya ini
"Fatin"
"Okay then Cik Fatin"
"Okay saya gerak dulu ya, dah lambat" - kata Fatin terburu buru nak ke tempat kerja
Haziq pun melambaikan tangan ke arah Fatin ala ala cool dan melihat Fatin sampai kelibat perempuan itu hilang
"Amboi, menggeletis ye kau" - Kata Qayyum
"Hahaha adakah ini first step aku?" - sambil itu Haziq saja show off telefon nya ke arah Qayyum kononya dia sudah dapat apa yang dia nak
Qayyum hanya menggelengkan kepala, dia tidak kesah pon dengan hal tu saja nak kacau Haziq yang sibuk nak girlfriend lepas tengok kawannya sorang tu dah kahwin
"Perangai, perangai"
__________________________
"Tengku nak makan ice cream tak?" - tanya Dania yang agak comot muka nya dari tadi makan ice cream tak henti. Maklumlah tu kegemaran dia. Bende manis termasuk suaminya eh lah
"Taknak lah, I dont eat sweet stuff" - balas Fareez yang dari tadi tengok je Dania makan. Apa lah sedap sangat nak dibandingkan dengan Espresso dia ni
"Ohh, rugi nya awak. Sedap tau" - saja Dania buat muka riak depan Fareez yang kerjanya minum Espresso je. Tapi nasib muka tak berubah pahit hehe
Selepas nampak kesan comot pada pipi Dania, Fareez pun kesatkan kesan comot tu dengan hanya menggunakan ibu jarinya. Dan terus dimasukkan ke dalam mulut. Dania pun terbeliak mata nya buat kali ke berapa tak tahu lah tapi tindakan apa yang suaminya baru sahaja buat tu
"Hm Not bad, Kenapa kau pandang aku macam tu?" - tanya Fareez buat buat tanya
"Kenapa pakcik makan yang sisa kat pipi saya? makanlah ni yang ada dalam cawan punya" - Dania pun terkejut
"Aku tak makan banyak benda manis, sikit je nak rasa" - saja Fareez cover dirinya
Dania pun sambung makan ice cream tu tapi kejadian tadi tetap tak boleh lupa, How cant? malu do
"Ni, aku nak tanya kau sikit" - Fareez mulakan perbualan antara mereka
"Apa dia?" - tanya Dania, tiba tiba je Fareez tu
"Kenapa kau panggil aku pakcik? nampak aku ni tua sangat ke? padahal kita sama umur..- Soalan random itu cukup membuatkan Dania tersengih dari tadi
"Oh tu rupanya yang awak nak tanya" - senyuman masih di bibir Dania
"Ha kenapa?"
"Tak ada, saje je". Lepas tak dengar respond daripada Fareez, Dania pun menjelaskan dengan lebih detail
"Sebab Tengku tu ada ciri ciri pakcik" - kata Dania
"Apa ciri ciri pakcik yang ada kat aku?" - sibuk tanya lagi
"Yelah, Tengku kan tak suka benda manis padahal batch kita boleh dikatakan masih fresh dan muda kot. Also, Tengku lagi prefer baca buku buku berkaitan perniagaan haa macam pakcik pakcik lah tu" - Jelas Dania sambil bergelak tawa
"Sebab tu je? Huh mana ada pakcik handsome macam aku. Dah stop calling me pakcik karang orang fikir betul aku pakcik kau lepastu lelaki kat luar tu sibuk nak ngorat kau" - Dania agak terkejut dengan pengakuan suaminya seperti jealous apabila lelaki dekat dengan dia
"Then saya panggil Tengku lah"
"No! Tengku and Pakcik not allowed or else aku akan denda kau kalau kau panggil aku macam tu.." - Ukir senyuman sinis dihujung bibir Fareez membuatkan Dania akan lebih berhati hati apabila memanggil suaminya itu
"Then, nak panggil apa pulak?"
"Suka hati kau lah, kalau isteri create nama panggilan untuk suami dia baru macam special" - Nampak gayanya memang Fareez nak nama panggilan dari Dania
"Ok biar saya fikir, kalau Fareez tak boleh sebab kawan kawan awak semua panggil Fareez. Reez pun tak boleh sebab mama awak, Qayyum and Haziq panggil nama tu. So Fareez is out."
"What about Mikhael?" - Tanya Dania
"Why mikhael?"
"Sebab saya tak pernah dengar lagi orang panggil awak Mikhael padahal nama tu pun handsome jugak" - Ujar Dania. Hairan nama belakang suaminya itu seperti tiada function
"Cakap jelah kau nak puji aku handsome, tak payah aca aca cakap nama Mikhael tu handsome" - Saja Fareez menyakat Dania yang terus tak jadi nak bagi nama panggilan tu. Perasan betul suaminya
Dania hanya menjulingkan matanya ke atas tanda menyampah
"Haaa saya tahu! Saya panggil awak Mika lah" - tiba tiba idea tu muncul daripada kepala Dania
"Mika? Ish tak nak aku, bukan ke Mika tu nama anjing dalam cerita cartoon?" - Jelas Fareez terkejut isterinya bagai nak samakan dia dengan anjing
"Haa? apa awak merepek ni? mana ada cartoon nama anjing dia Mika..." - Jangan main main, Dania ni penonton setia cartoon dari dulu. Bila masa ada nama anjing Mika
"Adalah, alaa cite dia yang ada donald duck lah apa semua tu, tak ingat lah aku nama dia" - Jawab Fareez yang yakin dengan kenyataan nya tadi
"WOII TU MICKEY LAHH MICKEYY!!😭😭, Bukan Mika lepastu Mickey tu bukan Anjing adoii lah awak ni" - stres Dania apabila baru dapat tahu cartoon apa yang dimaksudkan suaminya. Dahlaa salah
YOU ARE READING
[C] Tengku Fareez Mikhael
Romansa[1st Series] Tengku Fareez Mikhael Dania Melissa "kenapa kau suka tolong orang?" - Tengku Fareez "Simple, kalau saya nampak orang yang memerlukan bantuan then i'll help" - Dania Melissa "kalau aku nak mintak tolong kau, kau nak tolong?" - Tengku Far...