Chapter 30

8.8K 295 5
                                    

"Eh salah eh Hahahahahaha mana aku nak ingat" - Mereka menghamburkan tawa yang agak kuat

"Salah laa Cik Abang oii, Nama anjing dia tu Pluto" - Jelas Dania pada suaminya yang ingat ingat lupa tu. Haa kan pakcik namanya

"Sebab tu saya nak panggil awak pakcik, sebab awak ingat ingat lupa" - Fareez terus menjeling Dania tajam, dia lupa ke kalau dia panggil lagi suaminya tu dengan gelaran pakcik akan dikenakan denda

Tiba tiba Dania perasan Fareez dah tengok dia semacam dan barulah otak dia teringat yang dia tak boleh panggil Fareez "Pakcik" kalau tak kena denda terus dia cepat cepat tutup mulut dengan kedua dua tangan kecil tu

"Sorry sorry, bagilah chance hehe" - Kata Dania kepada Fareez yang tengok je isterinya tu

"Oklah Mika eh awak, sebab Mika tu macam comel sikit"

"Tulah masalahnya, Kenapa nama tu comel sangat buatnya kalau kawan aku dengar kan aku dah malu" - Fareez mula memikirkan jika nama itu digunakan sebagai nama panggilan nya daripada isteri setiap hari. Naurr

"Hahahaha tak apalah, saya panggil nama Mika tu kat rumah je, kat office macam biasa okay?" - Dania dah malas nak cari nama panggilan untuk suaminya yang kuat cerewet tu

"Ok lah, aku tak payah nak pikir macam kau pun dah terus ada idea tau" - Riak diwajah Fareez

"Ha apa dia?"

"Nia."

"Nia?"

"Haa, kenapa tak okay ke?" - tanya Dania

"Eh, saya apa apa pon tak kesah" - jelas Dania, jujur dia memang tak memilih tentang hal remeh temeh macam ni

Fareez hanya mengangguk dan sambung hirup Espresso di tangan nya

____________________________

~Ketika di cafe~

"Melissa!!" - jerit si pemanggil itu dari jauh
"Fatinnn!" - Dania mula menyahut kembali selepas dapat tahu yang memanggilnya tadi adalah kawan baik dia ketika zaman sekolah

"Wey lama tak jumpa kau. Rinduu!!" - ujar Fatin

"Samalaaa! Aku pun rindu kau gilaa, last jumpa masa form 5 kan?" - Teruja dia apabila dapat jumpa kembali dengan Dania Melissa kawan baiknya. Nasib baiklah Haziq yang tolong dia ehem hehe

Mereka pun berbual dekat beberapa jam di cafe milik Haziq, yelah dah lama kot tak jumpa mesti banyak benda nak story lagi lagi pasal Dania yang tiba tiba je dah kahwin, dengan ex crush Fatin pulak tu!

"Eh tapi kau sampai hati en tak ajak aku pergi kenduri kau, aca je dulu cakap nak aku jadi pengapit lah bridesmaids lah. Ni apa pon tak jadi" - jeling Fatin kepada kawannya yang sudah berstatuskan kepunyaan orang

"Alah sorry laa, aku mana ada number phone kau lagi pun aku dengan Fareez mana ada buat kenduri besar besaran lagi, yang tu just nikah and kenduri doa selamat sikit je"- Memang ada dalam perancangan Fareez dan Dania untuk buat majlis kahwin lebih mewah lagi di hotel tapi masing masing sibuk jadi belum masanya lagi

"Dahlaa kahwin dengan ex crush aku, sabo jelaa" - sempat Fatin berikan jelingan gurauan pada Dania. Dania hanya mengukirkan senyuman serba salah pada sahabat karibnya itu

"Anyway yang majlis tu kau memang kena ajak aku tak kira apa pun jadi ye Puan Dania... Aku nak jadi orang pertama yang dapat surat jemputan kau" - jelas Fatin supaya kawan dia tu lebih mengingati dia

"Baiklah Cik Fatin oii, tapi entah entah masatu kau dah tak jadi Cik dah hehehe" saja Dania menyakat kawannya yang masih belum kahwin itu

"Eh kau, aku bukannya cantik macam kau. Hmm agak agak aku jadi anak dara tua ke eh..." - Fatin agak cemburu melihat kawannya itu sudahpun kahwin sedangkan dia masih keseorangan. Dia trauma untuk jatuh cinta sejak kejadian di sekolah dulu dan lebih berhati hati

"Alololo mulalah nak sedih, ini lah masalah kau dari dulu suka insecure. Tapi aku rasa aku dah jumpa jodoh kau lah atin" - Tergamam Fatin bila tiba tiba Dania pulak yang tahu jodoh dia sedangkan dia mana ada teman lelaki

"Haa? siapa pulak?"

"H.A.Z.I.Q" - Dania mengeja satu persatu nama itu supaya tak ada sesiapa dengar. Maklumlah diorang tengah lepak kat cafe Haziq, buatnya mamat tu muncul mau lari marathon Fatin

"WOI, aku dengan haziq tu mana ada apa apa.." - Fatin terus melontarkan suaranya agak kuat sebab terkejut. Dania hanya mampu gelak je melihat kawannya yang dari tadi blushing

"Yes? Did anyone call me just now?" - Haa sudah Haziq yang entah dari mana datangnya terus muncul sebelah Fatin

"Erk n-no one call you.." - Fatin dah tak mampu menahan malu

"Ni Fatin yang panggil awak haziq, katanya nak lepak dengan awak lepasni" - Dania lantas menyusun ayat baik supaya haziq mendekati Fatin. Dania memang suka kenenkan Fatin dengan Haziq tu

"Eh ka-kau ni memandai je en.." - Fatin yang tadinya seperti mak harimau terus berubah sekelip mata menjadi anak kucing, betulah orang cakap kalau kita suka seseorang mesti akan tukar personaliti

"Oh, saya okay je nak lepak dengan Cik Fatin. Hari hari pun boleh tapi ada orang tu macam tak sudi je Puan Dania hmm.." - Haziq sengaja buat Fatin rasa bersalah. Pandai lelaki tu pancing dengan cara macam tu

"Eh saya pun okay je.." - Fatin terus mengaku. Dia memang nak cuba keluar dengan Haziq sebab haziq macam lain daripada lelaki yang lain. Softspoken pun iya juga

Fatin dan Haziq pun memandang antara satu sama lain dekat 1 minit jugaklah, aca aca awkward pulak dua orang ni depan Dania

"Oklah kalau macam tu, i don't want to disturb you guys lama lama sangat, lagipun saya ada tugas nak buat kat rumah. So Haziq and Fatin goodluck!" - Dania saja mahu meninggalkan bakal pasangan kekasih itu supaya mereka boleh mengenal diri masing masing. Jap, bakal ke atau memang pasangan kekasih? hehehe

Fatin pun menjeling tajam ke arah Dania sebab dia tahu plan kawannya sorang itu dan Haziq mengenyitkan mata pada Dania seperti memberi signal "Thank you". Dania pun bangun daripada tempat duduk dan terus berjalan keluar daripada syarikat suaminya itu

[C] Tengku Fareez MikhaelWhere stories live. Discover now