"Ibu,mama,"- panggil Dania kepada kedua dua wanita itu yang sedang rancak berbual sambil membasuh pinggan
Lantas kedua dua wanita itu memusingkan kepala ke belakang
"Eh Dania kamu buat apa turun?" - Tanya Puan Amalina pada menantunya. Ceh dah jadi menantu dah
"Saja nak tengok ada apa apa ke boleh tolong" - jawab Dania
"Lah tak payahlaa turun, kan baru je pagi tadi kahwin. Tu tengok inai kat tangan tu pun belum hilang lagi" - Kalini Puan Aishah pula bersuara. Ada pula pengantin baru turun malam malam macam ni
"Dah Dania kamu naik balik atas, pergilah urut badan Fareez ke borak dengan dia ke hehehe" - saja Puan Amalina menyakat adoii lah. Nak dekat dengan pakcik tu pun tak ingin dia
"Eh apa pulak..., takpelah kalau semua nak halau hm" - Dania buat buat suara sedih sebab dia tak nak cepat sangat naik atas bukan buat apa pon. Nak tido tapi Fareez buat kerja pulak
"Mana ada halau hahahahaha, kami cuma bagi privacy kan ecah" - balas Puan Amalina pada menantunya itu. Puan Aishah mampu tersenyum lebar tengok gelagat anaknya yang malu malu
"Eh tapi Fareez suruh Dania buatkan Espresso jap" - baru Dania teringat tujuan kedua dia turun ke bawah. Tujuan pertama untuk datang menolong tapi direject mentah mentah
"Haish Reez tu pun, sibuklah nak minum bagai. Saba jelah ye Dania, Fareez tu memang Addicted sangat dengan coffee" jelas Puan Amalina memberi serba sedikit tips untuk Dania
Dania hanya senyum melihat pernyataan itu, memang dia tahu Fareez suka sangat dengan coffee hampir hari hari dia minum ketika di office tapi sekarang dah jadi isteri Fareez hadap jelah
Setelah selesai membuat Espresso khas buat suaminya, Dia terus naik ke atas sambil membawa Espresso itu dengan berhati hati. Sudahlah bilik Fareez di tingkat atas sekali
"Eh cepatnya kau naik, kena halau ke tu" - Fareez saja senyum diakhir ayat halau tu. Dia percaya mesti Dania disuruh naik ke atas
"Hm mestilah, Padahal saya nak tolong je" - suara Dania kecewa cis tak dapat larikan diri
"Nah Tengku" - Dania hulur kopi itu didepan suaminya. Dan cepat cepat Fareez sambut dan cakap "Thanks, sweetheart"
Dania terpaku balik di depan Fareez, dia memang malu gila dengar panggilan itu dari pagi tadi ish
"Kau apahal freeze? malu ke aku panggil kau sweetheart? ke nak panggil lain? mungkin sayang?" - Fareez yang sedar Dania dari tadi tidak bergerak walau seinci pun menanyakan soalan itu
"Eh tak payah lah Tengku" - lagi memerah muka Dania. Fareez hanya mampu senyum miang
Dania pun duduk di sebuah sofa kecil yang ada dalam bilik Fareez tak jauh dari katil, memang mewah betul bilik dia ni siap bersofa sofa bagai. Television pon ada semua lah kiranya lengkap
Mata Dania pun mula terbuka dan tertutup tetapi dia masih berusaha untuk segarkan mata. Selalunya dia akan tidur awal sekurang kurangnya pukul 10 paling lambat, ni dah pukul 11 setengah ni. Dia masih terjaga pun sebab nak tunggu suaminya tutup lampu tapi memang macam tak ada harapan
"Kau nak tidur dah ke?" - soal Fareez yang dari tadi nampak Dania seakan akan mahu melelapkan mata
"Haah" - Dania memang tak boleh tipu, matanya menggambarkan segala galanya
"Sini ar, jangan tidur kat sofa tu. Esok bangun kang tak rupa orang kau terbongkok bongkok" - ajak Fareez
"Eh tak apa lah, saya tidur kat sofa ni je" - bantah Dania. Dia memang bercadang nak tidur kat sofa je
"Kau tak payah mengada ye Dania Melissa" - jeling tajam Fareez pada isterinya yang keras kepala tu. Ada je nak bantah
"Kata nak jadi isteri solehah, ingat syurga kau tu kat tapak kaki aku ni haa" - Ugut Fareez, saja je buat Dania rasa bersalah hailah
Dania tiada pilihan dan terus ke katil tapi dia cuba baringkan badannya di hujung katil dan tidak dekat dengan Fareez. Mata tiba tiba segar tak boleh pejam, mungkin aura seorang suami itu menggangu nya
"Kata nak tidur, asal tak tutup tutup mata" - Tanya Fareez. Tak faham Dania ni malu ke dengan dia? Rasanya dia pakai je baju tak buat apa apa pun
"Haah, tiba tiba tak boleh tidur..." - balas Dania
"Haish kau ni ada ada je" - kata Fareez lalu terus shut down laptopnya dan tutup letak disebelah bedside table. Dia pun bangun dan badan ditujukan pada suis lampu lantas menutup lampu
Dania agak terkejut seketika, mungkin disebabkan lampu matanya tak boleh lelap sebab sekarang tiba tiba rasa mengantuk itu muncul
"Haa dah tidur, kalau tak tidur lagi tak tahu lah aku nak buat apa dah" - cakap Fareez kepada Dania walaupun tak berapa nampak wajah isterinya dalam gelap
"Okay" - ringkas jawapan Dania. Dia cuba menuntupkan mata tapi dia baru sedar sesuatu
"Erm Tengku, kalau saya tersepak Tengku jatuh ke sorry eh. Saya memang tidur lasak sebab tu saya prefer tidur kat sofa.." - jujur Dania, risau pulak dia kalau bangun esok tengok suaminya terbaring di atas lantai
"Tak apa, kalau kau sepak aku jatuh aku akan pastikan esok kau pun ada kat lantai jugak. Biar fair" - Kata Fareez selamba, terus Dania diam membisu sama ada sudah ke alam mimpi atau terfikirkan ayat suaminya yang agak mengerikan itu
"Hey, kau dah tidur ke?" - Tanya Fareez, lah padahal tadi dia yang suruh tidur ni tanya lagi
Dania memang dah sampai ke alam mimpi tapi tadi dia sempat dengar ayat daripada Fareez. Cepat cepat dia tidur dan berharap tak ada apa jadi
Selepas tidak mendengar jawapan dari Dania, Dia turut faham yang isterinya itu sudah tidur dan dia juga turut tak dapat menahan mata coklat nya itu daripada tertutup secara automatik
YOU ARE READING
[C] Tengku Fareez Mikhael
Romance[1st Series] Tengku Fareez Mikhael Dania Melissa "kenapa kau suka tolong orang?" - Tengku Fareez "Simple, kalau saya nampak orang yang memerlukan bantuan then i'll help" - Dania Melissa "kalau aku nak mintak tolong kau, kau nak tolong?" - Tengku Far...