"Okay jom start!" - teruja muka Dania ketika itu, nampaklah yang dia rasa sedikit kecewa apabila suaminya reject nak main game dengan dia tadi
"Game dia macam mana? tiba tiba nak start ni. Ingat aku reti ke game game macamni?" - Lah Dania ni pun, taulaa excited tapi ajarlah dulu kat Fareez
"Ohh ye ye sorry lupa hehe, sebenarnya ni bukannya game sangat pun, just for fun. Tengku hanya perlu ambil je mana mana kertas dalam ni tapi 1 jelah lepastu bukak and baca. Lepastu Tengku kena lah bagi jawapan sebab kertas kertas tu ada pelbagai macam soalan random. More to kenal each other" - panjang lebar Dania terangkan pada suaminya yang hanya fokus
"So cerita dia more to kau nak kenal aku dengan lebih mendalam lah kan?" - Cakap Fareez sambil tersenyum sinis ke arah Dania
"Erk, boleh dikatakan macam tu tapi tak adalah nak tahu sangat pun..." - malu malu Dania cover daripada suaminya
"Eleh, ye ye la tu. Dah tu takkan susah payah kau bersengkang mata buat game ni? Dahlah cepat main , karang esok dua dua tak bangun subuh" - dengan nada tegas Fareez berkata
"Biar aku start dulu" - Fareez saja nak mulakan game tu dulu tanpa diizinkan oleh isterinya. Takpe lah lagipun Dania yang ajak
Fareez pun mencabut salah satu kertas dari dalam kotak tu dan membacanya...
"Ceritakan bagaimana perasaan awak bila berjumpa dengan saya buat pertama kali" - Fareez membaca soalan
Fareez terdiam lebih kurang 2 minit jugak nak hadam apa yang dibacakan daripada soalan tadi, Dania mula rasa bersalah buat soalan macam tu dekat Fareez. Sepertinya Fareez tak ingin menjawab sebab dari tadi dia tenung je kertas tu
"Erk Tengku kalau tak nak jawab boleh buang jelah kertas tu, cabut yang lain punye pun boleh.." - jelas Dania apabila Fareez masih terdiam
"Tak, aku nak jawab soalan ni" - kata Fareez sambil memandang ke arah Dania dengan serious
"Perasaan aku bila first time jumpa kau ialah beraninya minah ni. Aku sebenarnya tak tahulah kau ingat aku ke tak tapi kita dulu..." - baru saja Fareez nak habiskan jawapan Dania dah potong atau lebih jelas lagi mereka sebut secara serentak "pernah satu sekolah yang sama" - jawab mereka serentak berirama
"Eh kau tau?" - soal Fareez kehairanan. Macam mana Dania tahu?
"Ya saya tahu, sebab tu masa first saya jumpa awak saya agak menyampah dan marah. Sebab saya masih ingat kejadian dekat sekolah dulu...(sape lupa apa jadi between Fareez and Dania boleh rujuk balik Chapter 17) 😼🙏🏼
"Jadi selama ni kau tau lah aku ni Tengku Fareez Mikhael yang pernah buat hal dulu?" - tanya Fareez ingin kepastian
"Ya Fareez , I remember you and also your fucking bestfriend, Nazim..." - tegas nada Dania membuatkan Fareez mengingati semula peristiwa yang berlaku ketika di sekolah dulu, sebijik suaranya tidak berubah garang dan tegas
"Okay but let me explain and finished my question first" - Kata Fareez dan Dania hanya mengangguk dan keluhan kecil diberikan
"So why aku punya first impression dekat kau is beraninya minah ni sebab kau sorang je berani tampar pipi Nazim tu, even lelaki yang rapat dengan Nazim pun tak berani. Dan aku actually kagum sebab kau berani pertahankan maruah diri kawan baik kau, Fatin. Tapi sometimes aku terfikir ada baiknya kejadian tu berlaku sebab masatu aku tengah relay dengan Marsha and tak mungkin aku nak curang. Also, ada seorang perempuan tu buat fitnah cakap aku curang lah aku kaki perempuan lah. Agak agak siapalah dia kan? - cerita Fareez dan Dania waktu itu hanya mendengar penjelasan Fareez dengan cukup fokus
"And lepas dengar berita yang kau dah pindah sekolah, aku tau yang aku dah takkan jumpa dengan orang macam kau lagi, tapi who knows that tiba tiba je Mak kau dengan Mama aku bestfriend time kerja dulu and mama aku suggestkan kau untuk kerja bawah syarikat aku. Masa first aku dapat resume kau, aku memang ingat dengan kau so that's why aku terima kau jadi PA aku, saja nak usik kau. Tapi tak sangka pulak lastlast aku ada perasaan kat kau bila aku nampak kau keluar dengan lelaki lain. - kalini memang jelas semua penjelasan daripada Fareez dari A - Z
"Haa? awak ada perasaan kat saya" - Soal Dania. Malu pulak dia bertanya macam tu
"Yelah, takkan aku nak kahwin dengan orang yang aku tak suka. Kau je tak perasan" - Jawab Fareez selamba tanpa rasa malu. Agaknya ini lah masa sesuai untuk sesi confession antara satu sama lain
"Okay dah, aku dah jawab soalan aku. Now kau pulak cabut and please answer it honestly from your heart as i did just now"- Fareez berharap isterinya dapat menjawab jawapan daripada kertas soalan itu dengan jujur
Dania hanya mengangguk dan tangan mula mencari kertas kertas yang berada dalam kotak mystery itu, dia pun membaca soalan yang tertera di atas kertas putih itu "Ceritakan bagaimana awak boleh suka dan jatuh cinta kepada pasangan awak"
Kini giliran Dania pula untuk terdiam dan kaku, dalam fikirannya hanya memikirkan kenapa dia tulis soalan yang macam ni rupa? macam mana nak jawab ni? Dahlah dari tadi Fareez fokus melihat dia ughh
"Oh, kau cabut lah soalan lain" - kata Fareez apabila lihat isterinya dah macam kena denda dengan cikgu sebab tak siap kerja sekolah. lah teruk sangat perumpamaan ni hehe
"Ke- kenapa?" - pelik Dania tiba tiba Fareez suruh dia cabut soalan lain
"Yelah, kau mana ada jawapan untuk soalan tu. Kau lupa ke kau kene kahwin paksa dengan aku? So mesti tak ada perasaan apa semua tu. Just skip" - ujar Fareez sebab dia tahu tak mungkinlah Dania ada simpan hati dengan dia
"Erm, tapi saya ada jawapan untuk soalan ni..."
Kedua dua mereka berasa janggal dengan keadaan pada ketika itu. Yang sorang takut takut nak cerita yang sorang lagi terfikir apa benda yang pasangan dia nak cerita?
YOU ARE READING
[C] Tengku Fareez Mikhael
Romance[1st Series] Tengku Fareez Mikhael Dania Melissa "kenapa kau suka tolong orang?" - Tengku Fareez "Simple, kalau saya nampak orang yang memerlukan bantuan then i'll help" - Dania Melissa "kalau aku nak mintak tolong kau, kau nak tolong?" - Tengku Far...