Chapter 20

9.5K 344 7
                                    

~Setelah dua hari berlalu, masa yang ditunggu untuk membuat keputusan telah pun tiba~

Dania sudah 2 hari membuat Solat istikharah untuk meminta petunjuk daripada Allah Swt jika keputusannya betul untuk berkahwin dengan Tengku Fareez. Dan setelah berbincang dengan ibu dan abangnya dia membuat keputusan untuk ...

Setelah solat subuh diawal pagi, tiba tiba kedengaran suara ibunya menjerit

"Adikk!!!" - Jerit Puan Aishah nyaring, Danial tiada di dalam rumah katanya tidur di rumah roomatenya kalau Danial ada mau gelabah lelaki tu

"Kenapa Ibuuu??" - lantas Dania tanpa membuka telekung terus ke bawah dan mencari suara ibunya

"Adik!!! ada masalah besar!!! Ya Allah" - Puan Aishah masih tidak berhenti gelabah

"Kenapa ibu, cuba slow slow cerita" - Dania cuba menenangkan Ibunya daripada terus gelabah. Sudahlah wanita tua didepannya itu ada Asma kalau semput mau masuk wad pagi pagi buta

"Ada Pencuriii!!!" - Terus Puan Aishah menyatakan hal itu pada Dania sekaligus Dania membuat muka terkejut

"HAA? Pencuri? manaa ibu?" Tanya Dania pada ibunya itu, dia bukan apa sudahlah tinggal berdua je dalam rumah. Seram jugak dengan berita tak habis habis keluar kes pencuri menyelinap masuk ke dalam rumah

"Ibu tak tahu mana tapi pagi tadi ibu check cincin yang Keluarga Fareez bagi kita tu, Dah hilangg Adik. Matilah ibu nak kena ganti dahlah mahal adik oii" - Bebel Puan Aishah. Mahal juga cincin yang dibelikan oleh Fareez dan Puan Amalina buat Dania yang belum tentu jadi isteri Fareez

"Ibu...." - terus Dania menunjukkan jari manisnya pada Puan Aishah sekaligus wanita tua itu memberikan senyuman lebar kepada anak daranya

"Eh Adik lah pencuri tu kan?" - saje Puan Aishah menyakat anaknya walaupun macam dah tahu apa yang jadi

"Eh mana ada ibu, Memandai je..." - Jelas Dania

"Habistu kenapa adik pakai cincin tu? pencuri lah kan?" - Puan Aishah masih tak dapat jawapan yang dia inginkan dari tadi

"Adik terima lamaran Fareez..." - Senyuman lebar yang tadi kini makin lebar dan dipeluk anaknya itu dengan erat. Akhirnya, keputusan dari empunya badan sudah terjawab

"HAA ?ADIK TERIMA?" - saja Puan Aishah berpura pura terkejut

"Jadi, adik bukan pencuri cincin tapi pencuri hati Fareez lah kan?" - Ya Allah sejak bila ibunya Dania itu pandai melawak. Blushing muka Dania

Dania hanya diam dan menunduk malu dengan statement betul dari ibunya itu

"Macam mana adik boleh tiba tiba terima Fareez hm?" - soal Puan Aishah yang masih tak percaya keputusan Dania

"Adik dah Solat istikharah ibu, dan lepas solat tu adik rasa tenang je jiwa ni mungkin Allah Swt nak tunjuk yang Fareez tu jodoh adik, lagipun sejak akhir akhir ni adik asyik teringat Fareez je..." - jujur Dania kepada ibunya yang dari tadi hanya mengukirkan senyuman sama seperti ketika dia menonton Kdrama di ruang tamu tapi kalini senyuman tu luar biasa

"Alhamdulillah adik, akhirnya hati adik terbuka untuk terima Fareez. Ibu tau bukan mudah nak suka orang tapi ibu percaya Fareez boleh jaga adik sebaik mungkin dan ingatlah nanti bila dah kahwin kalau ada masalah rumah tangga selesaikan dengan cara elok. Jangan jadi macam ibu ya dik" - kata ibu sambil menyelitkan nasihat, memang betul selepas Dania lahir dia dan suaminya telah buat keputusan untuk bercerai...

"Ibuu..." - bergenang air mata sang anak mendengar ibunya yang menasihati dia sambil membandingkan kisah hidup dia dan Dania

Mereka anak beranak pun berpelukan dengan mengeluarkan titisan air mata

~Di rumah Puan Amalina pula~

"Reez,meh sini kejap" - Puan Amalina memanggil anak nya yang berada di atas

"Ya sekejap ya mama" - sahut Fareez dari atas

Fareez pun turun ke bawah lantas mendekati ibunya yang ralit bermain telefon seperti sedang menghantar message.

"Yes ma?" - Tanya Fareez pada mamanya yang masih tangan di atas screen telefon pintar itu

"Mama ada sesuatu nak bagitahu Fareez, tapi sebelum tu mama nak Fareez reda ya walau apa pun mama nak bagitahu.." - jelas suara Puan Amalina kelihatan sedih dan tidak bermaya seperti ada masalah

"Kenapa ma? ada masalah apa apa ke? pasal apa?" - Macam biasa Fareez kalau tak tanya banyak soalan memang tak sah

"Pasal Dania..." - ujar Puan Amalina

"Kenapa dengan dia? Dia tak terima Fareez eh ma? Takpelah Reez memang dah agak pun daripada haritu lagi mesti dia takkan terima Reez. Reez dah reda pun kalau tak jadi kahwin..." - kini, sedih suara yang dihamburkan oleh Fareez pada mamanya

"Kalau macam tu mama ambik balik cincin yang kita bagi tu, biar Reez simpan. Mama jangan jual pulak" - kata Fareez lagi

"Apa yang Reez merepek ni?" - soal Puan Amalina, tiba tiba anak nya itu buat suara ala ala down dan kecewa. Padahal dia tak sempat nak cakap apa apa

"Kenapa salah ke?" - Soal Fareez semula

"Mama nak cakap yang Dania dah terima lamaran Reez!!!!!" - Gembira suara yang dilontarkan dari Puan Amalina pada anak lelakinya yang dari muka joker menjadi seperti kerang busuk

"HAA? SERIOUSLAAA MAA?" - terkejut Fareez masih tak percaya yang Dania terima lamaran dia. Adakah ini fantasy?

"Seriouslaa takkan gurau pulak hal hal penting macam ni!" - jawab Puan Amalina walaupun senyuman di bibir masih tidak hilang

"Alhamdullilah" - Fareez bersyukur sekali. Allah Swt dah mendengar isi hatinya sejak beberapa hari lalu

"Alhamdullilah, ni Reez dah ada peluang ni jangan sia sia kan Dania tu! Ingat balik usaha Reez nak dapatkan Dania. Susah kan?" - nasihat Puan Amalina serba sedikit

"Baik mama, Reez akan guna chance ni sebaik mungkin untuk tunjuk kat Dania yang Reez memang cintakan dia ikhlas. Terima kasih jugak dah tolong Reez dapatkan perempuan yang dari dulu lagi Reez nak. Dania Melissa

[C] Tengku Fareez MikhaelWhere stories live. Discover now