"mana akak cyra ni .. kata nak ambik tapi lamanya eish" gumam hasher seorang diri lalu menyilangkan tangannya didada tanda protes sambil menunggu kedatangan cyra untuk menjemput dirinya dengan kaki dihayunkan ke depan dan ke belakang
pin pin
Cyra yang baru tiba itu hanya tersenyum seperti kerang busuk ke arah hasher. Hasher yang terdengar bunyi hon itu terus mengangkat wajahnya dan bangun dari duduknya lalu berjalan ke arah cyra dengan mulut memuncung ke hadapan tanda protes
"alaaa hasher merajuk ke" tegur cyra yang perasan akan hasher merajuk dengannya
"eh tak ada laa hash happy je ni" perli hasher lalu melangkah naik ke atas motor dengan protes
"alaaa jangan laa merajuk .. ok ok takpa nanti balik sekolah nanti akak cyra belanja hasher ais-krim nak tak" pujuk cyra lalu membawa motornya menuju ke sekolah hasher
"tak nak ais-krim hash nak kek" kata hasher. Orang dah nak belanja .. kita mintak laa lebih sikit .. rezeki kan harus dikongsi bersama
"woii kau eii dah diberi betis nak peha eii aku laa budak ni .. nasib tak sayang" laung cyra. 'menyesal aku offer budak ni hm'
"dah salah akak cyra ambik hasher lambat padan laa muka lagipun akak kan pandai buat kek" kata hasher dengan senyuman kambing terukir dibibir mugilnya sehingga menampakkan lesung pipit di pipi kirinya
"ermph yelaa yelaa memandangkan hari ini hari terakhir akak dah nak balik ... hasher mintak je apa-apa pastu kita pergi ronda dengan abang arman kau tu sekali dengan abang hayyi kau tu haa" balas cyra sengaja mahu tekankan perkataan abang arman dan abang hayyi
"uuuwahh boleh boleh .. tapi hash nak merajuk lagi sekali dengan akak sebab tak bagitau hash pun yang akak dah nak balik hrmph" kata hasher dengan merajuk ala ala manjanya
"alah gediknya kau .. kau sama je lah dengan perangai dua ekor beruk tu. haa elok lah perangai korang bertiga sama-sama gedik" balas cyra dengan meluat. Hasher hanya tersenyum sahaja sepanjang perjalanan ke sekolahnya. dia suka tengok akak cyra nya membebel seperti makcik rosmah as known as makcik jemah
"bye. balik nanti akak tak ambik tau tapi abang kesayangan kau yang ambik" kata cyra
"yeay ! boleh boleh kalau abang arman ambik hash .. hash lagi suka bukan macam orang dekat depan hash ni hrmph kadang-kadang panggil hash dengan perkataan hasher tapi kadang-kadang aku kau" balas hasher dengan mulut muncung ke hadapan
"ewah kau .. habis nak suruh akak cakap macam mana kat hasher .. babi boo ? budak pendek ? tayang tayang bucuk mama masyam haa masyamnyee? macam tu erghh lambertt lagi" kata cyra lalu menjeling hasher
"ishh dah laa tak nak kawan. Werk" kata hasher lalu menjelir lidah ke arah cyra dan pusing ke belakang untuk masuk ke dalam kawasan sekolahnya
"ok. Akak tak nak buat kek tau bye bye" usik cyra lalu terus beredar dari situ meninggalkan hasher terkumat kamit membebelkan sesuatu
"eeeee geramnya hash .... akak cyra memang wapucitau wapuyau wa cincang lu aahh" gumam hasher seorang diri dengan tangan mengempal buku lima dan berjalan menuju ke kawasan sekolahnya. Tanpa mereka berdua sedari ada seseorang sedang memerhatikan gerak geri mereka dari jarak jauh dengan senyuman sinis terukir dibibirnya
"matahari kau buat apa ni" tegur aisy yang memerhati cyra sedang membuat kek. Cyra yang dengar aisy menegurnya menjeling aisy dengan tajam
"aku tengah buat bola sepak ni kenapa nak join" perli cyra. 'dia ada nampak ke aku tengah main bola sepak halamak"
YOU ARE READING
SWEETIE PIE PRINCIPESSA (HIATUS + IN EDITING)
RandomCyra eyreesha adalah seorang gadis yang sangat cantik dan comel tetapi ada kalanya mulutnya seperti peluru berpandu mengalahkan makcik bawang diluar sana ... apabila dia sudah bertemu dengan kawan lelakinya ibarat macam keluarganya sendiri .. haa di...